"HAPPY ANNIVERSERY SAYANG,I LOVE YOU".Cahaya sinar menyuluh mata,pandangan gelap kekosongan.Hanya hyunnah dan bilik yang kosong,suram,tiada keceriaan.
Park Jimin lelaki yang dicintai hyunnah kini lenyap dari bayangan yang indah.Dimana suaminya berada?
Kebahagian yang dulu menjadi isi rumah syurga mereka kini lenyap suram.Hanya malam yang dapat menyatukan mereka.Mimpi dibalik tidur kini tempat meluah perasaan.Semua hancur musnah apabila satu kejadian menimpa Jimin menyebabkan Jimin koma tidak sedar.
Hati hyunnah luluh saat doktor mengesahkan keadaan suaminya.Kenangan manis dia dan jimin masih hangat dirasa belum sempat hyunnah merasa kasih sayang jimin,ini yang bersisa.
Memori dia dan jimin disaat mereka berbulan madu di atas kapal sungguh indah.Suara Jimin membisik ditelinga masih hangat terasa.
"Hyunnah,walau apa pun terjadi kita tak kan berpisah,saya akan ada dimana awak berada walau saya bukan dialam ini lagi".Kucupan hangat dari bibir jimin masih lembap terasa.
Jimin memeluk pinggang Hyunnah sambil menikmati pemandangan yang indah dari atas kapal.Angin yang meniup lembut menghangatkan suasana romantis.pada waktu itu,dia merasakan dia adalah wanita paling bertuah di dunia ini kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang penuh kelembutan.Tidak pernah sekalipun Jimin berkasar walaupun dalam keadaan marah.
Apabila hyunnah tidur di malam hari datang cahaya menyambung kebahagiaan semalam.Segala perkara kini hanya ilusi hyunnah tidak lagi dapat merasa pelukan dari lelaki yang dicintai.Jimin kini lemah diatas katil hospital.Setiap air mata yang menitis hanya dibiarkan.Tangan yang dulu mengusap lembut pipinya kini rebah disisi katil.
Setiap malam hyunnah berasa teruja ingin bertemu jimin.Malam ini jimin datang lebih awal didalam mimpi.
"Sayang".Lembut suara jimin menyapa dari balik tirai.
Hyunnah tersenyum riang.Dia memeluk Jimin erat.Namun apa yang mengejutkan pelukan pada malam ini terasa hangat seperti Jimin yang sebenar.Hyunnah memandang wajah Jimin.Jimin tersenyum mengucup lembut dahinya.
Kehangatan yang lama dinanti.Hyunnah memeluk sambil menitiskan air mata.Perlahan-lahan Jimin melepaskan pelukan.Jimin memegang tangan Hyunnah dan mengucup lembut.Hyunnah berasa amat bahagia.Betapa dia rindukan kasih sayang suaminya.Kerinduannya untuk bermesra bersama Jimin kini terubat.Mimpi pada malam ini seperti realiti.
Jimin kembali duduk disamping Hyunnah.Melihat Hyunnah menitiskan air mata,Jimin mengusap lembut lalu memegang perut Hyunnah.
"Jaga mama untuk papa",kata Jimin sambil memeluk perut Hyunnah.Jimin kembali melihat Hyunnah.Dia merebahkan kepalanya dia atas paha Hyunnah.Hyunnah membelai wajah Jimin.Rambut Jimin yang wangi dicium penuh kasih sayang.Wangian yang tidak dapat dihidu malam sebelum ini.Akhirnya.Hyunnah dapat merasakan aura suaminya yang seperti wujud dialam nyata.Jimin terlelap diatas paha Hyunnah.
Hyunnah perlahan2 mencium pipi Jimin.Tanpa sedar Jimin menariknya dan mencium bibirnya dengan lembut.Jimin tersenyum.Dia kembali duduk perlahan-lahan mendekati Hyunnah dan mencium Hyunnah kembali.Tangan jimin membelai wajah Hyunnah dengan kasih sayang.Jimin dengan perlahan-lahan membaringkan Hyunnah.Hyunnah yang kaget hanya menanti.Dengan penuh kelembutan Jimin memegang tangan Hyunnah.Jimin mendekatkan wajahnya ke wajah Hyunnah.Wajah kacak suaminya memukul jantung berdegup kencang.Terasa seperti pertama kali dia bersama Jimin.Kehangatan dari nafas Jimin dapat dirasa.Apakah ini mimpi ?
