(。・//00//・。)

48 6 0
                                    

❄️❄️❄️

Sikap dingin dan kurang mesra dirinya mengundang ketidakselesaan pelbagai pihak. Rupa parasnya yang cantik menawan hati para pemuda dan membuat dia dikerumuni perasaan cemburu oleh para gadis.

Dirinya dijauhi, dikeji dan tidak diterima ramai. Difitnah tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

Namun, tidak pernahkah mereka terfikir mengapa si dia bersikap dingin dan sentiasa membina dinding tembok teguh bagi sesiapa yang ingin mendekati dia?

Dunia perisik sama sahaja seperti dunia mafia. Melelahkan. Mengancam nyawa. Membunuh emosi si dia yang sememangnya sudah nyawa-nyawa ikan.

Agama dan satu-satunya ahli keluarga dia adalah sebab dia masih bernafas hari ini.

Masa dimana dia sepatutnya tersenyum, ketawa dan dipenuhi dengan kasih sebagai seorang kanak-kanak biasa itulah si dia mengalami waktu yang paling hitam dalam hidupnya.

Dia. Sentiasa merasa keseorangan. Sentiasa menyendiri. Sentiasa berdiam diri. Sentiasa tiada tempat bergantung.

Hanya mampu memendam. Walaupun jiwa meronta ingin bantuan.

Agama dan satu-satunya ahli keluarga dia adalah sebab dia masih bernafas hari ini.

Berada umur dimana rakan sebaya selalunya memberontak, dia diambil sebagai anak angkat kepada pasangan ahli perniagaan tersohor, mendapat adik-beradik dan sahabat baharu yang boleh dijadikan tempat untuk dia tersenyum dan menangis.

Sedikit demi sedikit, hati si dia mula terbuka untuk menerima orang baharu walaupun saat itu nyawanya yang mungkin akan menjadi bayarannya.

Bahagia. Itulah perasaan si dia ketika itu.

Namun, perasaan itu tidak bertahan lama. Si dia diuji.  Pada waktu itulah, dia hancur hampir sepenuhnya.

Makin tersiat luka lamanya apabila si dia apabila mengetahui punca dan kejadian silam yang mengerunkan.

Dia hanya mahu lupakan segala kisah silam yang hitam dan menakutkan namun sebaliknya berlaku. Malah semakin dalam kisah sebenar yang dia dapati.

Dia.  Ayqa Hazraella.

❄️📜.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ALONEWhere stories live. Discover now