Vicious 31 | Ended

8.4K 676 184
                                    

Tak cukup lagi ke segala apa
yang pernah diterimanya dulu?

➽───────────────❥

Buk!

"Opsss!"

Serentak itu juga, Rain terasa pinggangnya disauk deras.

Mujur tindakan lelaki itu pantas. Jika tidak, tentu dia sekarang ini sudah tergolek ke lantai. Dan nasib baik juga ada Carl di situ yang memaut bahunya sebaik lelaki tadi melepaskan pinggangnya.

Refleks Rain mencekup perutnya sendiri, diasak naluri untuk melindungi. Tak sempat langsung dia melihat gerangan lelaki yang melanggarnya itu.

"Is your baby okay?" soal Rhea, kalut.

"Maaf, puan. Are you okay?" Lelaki itu bersuara dalam kerisauan.

Rain mengangkat wajah. Begitu juga Rhea.

"Isaac!" teriak Rhea, teruja.

Dia ingat lagi lelaki kacak itu yang dikenalinya semasa perkahwinan Rain dan Vic.

Mata Rain juga membulat. Tak tentu arah dibuatnya melihat Isaac yang berdiri di depannya ketika itu.

Detak jantungnya memalu dada.

"Rain! Rhea!" Isaac lebih jelas terkejut.

Rain terasa bibirnya kering.

Sedetik mata mereka bertentangan sebelum Rain mengambil langkah untuk melarikan diri dari situ.

"Carl, take me home. Rhea, let's go."

"Wait. Rain, tunggu." Isaac menghalang.

Lengan Rain dicekup sebelum wanita itu menepis. Carl juga sudah berura-ura untuk campur tangan. Masakan tidak jika dia sudah diupah untuk mengawasi dan menjaga keselamatan anak majikannya itu.

"Sorry, I don't know you." Rain mengelak.

Dahi Isaac terkerut.

Tak mungkin.

Tak mungkin Rain dah lupa. Sedangkan Rhea pun masih ingatkan namanya.

Sungguh Isaac tak menyangka, tindakan senyapnya yang mengikuti Vic tadi mempertemukan dia dengan Rain akhirnya.

"Rain, what's wrong? Tak mungkin you dah lupa. We're friends, don't you remember? Takkan semudah tu je you boleh lupakan I? Tell me yang you datang ni sebenarnya nak jumpa Vic, kan? And why are you avoiding now?"

Rain diam namun anak matanya menyoroti lirikan mata Isaac ke arah belakangnya.

Perlahan-lahan Rain menoleh ke belakang.

Mahu luruh jantung dari tangkainya sebaik melihat Vic sedang terpacak, memandang ke arah mereka yang tak jauh dari kafe tempat dia duduk bersama Ellie. Doktor itu juga sedang menoleh ke arah dia dan Isaac.

Tentu perlanggaran antara dia dan Isaac tadi menarik perhatian. Namun jika diberi pilihan, Vic adalah orang pertama yang mahu dielakkan. Bukan pertemuan sebegini yang dimahukannya.

Rain perasan, pandangan Vic nyata berubah sebaik melihat wajahnya.

Gerun Rain memandang dari jauh. Sudah lama renungan itu tidak diterimanya.

Merindingkan reroma.

Menghentikan degupan jatungnya sedetak dua.

Sebelum pekung dadanya berkecai disitu akibat tekanan, cepat-cepat lengan Rhea ditarik pergi.

His Broken Vow | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now