Raut wajah yang dirindui dipandang lama .Hyunnah memegang wajah Jimin.Jimin tersenyum dan memandang tepat ke mata Hyunnah.Hyunnah mula tersipu.Dia cuba tidak memandang tepat pada mata Jimin kerana suaminya bijak mengoda.Jimin kini semakin mendekatkan dirinya.Badan Jimin kini dapat dirasa kehangatannya.Jimin membuka butang bajunya satu demi satu.Dengan pantas Jimin memeluk Hyunnah.Dimalam bulan terang mereka hanyut dibawa arus kemesraan.Hyunnah menikmati saat manisnya bersama Jimin.
Jimin meletakkan Hyunnah didadanya.Denyutan jantung jimin dapat didengari dengan jelas.Hyunnah mencapai tangan Jimin dan mengenggam erat.Malam ini adalah malam yang sungguh istimewa buat Hyunnah kerana pertama kalinya dia dapat merasakan Jimin benar-benar berada disampingnya.
Malam ini terasa panjang.Masa dihabiskan dengan bermanja bersama Jimin.Terasa syukur dan bahagia.Namun secara tiba-tiba Jimin seakan bercahaya secara perlahan-lahan.Cahaya ini.
Hyunnah bingkas bangun dan melihat Jimin.Jimin duduk menghadap Hyunnah.Dia memegang kedua-dua tangan Hyuna."Maafkan saya,terima kasih atas kasih sayang awak terhadap saya.Dari pertama kali saya mencintai awak,hanya awak bidadari saya.Saya sedar saya tidak mampu memberi kebahagiaan dulu.Andai ini malam terakhir kita.Tolong lepaskan saya dengan rela.Biar saya pergi dengan aman.Berjanji dengan saya awak akan kuat.Saya dah tak mampu nak bertahan,mungkin sampai disini saja mimpi kita.Terima kasih sayang.Andai takdir mengizinkan,saya akan ada disetiap hela nafas isteri saya,Hyunnah."
Menitis air mata Hyunnah,dia keliru adakah benar ini malam terakhirnya.Jika benar genaplah usia perkahwinannya 2 tahun bersama Jimin.Anak yang diidamkan oleh Jimin hanyalah hayalan.Hyunnah mengalami keguguran sebelum kejadian yang menimpa Jimin.Hyunnah memejamkan matanya.
Perlahan-lahan cahaya semakin terang.Hyunnah berhenti menangis kerana mahu Jimin pergi dengan aman.Apabila Hyunnah membuka matanya keadaan kembali seperti biasa.
Hyunnah bergegas ke hospital.Apabila sampai di hospital.Hyunnah terus mendapatkan Jimin.Hyunnah menangis perit terasa didada.Hyunnah menggengam tangan Jimin.Dengan kudrat yang ada dia cuba untuk tersenyum.Melihat Jimin yang semakin lemah.Sudah cukup meluluhkan hati Hyunnah.Cincin perkahwinannya disarung ke jari jimin.Dia mencium cincin tersebut lalu mengucup lembut dahi Jimin.
Kejadian yang tidak disangka,Jimin membuka matanya perlahan-lahan.Hyunnah tidak sedar akan hal itu kerana menangis.Dengan lemah Jimin memanggil nama Hyunnah.Hyunnah seakan hairan.Dia dengan pantas melihat wajah Jimin.Gugur air mata seorang isteri melihat suaminya yg hmpir setahun koma tidak sedarkan diri.Jimin menitiskan air mata dan memegang tangan hyunnah.Hyunnah dengan pantas mendapatkan doktor.
....
"Happy Birthday to you,Happy birthday to you,Happy Birthday to min chi!!Happy birthday to you!.Hari ni hari jadi anak sulung mereka Park min chi yang berumur 1 tahun .Jimin memandang wajah Hyunnah mereka bertatapan.Bahagian yang tidak dapat digambarkan.Jimin telah sihat sepenuhnya selepas daripada koma.Kini rumah yang dulu suram bertambah ceria dengan adanya permata intan hasil mereka yang sangat dinantikan.Hyunnah berasa gembira melihat Jimin riang melayan anaknya.Sungguh dia tidak menyangka dia masih berpeluang hidup bersama lelaki yang dia cintai Park Jimin.Hyunnah mendekati Jimin dan menyertai Jimin bermain bersama anaknya.Hyunnah mencium anaknya dengan penuh kasih sayang.Jimin mencium dahi Hyunnah dan menatap wajahnya lembut.Dengan dugaan yang menimpa Hyunnah akhirnya dia dapat merasai kembali kebahgiaan keluarga kecilnya ini.
YOU ARE READING
DREAM
RomanceMampukah kebahagian yang diinginkan kembali seperti dulu?Adakah Jimin bakal mengingati cinta hatinya kembali atau semuanya terhenti dan cintanya terus pudar.Mungkinkah ini takdir yang tertulis buat mereka berdua..... Tak tau la benda apa yang aku tu...