beberapa hari lalu tiada khabar dari engkau. tiba-tiba kau datang kembali mengatakan yang kau rasa serba salah dan ingin meminta maaf.
persoalan aku disini, kenapa? dan bagaimana harus aku memaafkan kau yang tiada salah pada aku?
lalu kau mengatakan yang kau menangis tiap malam memikirkan tentang aku. dan berkatakan lagi yang seperti kau telah membuang permata yang sangat bernilai lalu mengutip dan memilih batu biasa berbanding permata. mengadu pada aku yang kau rasa sakit dan penat tidak tahu apa puncanya.
aku pula membalas, memilih sama ada batu atau permata, itu pilihan kau. di antara mereka yang akan bersama dengan kau, menemani kau. aku tidak mungkin sama sekali untuk menghalang dia membuat keputusan.
wahai sobat, jika dikau tersilap memilih dalam apa apa pilihan, jangan lah kau menyesal. ambillah ikhtibar dari pilihanmu itu supaya tidak terjadi lagi. jangan risau tentang perasaan aku. aku baik baik saja. hidup kena happy tau sobat, ingat tu. aku hargai perkenalan yang singkat ini. terima kasih kerana pernah meneman aku dikala aku sunyi.
jam 11.30 malam.
YOU ARE READING
kata kata
Poetryinspirasi dari karya orang, juga dari diri sendiri terima kasih kepada yang membaca<3