(Di Sekolah, Kelas 4SC)
"Hahaha, seronoknya di sini" bisik seorang pelajar lelaki yang bernama Ao yang duduk ditepi tingkap belakang kelas. Seorang cikgu perempuan sedang mengajar tetapi dia melakukan kerja sendiri. Tiba-tiba cikgu tersebut baru menyebut "Ao !!!", Ao dengan pantas membalas dengan nada yang normal sambil senyum sinis "cikgu, ada masalah ke ?". Cikgu tersebut terus mendiamkan diri dan meneruskan sesi pembelajaran beliau. Dalam hati cikgu tersebut terfikir "lebih baik aku biarkan". Ao sambil tersenyum dan riang meneruskan imaginasinya. Cikgu tersebut tidak mahu menegur Ao kerana mendengar khabar angin guru sebelum ini naik gila dibuatnya kerana sukar untuk menegurnya.
Beberapa minit sebelum loceng rehat berbunyi, seorang pelajar perempuan pertukaran telah masuk ke kelas 4SC dan berdiri dihadapan kelas. Dengan senyuman yang manis dan ceria dia memperkenalkan diri dia "hye, awak semua boleh panggil saya Aka, selamat berkenalan". Seluruh kelas sangat fokus kepada Aka tetapi hanya Ao sahaja yang tidak memberi perhatian kepada pengenalannya. Dengan muka yang marah, Aka terus menuding jarinya ke arah Ao dan menjerit "kurang ajar tak hormat orang !!!". Ao pun terus senyum sinis dan membalas "awak ni perempuan ?". Aka membalas "Huhh, saya ni macam laki k ?". Ao membalas "kalau tambah misai, awak sebijik macam lelaki" sambil menunjukkan muka bosan. Satu kelas tertawa dan Aka pun terus pergi ke meja sebelah Ao, "mulai hari ni saya duduk sini" sambil tersenyum. Ao pun pening kenapa Aka tidak menunjukkan sebarang tanda marah.
Loceng rehat pun berbunyi. "Hey, awak kena tunjukkan saya sekeliling sekolah ni". permintaan Aka. Ao baru saja hendak membalas tiba-tiba dua orang pelajar bernama Ammy dan Yumi menarik Aka jauh dari Ao. "Aka, saya ni Yumi dan ini kawan baik saya Ammy". Aka terus menumbuk kepala mereka dan menjerit "jangan tarik saya tiba-tiba, saya terkejut !!!". Sambil memegang bengkak di kepala, mereka meminta maaf. Aka bertanya "kenapa tarik saya tiba-tiba". Yumi pun membalas "lelaki tu ada masalah". Ammy pun menyambung "lagi rapat awak dengan dia lagi sakit hati awak," sambil menganggukkan kepala. Aka pun dengan wajah teruja berkata dengan nada perlahan "menarik, saya pun memang nak rasa disakiti". Yumi dan Ammy kebingunan dan berkata "awak ni betol k x ni ?"
Loceng rehat telah pun tamat dan semua pelajar masuk ke kelas. ketiadaan guru membuatkan pelajar buat kerja masing-masing. Aka pun tunjukkan muka gembira "yooo, nama awak Ao kan". Ao tak membalas. Aka pun meneruskan perbualan "saya dengar awak ni menyakitkan hati dan suka buat masalah". Ao terus menunjukkan minat dan bertanya, "awak dengar dari siapa ?". "Tu ha dari Ammy dengan Yumi". Aka pun berkata "cuba lah rapat dengan saya dan awak akan tahu sendiri". "Woookkeyyyyy" balas Aka dengan gembira. Ao masih kebingunan dengan sikap Aka.
(Note: Dalam bahasa jepun Ao itu Biru dan Aka itu Merah)
YOU ARE READING
Pyscho x Pyscho
Teen FictionAo merupakan pelajar yang pintar di sekolah tetapi beliau mempunyai masalah pyschologi. Kehadiran pelajar baru yang mengalami masalah pyschologi juga iaitu Aka ke dalam hidup Ao telah mengubah kehidupan harian Ao. Apakah yang akan terjadi apabila d...