Bab 5

4.4K 623 194
                                    

HARI ini keputusan keluar. Satu per satu kaki memijak anak tangga dengan berhati-hati. Mata sendiri berlingas ke sesuatu arah ruang rehat. Namun, mama tidak ada. Aku bawa diri ke arah dapur dengan pandangan mata kabur. Air mata mengalir serba sedikit, terharu. Skrin telefon dari laman sesawang ditenung, lama.

Beribuan kata syukur penuh dalam diri, bukan hanya gred A dilihat sebaris namun nombor empat rata di kotak bawah buatkan aku teresak-esak tadi. Segala penat tidak tidur malam dan kenangan aku pernah menangis kerana tidak faham subjek mula terbayang.

"Alhamdulillah." Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Rasa tidak sabar untuk memberitahu mama dan papa semakin membuak-buak. Kini aku tidak takut untuk memberitahu kerana pasti akan banggakan mereka. Aku juga tidak risau dibandingkan lagi, sekurangnya jika keputusan Aris begitu pun, kami berdua pasti sama.

Langkah diatur masuk ke arah dapur dengan pelbagai perasaan. Ada gemuruh, gembira, terharu dan teruja. Walaupun sebelum ini keputusan aku sudah baik tetapi tidak dipandang oleh keluarga, mungkin kali ini aku ada peluang.

"Mama, Iris dapat straight A's! Pointer Iris dapat empat rata." Dengan bersemangat nadaku melaung sebelum berlari ke arah mama dan Aris. Namun wajah mendung Aris buat langkah aku semakin perlahan. Kenapa? Lama-kelamaan kaki rasa berat untuk melangkah namun aku tidak boleh berpatah balik lagi.

Pang!

Wajah aku beralih spontan dek tamparan agak kuat.

"K... kenapa?" Pipi ditampar ibu sendiri mula terasa pedih dan pijar. Sakit dan secara tiba-tiba. Apa salah aku?

"Mama dah cakap jangan bagi Aris ikut perangai kamu. Asyik nak pertahankan kakak dia sangat kan? Tengok keputusan Aris ni. Straight B's." Luahan mama kedengaran dengan nada tidak puas hati. Skrin telefon Aris ditunjuk rapat ke mata aku hingga mengetuk dahiku.

Kaki spontan melangkah ke belakang.

"Apa semua ini, mama? Keputusan Aris pun dah bagus, semua lulus." Pipi aku masih rasa pijar. Sakit tetapi lebih sakit pada hati. Apa lagi pula yang aku dah buat? Pengaruh Aris?

"Bagus? Ya, bagus tapi Iris puas buat dengan adik sendiri macam itu? Iris ini memang dari kecil asyik selfish dengan Aris." Apa yang disambung oleh papa yang tiba-tiba muncul dari belakang. Kata-kata yang dilontarkan sungguh meluluhkan hati aku lagi. Kenapa... jadi begini? Aku memegang dada kian sesak. Tidak, aku tak mahu membuat drama tapi apa yang jadi sekarang adalah luar dari jangkaan. Kenapa semuanya mesti salah aku?

"Tapi Iris tak ajar Aris buat apa pun."

"Ma... papa... sudahlah mengarut. Kakak tak buat apa pun. Aris yang cuai." Suara palsu itu lagi. Dia pertahankan aku lagi? Atau sengaja baik di depan aku lagi?

"Kalau bukan terpengaruh, entah keputusan Iris tertukar dengan Aris. Tak mungkin Iris nak dapat keputusan macam ni." Telefon di tanganku dirampas. Mata bercermin itu merenung setiap barisan nombor matrik. Adakah mama tengah maksudkan aku tak layak dengan keputusan itu? Pedihnya.

"Nama Aris dan Iris jauh bezanya, tak mungkin. Sudahlah... memang rezeki Kak Iris. Jom lah kita raikan bersama. Kak Iris mesti nak makan piza kan?" Dia ini memang tak boleh diam ke? Sakitkan hati aku bila dengar suara dia.

Aku terlalu benci untuk memandang Aris sampai aku mengalih ke arah sekotak piza di atas meja bar. Kegemaran aku.

"Raikan apa? Kamu ni, Aris. Disebabkan terpengaruh dengan perangai Iris, sebab itu jadi macam ini." Papa kembali membalas, nada kecewa seperti mama.

Aku tahu, aku kuat. Menangis di hadapan mereka akan menjadi perkara sia-sia. Bak kata Alex, jika mereka kisah sudah lama mereka menghargai walau apa pun jadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

M3 Outside The TruthWhere stories live. Discover now