❤️‍🩹 Bab 2

2.6K 313 97
                                    

Ting!

Kedengaran bunyi loceng cafe tersebut menandakan kedatangan pelanggan. Hayla yang sedang mengemas cawan baru saja di cuci, pantas mengeringkan tangan yang basah.

"Welcome." Ucap Hayla tanpa menoleh lihat kehadiran pelanggan tersebut. Hayla berjalan menuju ke meja kaunter.

"Yes, encik nak order a--" Hayla tergamam saat melihat Ammar sedang tersenyum ke arahnya sambil membawa sejambak bunga ros ditangan.

"Hai, sayang." Ammar menegur terlebih dahulu. Terhibur hatinya memandang wajah terkejut Hayla. Mungkin isterinya itu tak sangka dia bakal datang ke cafe tersebut.

"Ammar? Bila masa awak sampai? Kenapa tak bagitahu dulu?"

Ammar meneruskan langkah mendekati Hayla yang berada di meja kaunter. Jambakkan bunga ros tadi dihulurkan kepada Hayla.

"This is for you, sayang."

Hayla terus tersenyum malu. Dia menyambut huluran Ammar tanpa banyak kata lagi. Hayla dapat menghidu bau wangi yang datangnya dari bunga ros tersebut.

"Hmm ros... awak macam tahu-tahu je saya suka bunga ros."

Ammar ketawa. "Mestilah saya tahu, sayang. Saya kenal awak bukannya baru semalam tapi dah lima tahun. Tipulah kalau saya tak kenal bunga apa awak suka atau tak, makanan apa yang selalu awak makan. Semua perkara tentang awak, saya dah hafal sangat, sayang." Kata Ammar membuatkan Hayla tertawa halus.

"Awhh... why is my husband so sweet today?"

"Bukan setakat hari ni je saya boleh bermanis gula dengan sayang, esok lusa sampai hari tua kita pun boleh. Anything just for you, my cinta hati." Satu kenyitan mata diberikan.

Makin bertambah kemerahan pada wajah Hayla dengan usikkan Ammar. Sudahlah pekerja dia di cafe itu ada yang dah tersenyum-senyum melihat kemesraan dia dan Ammar.

"Ammar, sudahlah tu. Malu saya tahu tak semua pekerja saya tengokkan. Nak bermanja ke romantik ke bukan dekat sini ye."

Ammar tersengih. "Awak tu isteri saya, apa salahnya saya nak tunjuk sweet romantik saya ni pada isteri kesayangan saya? Baguslah biar orang lain tahu yang bidadari cantik depan mata saya ni hanya milik Ammar Zariff." Kata Ammar penuh rasa bangga.

Hayla menepuk lengan Ammar. Tak sudah-sudah suaminya itu mengusik dari di rumah lagi. Macam manalah tak makin jatuh cinta dengan suami sendiri? Hari-hari, setiap masa kena ayat manis.

"Ni kenapa awak datang cafe saya?" Soal Hayla.

Ammar mengecilkan matanya memandang Hayla. "Awak lupa ke sayang? Kan saya dah janji sebelum pergi kerja tadi, saya nak lunch sama-sama dengan awak. Bukan awak sendiri ke yang ajak saya lunch sama-sama?"

Hayla diam dan... dia tersengih memandang wajah Ammar. "Hehe sorry, awak. Saya lupa pula ada janji nak lunch dengan awak."

"Haa sengajalah tu lupakan kita. Sampai hati. Kita kat office punyalah asyik teringat pasal dia tapi dia boleh lupa pasal kita." Kata Ammar seakan merajuk. Saja nak drama sikit dengan isteri sendiri.

Hayla gelabah. Pantas kedua-dua tangan Ammar digenggamnya. "Eh, janganlah merajuk. Alah... saya minta maaf okay. Saya tak sengaja lupa. Awak tunggu sini kejap, saya masuk dalam pergi ambil beg dulu lepas tu kita keluar makan. Okay?"

SU | Cinta Si Permata HatiWhere stories live. Discover now