bab 81

1K 84 11
                                    

Bang!

Bang!

  Satu das tembakan dilepaskan ke arah pistol Sara Jane dan satu lagi das tembakan dilepaskan ke Puan Aisha. Cepat-cepat Faliq membawa keluar pisau rambo dan memotong tali yang mengikat Rania. Rania berlari mendapatkan Rihanna, tubuh Rihanna yang mulai lemah disandarkan di dinding. Rania beralih memandang mereka yang sedang menembak.

"Rihanna, kau tunggu dekat sini. Aku tolong Faliq dengan Qayden."

  Rania berlari dan mengambil sepucuk pistol milik Faliq yang terletak di atas lantai. Beberapa das tembakan dilepaskan secara rambang, ada yang mengena Sara Jane ada yang tidak. Pistol yang digunakan oleh Sara Jane untuk menembak Faliq dicampak apabila peluru sudah habis, Sara Jane berlari mendapatkan Faliq. Leher Faloq dicekik sekuat hati membuat Faliq serta merta terjatuh di atas lantai.

"Mati kau, Faliq!" Tangan Sara Jane semakin kuat mencekik Faliq. Begitu juga dengan Faliq yang turut mencekik leher Sara Jane.

"Aku nak kau dengan Rania mati!" Rania  terus beralih memandang Faliq, kakinya mula membuka. Pistol diacu tepat ke arah Sara Jane.

"Langkah mayat aku dulu!" jerit Faliq lalu menguatkan lagi cekikan di leher Sara Jane.

"Tak payah nak langkah mayat siapa pun! Kau lawan saja dengan aku!"

Bang!

  Satu das tembakan yang dilepaskan eh Rania mengena tepat di belakang badan Sara Jane. Sara Jane jatuh terbaring di atas lantai, Rania menarik Sara Jane untuk bangun daripada mendekati Faliq.

Buk!

"Ini untuk apa yang kau dah buat dekat aku!"

  Tumbukan yang mengena tepat di pipi Sara Jane membuatkan Sara Jane hampir terjatuh namun ditahan oleh Rania. Sekali lagi, tumbukan daripada Rania mengena tepat di pipi Sara Jane dan dengan pantas Sara Jane mengelak.

"Kau ingat aku akan bagi kau pukul aku macam tu saja?!"

"Ark!" Rania berundur beberapa langkah ke belakang apabila Sara Jane bertindak menendang perutnya. Kemudian, kepalanya dihentak ke dinding.

"Mati kau, Rania!"

Buk!

  Satu tumbukan singgah tepat di pipi Rania. Rania jatuh terduduk, kayu yang berada berdekatan dengannya diambil. Rania bangun, kayu tersebut dihayun tepat-tepat mengena muka Sara Jane. Sara Jane berundur beberapa langkah kebelakang.

"Argh!" Kali ini, giliran Rania pula menendang dada Sara Jane sehinggakan Sara Jane terjatuh di atas tangga. Sedar yang Rania mula berlari untuk mendapatkannnya cepat-cepat dia bangun dan berlari menuju ke keretanya.

  Faliq yang sedang mengisi satu persatu peluru ke dalam pistolnya terus mengangkat mukanya apabila Rania menjerit memanggil Sara jane sebeluk berlari menuruni anak tangga satu persatu. Faliq terus beralih ke arah Qayden, pistol yang dipegang dibaling ke arah Qayden. Qayden menangkap pistol tersebut.

"Aku pergi dekat Rania dulu!" Faliq berlari menuruni anak tangga satu persatu.

  Enjin kereta dihidupkan, Sara Jane mengunci pintu dan tingkap kereta. Rania berlari menuju ke arah kereta yang dinaiki oleh Sara Jane. Tangannya tidak henti menumbuk tingkap kereta, tapi sayang tidak pecah. Pergi sahaja Sara Jane daripada situ, Rania menuju ke arah satu lagi kereta milik Sara Jane yang diparkir di situ.

"Rania!" Faliq berlari mendapatkannya. Enjin kereta dihidupkan, Rania memulakan pemanduannya dan meninggalkan Faliq yang sedang menjerit namanya. Lantak kaulah. Pergi sahaja Rania dan Sara Jane, Faliq turut masuk ke dalam keretanya.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now