KRISTAL EMERALD

31 2 7
                                    

            Tahun 1800 [ Dimensi Emerald ]

           "BERUNDUR !! Jangan biarkan sesiapa terkorban lagi ! Kelirukan musuh ! Berpecah kepada dua kumpulan !" Teriak Forlan Crist sebagai ketua bagi ekspedisi ke Dimensi Emerald batch yang pertama . Kabus tebal menyelebungi jalan mereka . Mereka semua seakan hilang harapan untuk pulang ke Chika hidup-hidup yang mana ia merupakan tempat di mana portal dibuka untuk pergi ke Dimensi ini . Dimensi ini telah dipenuhi dengan pertumpahan darah yang sangat banyak . Askar-askar dari Dimensi ini dilengkapi dengan senjata dan perisai yang lengkap .

             Kelihatan satu bom yang agak besar berbentuk peluru berpandu akan dilancarkan bagi memusnahkan portal yang telah dibuka oleh Skuad Forlan . 

             "Rudy ! Cepat ! Jangan fikirkan mereka yang dah mati ! Forlan meninggikan suaranya pada sahabat baiknya , Rudy . Kelihatan rudy sedang mengangkat mayat yangt terdiri daripada ahli pasukan dia .

              "Ta .. Tapi .. Kawan-kawan aku .. Aku , tak sanggup ." Air mata Rudy mula mengalir . 

              "Kita dah kalah . Berundur sahaja ." Forlan berkata pada Rudy sambil memapahnya bangun  . 

               "Cepat semua ! Pergi ke portal sebelum ia dimusnahkan !" Forlan memberikan arahan pada semua ahli skuad dia . Mereka ditembak oleh askar Dimensi ini tanpa belas kasihan . Satu per satu Skuad Forlan terkorban akibat ditembak dan di bom . Mayat bergelimpangan di serata jalan menuju portal .

               "Apa .. Apa yang kau dah buat ni Forlan ? Kau kata misi kita akan berjalan dengan lancar . Kau kata kita kan dapatkan Kristal Emerald tu . Tapi , perancangan kau , strategi kau , semuanya gagal . Dari 100 orang yang sertai ekspedisi ni , ramai yang mati akibat ka- " BUKK ! Percakapan Rudy terhenti . Satu tumbukan padu tepat  mengenai pipi dia . Forlan mencengkam kolar baju Rudy .

                "KAU JANGAN CAKAP YANG MISI KITA KE SINI HANYA SIA-SIA ! Rakan seperjuangan kita , semua yang mati , mereka dah berjuang habis-habisan ! Setiap daripada mereka dah cuba sedaya upaya mereka untuk dapatkan Kristal tu ! Tapi , apakan daya , kita tak setanding dengan musuh ." Forlan meninggikan suaranya pada Rudy . Kolar baju yang dicengkam tadi mula dilepaskannya secara perlahan-lahan . Dia sangat kecewa akibat misi mendapatkan Kristal Emerald gagal . 

                   "Dah , mari pulang ke Chika . Jangan lemah semangat . Aku tahu kau kuat ." Forlan menghulurkan tangannya pada Rudy . "Pakai jetpack kau . Mari pergi ." Rudy hanya mampu melihat mayat-mayat rakannya terbaring di situ . Mereka teruskan perjalanan mereka untuk pulang ke portal yang mereka buka tadi . Tembakan demi tembakan dilepaskan musuh . 

                   "Kapten Forlan ! Masalah besar ! Portal yang dibuka tadi akan tertutup dalam masa 30 minit . Tentera udara musuh sudah bersiap sedia dengan serangan seterusnya ! Jika kita gunakan jalan darat , kita mungkin akan dibom hidup-hidup ! Periuk api bertaburan sepanjang perjalanan kita ke portal ." Ivan , selaku penganalisis  Skuad Forlan memberitahu situasi sekarang . Agak sukar untuk mereka mereka berundur dalam keadaan sekarang ni .

                    "Kapten ! Saya dah membuat kiraan bilangan ahli yang masih hidup . Hanya 10 orang yang masih hidup . Kapten , fikirkan sesuatu ." Carl , salah seorang ahli tertinggi dalam Skuad Forlan . Kelihatan darah yang mengalir di kepalanya akibat terhantuk pada batu yang agak besar tadi .

