❤️‍🩹 Bab 1

4.5K 345 30
                                    

"Aku terima nikahnya Hayla Nazirah binti Hairul Nazim dengan mas kahwinnya berjumlah sepuluh ribu ringgit tunai."

Sekali lafaz saja, seorang gadis bernama Hayla Nazirah selamat menjadi isteri sah kepada Ammar Zariff. Tumpah air mata seorang Hayla Nazirah saat mendengar perkataan 'sah' keluar dari mulut para saksi dihadapan pengantin lelaki.

Bacaan doa serta solat sunat dijalankan seperti biasa. Ammar meminta diri dahulu untuk menunaikan solat sunat selepas habisnya bacaan doa dari tok kadi.

Puan Zafirah tersenyum sambil menggenggam lembut tangan menantu dikasihinya. Tak sangka anak teruna dia sorang itu sudah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati sendiri. Setelah hampir lima tahun bercinta, akhirnya disatukan dengan satu ikatan yang sah. Ibu mana tak tersentuh melihat usaha anak lelakinya untuk menghalalkan seseorang.

"Hayla... mama terharu sangat akhirnya Hayla jadi menantu mama. Dah lama mama tunggu saat-saat macam ni. Mama doakan semoga Allah dipanjangkan jodoh Hayla dan Ammar hingga ke pintu syurga." Ucap Puan Zafirah ikhlas. Dia pun sudah menyayangi Hayla seperti anak sendiri. Tambahan pula, Hayla seorang anak yatin piatu. Ibu ayah Hayla meninggal dunia sewaktu Hayla berumur 15 tahun. Terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Hati Hayla tersentuh. Terus Hayla memeluk tubuh ibu mertuanya. "Terima kasih mama sebab sudi terima Hayla yang banyak kekurangan ni. Hayla sayang mama. Hayla harap mama halalkan segala makan minum Hayla selama Hayla kenal dengan mama."

"Sama-sama, sayang. Mama yang patut terima kasih dengan Hayla sebab sudi menjadi menantu mama. Hayla jangan risau, mama dah lama halalkan segala makan minum Hayla. Mama anggap Hayla tak lebih macam anak perempuan mama sendiri. Lepas ni, jadi isteri yang solehah. Dengar cakap suami, jangan sering melawan cakap dia."

"Baik, mama. Hayla akan cuba jaga dan sayang Ammar macam mana mama jaga dia selama ni."

Puan Zafirah tersenyum lagi. Tak lama kemudian, Ammar kembali ke tempat ruangan orang ramai itu. Dia berjalan mendekati Hayla yang berada di sebelah Puan Zafirah.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam." Balas Hayla dengan tersenyum manis.

Ammar membalas senyuman. Ammar menyambut huluran sebuah kotak cincin oleh Puan Zafirah. Cincin itu di tempah khas sebulan sebelum majlis akad nikah mereka berdua. Ammar berpuas hati melihat hasil cincin tersebut.

Tangan kanan Hayla di genggam lembut oleh Ammar. Cincin permata itu disarungkan pada jari manis Hayla. Dalam pada masa yang sama, pantas para cameraman menangkap gambar detik-detik bahagia itu.

Ammar menghadiahkan satu kucupan pada dahi Hayla. "Thank you sebab sudi menjadi isteri saya." Bisik Ammar hanya didengari Hayla seorang.

"Sama-sama."

Ammar tersenyum. Kedua tangan Hayla digenggam kemas. "You look so beautiful today, my wife." Puji Ammar membuatkan Hayla tertunduk malu. Mula dah mulut manis Ammar Zariff ni.

"And you look so handsome too, my husband."

Ammar tersengih. "Bukan saya memang sentiasa handsome ke sampai awak pun jatuh hati?"

Hayla tertawa halus. Puan Zafirah disebelahnya pula hanya mampu menggelengkan kepala. Anak teruna dia sorang ni suka betul angkat bakul sendiri. Tapi ada betulnya juga, rupa paras Ammar hampir keseluruhan ikut seperti arwah suaminya. Setiap kali lihat wajah Ammar, terubat jugalah rindu pada arwah suaminya yang telah lama meninggal dunia.

SU | Cinta Si Permata HatiWhere stories live. Discover now