INTRO 🤡

93 16 13
                                    

"Bak sini tangan kau!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Bak sini tangan kau!"

Tanpa menunggu masa yang lama, seorang gadis berhoodie hitam memegang tangan rakannya itu erat.

Pada masa yang sama, kepalanya tertoleh-toleh ke belakang untuk melihat jikalau manusia yang mengejar mereka berdua itu sudah mula menghampiri mereka ataupun masih jauh ketinggalan di belakang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pada masa yang sama, kepalanya tertoleh-toleh ke belakang untuk melihat jikalau manusia yang mengejar mereka berdua itu sudah mula menghampiri mereka ataupun masih jauh ketinggalan di belakang.

Hood yang hampir jatuh ditarik ke hadapan. Apa yang dalam fikiran gadis itu ketika ini, dia perlu membawa rakannya itu ke tempat yang lebih selamat.

"Babe, are you sure this is the right way untuk keluar dari hutan ni?" Soal rakannya  yang sudah tercungap-cungap.

"Kau percaya aku kan?" Gadis itu mengangguk.

"Jangan lepaskan tangan aku ni. Dah nak keluar dari hutan ni, dekat depan tu aku dengar bunyi kenderaan. So that's mean, memang betul tu jalan raya." Terangnya sebelum mempercepatkan langkahnya apabila dia terdengar sayup-sayup suara manusia yang mengejar mereka dari tadi.

Semakin laju langkah mereka, semakin dekat mereka dengan jalan keluar dari hutan yang tidak seberapa tebal ini.

Walaupun kakinya seperti ingin patah sahaja akibat berlari ke sana ke sini dari tadi, dia tetap perlu teruskan. Nyawanya dan rakannya dalam bahaya jika berhenti di situ. Tiada pilihan lain melainkan sudah menjumpai tempat yang selamat untuk sementara waktu sebelum mencari balai polis yang terdekat.

Lari punya lari, keluar juga mereka berdua dari hutan itu. Mata meliar mencari jika ada balai polis yang terdekat di situ. Namun hampa. Mereka berada di kawasan kampung di mana agak sukar untuk menemui balai polis di situ.

"Aku rasa kita kena mintak tolong orang dekat-dekat sinilah... Nak naik teksi, duit pun tak ada ni, aish!" Ujarnya sambil memandang sekeliling.

Tidak lama kemudian, satu bunyi tembakan kedengaran membuatkan dua orang gadis ini terus menundukkan kepala.

"Gotcha! Korang nak lari mana, huh?" Seorang lelaki yang berada di dalam kereta tidak jauh dari tempat mereka berdiri tersenyum sinis.

"What the— MACAM MANA DIA BOLEH ADA DEKAT SITU?!"

"Babe... Kita nak buat apa ni? Konco-konco orang tua tu ramai, dekat mana-mana je ada."

Kedua-dua belah bahu rakannya dipegang. Wajahnya kelihatan amat takut sekali. Dia cuba untuk membuat rakannya itu fokus ke arahnya dan sedikit tenang.

"You trust me, right? Kau nampak kan kedai makan dekat seberang tu? Lintas jalan, masuk dalam kedai tu tapi masuk ikut pintu belakang. Mintak tolong diorang call polis. Okay?"

"Habis, kau macam mana?"

"Aku cover kau dari sini. Don't worry, aku akan okay."

"T-tapi—"

"Go, go, go!" Gadis berhoodie hitam itu menolak sedikit tubuh rakannya ke jalan raya apabila dia telah memastikan tiada kenderaan yang lalu pada waktu itu.

Sepucuk pistol yang disoroknya dari tadi dikeluarkan lalu dia menembak ke satu arah untuk menarik perhatian lelaki yang berada di dalam kereta yang tidak jauh darinya itu. Kereta itu kemudiannya mula bergerak. Dengan segera gadis itu melarikan diri sebelum manusia itu dapat mengekorinya.

Entah mengapa dia merasakan tubuhnya tercampak di udara apabila dia mahu menyorok di satu tempat. Penglihatannya menjadi gelap gelita.

Perkara terakhir yang dapat dia rasakan, ada cecair tidak henti-henti mengalir di bahagian wajahnya.





.

.

.


Long time no see! Aaaaa rindu nak menulis hikss hope so fanfic ni tak tergantung sepi & end up masuk draft balik 😭😭

☆ミ ComatoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang