[PASUKAN FORLAN]
KBOOMM !! Letupan yang sangat kuat bergema di segenap ruang Dimensi itu . Batu-batu yang besar kini hanya tinggal debu-debu yang berterbangan di udara . Banyak periuk api yang telah musnah dan hal ini dapat memudahkan Pasukan Forlan bagi menuju ke portal tanpa ada letupan yang akan berlaku . Askar-askar dari dimensi itu menatap letupan besar tadi dan terus bergegas ke kawasan itu .
SHIIUUU~ Jetpack yang diterbangkan Forlan hanya dijadikan sebagai umpan . Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah jetpack tadi .
"Sekarang !" Forlan mengarahkan skuadnya berlari ke arah portal yang terletak di Utara manakala pihak musuh sekarang berada pada arah Timur .
"Kim ! Harley ! Baling bom asap sebanyak mungkin ! Jangan bagi mereka dapat nampak kita !" Asap tebal telah menyelubungi jalan mereka . Skuad Forlan berlari dan menggunakan tenaga mereka sehabisnya .
"Musuh arah jam 1 ! Forlan , sedia terima arahan !" Ivan mengeluarkan pedang dari sarung tangannya dan bersiap sedia menghadap musuh .
"Bunuh sesiapa sahaja yang menghalang jalan kita ! Objektif utama , pergi ke portal !" SHIING !! Pertumpahan darah semakin meningkat . Satu per satu musuh mereka dibunuh .
Forlan masih dihadapan . Kim dan Harley , berada di kanan manakala Ivan dan Fritz di kiri formasi itu .
"Kim ! Belakang kau !" Harley berlari ke arah Kim dan memenggal kepala musuh . SHIING !!
"Urrghh !" Kim terjatuh ke permukaan tanah .
"Kau okay tak ?"
"Tak apa . Aku okay . Cepat , teruskan berlari ! Jangan leka !" Harley mengangkat Kim dan terus mengikuti Forlan dari belakang .
"Ivan ! Baling bom asap arah jam 3 !" Forlan mengarahkan Ivan bagi mengaburi pandangan musuh kerana dia sedang bergelut dengan 3 orang askar .
"Arrghh ! Mati lah !" SHIING ! Satu hayunan pedang yang kuat daripada Forlan berjaya untuk menyelamatklan dirinya daripada ditembak musuh .
"Fritz ! Habiskan semuanya !" Teriak Kim .
"Aku tahu ! Arrghh !" Fritz berjaya untuk membunuh musuh dihadapannya tanpa rasa belas kasihan . ZAASS !!
"Mati lah kau ! Mati !" Semakin lama Fritz kehadapan , dia seakan-akan telah dikawal oleh emosi dan perasaan marahnya . Dia seakan hilang arah tujuannya .
"Fritz ! Berhenti ! Fokus pada portal ! Jangan lupa objektif utama kita !" Forlan menjalankan tugasnya sebagai seorang ketua . Fritz masih tidak berhenti daripada membunuh musuh walaupun dah mati . Dan , termasuk perangkap musuh .
TEET .. TEET ..
"Huh ?"
"Fritz , lari dari situ sekarang !" Forlan cuba untuk mendekati Fritz tapi malangnya ..
KBOOMM !
"FRITZ !"
"Forlan ! Apa dah ja-" Percakapan Harley terhenti .
KBOOMM !
Dia tersalah langkah . Kakinya terpijak di atas periuk api musuh . Harley dan Kim terlibat dalam letupan itu . Kepala Kim terpisah daripada badannya dan terjatuh di hadapan Ivan . Badan mereka hancur akibat letupan tadi . Darah mereka terpancut keluar daripada tubuh mereka . Forlan hanya dapat menatap tangan Fritz yang terpisah daripada badan dia .
"Tak .. Takkanlah .. Kenapa .." Forlan terduduk .
SHIING ! SUKK ! "Forlan ! tengok belakang kau jugak ! Fokus !" Ivan memenggal kepala musuh dengan pantas bagi menyelamatkan Forlan .
"Arrghh ! Tak guna kau !!"
ZASSS !! Ivan bergerak laju kehadapan . Terlampau laju kehadapan tanpa memikirkan permukaan tanah yang dipijak olehnya . Dan .. termasuk perangkap .
KBOOMM !
********************************
[PASUKAN RUDY]
"Hah ? Apa benda yang meletup kat bawah tu ? Macam- "
"Rudy ! Tengok depan kau !" Carl memecut laju kehadapan dan memecahkan cermin jet pejuang musuh .
SHIINGG ! Rudy dan yang lain akan bergerak melalui udara untuk menghapuskan tentera udara Dimensi ini .
"Maaf Carl . Aku leka . Tapi , aku macam tak sedap hati lah sekarang ni . Apa jadi dengan Skuad Forlan kat bawah sana ?"
"Sekarang dah tak ada masa untuk berpatah balik ! Teruskan rancangan kita !"
KBOOMM ! KRAASH ! Noah dan Niq menghancurkan setiap satu daripada mereka semua . BOOMM ! BOOMM !
"Rudy , apa langkah seterusnya !?" Max menghancurkan satu per satu jet musuh hingga musnah . SHIINGG !
"Terbang pada ketinggian 50 meter ! Pergi berdekatan dengan Skuad Forlan dan tunggu arahan lanjut daripada aku !" Rudy terus memecut laju ke tanah bagi mencari Forlan .
"Rudy !" Carl memanggil Rudy .
"Tak apa , tinggalkan aku . Terus pergi ke portal . Aku akan tolong Skuad Forlan ."
"Baiklah . Hati-hati ." Kata pemisah antara Carl dan Rudy .
Riak wajah Carl nampak sedikit cemas . Dia amat berharap sesuatu yang buruk tidak akan berlaku .
"Jangan risaukan aku ." Rudy menunjukkan isyarat thumbs-up kepada Carl sambil terukir senyuman di bibirnya .
TAP ! Rudy mendarat pada tanah yang agak berbonggol dan dipenuhi dengan pertumpahan darah yang amat banyak . Mayat bergelimpangan di serata tempat . Hujan yang gerimis tadi mula bertukar menjadi lebat . Guruh berdentuman di segenap ruang dimensi ini .
"Forlan ! Ivan ! Harley ! Kim ! Fri-" KRAAKK ! Rudy tersentak . Kaki kanannya betul-betul berada atas kepala rakan seperjuangannya itu , Fritz . Dia menutup matanya .
"Terima kasih atas pengorbanan kau , Fritz . Berehatlah dengan aman ." Rudy berdiri kembali dan meneruskan perjalanannya untuk mencari Forlan .
"Errghh , Forlan , tolonglah kau masih hidup ."
GROOMM !! Guruh berdentuman .
"Forlan !!" Rudy hanya mampu menjerit . Tiada jejak dan klu untuk mencari ahli Skuad Forlan .
FWOOSHH ! Satu serpihan kristal hampir terkena kepala Rudy . Kristal itu seakan baru sahaja pecah daripada serpihan kristal yang besar .
"A .. Apa dah jadi ?" Rudy terpinga-pinga sebentar . Dia ambil serpihan kristal tadi dan terus bergegas ke tempat dimana datangnya benda tu . Semakin dia dekat dengan destinasi yang dituju , cahaya yang terang makin memenuhi pandangannya .
YOU ARE READING
KRISTAL
AdventureLeo Crist , seorang budak yang ingin menjelajah ke seluruh Dimensi . Dia sangat sukakan cabaran dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar impiannya iaitu menjadi pengembara terulung dan mengikuti jejak langkah ayahnya . Satu hari , Chika telah di...