                   KBOOMMM ! Satu letupan besar disebabkan bom yang dilancarkan daripada askar dari dimensi itu . Hujan lebat bersilih ganti dengan kabus tebal yang telah mengaburi pandangan mereka semua . Sangat sukar untuk mereka pergi ke portal dimana tempat mereka mula-mula menjejakkan kaki ke Dimensi ini . Hanya menunggu masa sahaja 10 orang dari skuad ini untuk dibom atau dihancurkan sementara mereka sedang bersembunyi di dalam parit yang agak dalam . Riak wajah masing-masing agak kecewa .

                   Forlan buntu . Dengan kekurangan ahli dan kudrat tenaga yang masih tersisa dalam diri masing-masing , mereka semua mungkin akan terkorban dalam ekspedisi pertama yang dibuat oleh Kesatuan Pengembara Chika ini . Ramai sudah yang terkorban . Guruh berdentuman di sekitar tempat . 

                    Forlan menggenggam erat penumbuknya . Dia memikirkan langkah seterusnya bagi skuad dia umtuk pulang dengan selamat , atau sekurang-kurangnya .. Seorang dari mereka , terselamat . 

                  "Forlan , aku minta maaf pasal hal tadi . Aku terbawa-bawa dengan perasaan aku tadi ."  Rudy bersuara dengan nada yang agak kecewa . "Aku ada satu rancangan yang mungkin akan berjaya . Tapi , aku perlu dapatkan persetujuan daripada semua dulu ." 

                  Forlan merenung mata Rudy . Dia mengharapkan sesuatu yang boleh mengubah takdir dan nasib mereka dalam masa yang singkat ini . Maut hanya menanti dihadapan mereka saja . Carl , Ivan , Kim , Noah dan 5 orang lagi sedia mendengar apa yang Rudy cuba sampaikan . 

                   "Ivan , laporkan situasi sekarang ." Tanpa melengahkan masa lagi , Rudy memulakan rancangannya . Sebatang kayu yang bertaburan dalam parit itu diambil olehnya lalu melukis di atas tanah seolah-olah menunjukkan jalan yang bakal dilalui oleh mereka .

                    "Periuk api mereka sangat sensetif . Mungkin kita boleh ambil peluang ini untuk kelirukan musuh . Cari batu yang  besar dan campakkan dakat kawasan itu . "Jarak kita dengan portal agak jauh ." Ivan bersuara .

                   "Lebih kurang .. 1000 meter ." "Carl , Kim , Noah , Fritz ,  Niq , Harley , Max , jetpack korang masih berfungsi tak ?" Setiap dari mereka membelek dan  membuka tangki minyak jetpack .

                   "1 per 4 minyak tinggal . Mungkin takkan sampai tapi jetpack ni boleh dijadikan umpan macam yang Rudy cakap tadi ." Kim mencampakkan jetpack dia pada Forlan . "Baik , bersiap sedia semua ." Forlan bangun dan berdiri dengan megah .

                    "Baiklah semua , ini mungkin akan jadi misi terakhir kita , pulang ke Chika hidup-hidup , atau terkubur sebagai seorang pejuang di sini . Walaupun kita tak dapatkan Kristal Emerald tu , sekurang-kurangnya kita dapat tahu serba sedikit pasal Dimensi ni . Perjuangan rakan-rakan kita yang lain takkan jadi satu perkara yang sia-sia untuk Kesatuan Pengembara , dan juga kita semua . Rancangan ini mungkin takkan berjalan dengan lancar . Semuanya bergantung pada keadaan kat luar sana ." Forlan melihat jam tangan yang dipakainya .

                     "Tinggal 20 minit sebelum portal tertutup . Pakai sarung tangan tenaga . Minimakan penggunaan tenaga dan minyak jetpack . Objektif utama kita , pergi ke portal dimana tempat kita mula jejakkan langkah kita ke Dimensi ini . Kita perlu hadap macam-macam bila kita keluar dari parit ni nanti ." Tamat kata-kata daripada Forlan . 

                      Jetpack disarung setiap daripada mereka . Sarung tangan tenaga siap sedia digunakan bagi menghapuskan musuh-musuh mereka .

                      "Ivan , Kim , Fritz , Harley , korang ikut aku . Kita berpecah pada dua kumpulan . Carl , Noah , Niq , Max , ikut Rudy . Dengar rahan daripada dia dan pastikan semua berjalan dengan lancar . Selamat berjaya , semua ." Forlan dan Rudy memulakan langkah mereka bagi misi : menyelamatkan diri dan pulang ke Chika , hidup .. atau mati .

KRISTALWhere stories live. Discover now