Tiada yg mengerti adakah manusia pada kala ini masih dalam penulisan untuk menceritakan hal-hal yang di halusinasi. Bukan yang nyata , bukan yang tetap, bukan yang solid, bukan yang tiada dimensi......
"Namun, semakin dewasa, kesedaran bahawa kebaikan seringkali dimanfaatkan oleh orang-orang yang berhati busuk, bagaikan bunga yang indah yang selalu menjadi sasaran para serangga."
Ikuti kisah seorang gadis yang mencari kehidupan lebih baik demi masa depannya.
___________________________________________________________
Aku Natasha, seorang gadis kota yang sering mengimpikan kehidupan luar biasa. Ternyata kehidupan yang sibuk membuatkan aku seringkali kehilangan arah tuju atas diriku sendiri.
Natasha adalah gadis polos yang sentiasa berbuat baik pada semua orang. Dia yakin hanya dengan kebaikan segala perkara akan dipermudahkan tetapi kebaikan akan selalu ditindaskan bersama kejahatan manusia yang bertopengkan syaitan.
Prolog
Kesedihan menyelimuti hati Natasha saat keluarganya memutuskan untuk berpindah ke luar negeri. Natasha yang masih bersekolah asrama di ibu kota tidak sanggup meninggalkan bandar dan sekolah itu. Meskipun tahu bahawa sahabat-sahabatnya juga akan berpindah sekolah, namun Natasha tetap ingin bertahan di sana dan dia mengetahui keinginannya itu tidak akan dapat dipenuhi. Setibanya waktu keberangkatan, dengan berat hati Natasha mengemas barang-barangnya dan bersiap untuk meninggalkan kota yang dicintai. Natasha harus rela dengan ketentuan atas kehidupan baru ini bahawa dia akan berpindah ke kawasan kampung.
........................................................................................................................
Part 1 - Permulaan hidup kelam...
Tibanya di kawasan rumah baru, Natasha mengambil cuti bagi menguruskan permilihan sekolah baru. Terdapat banyak pilihan sekolah tetapi Natasha memilih sekolah yang berdekatan dengan kawasan rumahnya bersama dengan adiknya Danial. Hari pertama kemasukkan sekolah mereka berdua menaiki bas, namun kerana bas terlalu padat dan sesak mereka meminta ibubapa untuk menyediakan motorsikal bagi kemudahan perjalanan ke sekolah. Natasha ketika itu, sudah berada di Tingkatan 5 manakala adiknya Danial sudah berada di Tingkatan 4.
Bermulanya, kisah kehidupan Natasha yang penuh mencabar. Disitu dia bersahabat dengan Dania dan tanpa disangka terjadi kisah tragedi yang tidak diingini berlaku, siapa sangka bapa kepada sahabatnya adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan situasi itu berlaku selepas Natasha selesai ulangkaji bersama sahabatnya Dania. Dania seorang gadis yang cantik dan manis mempunyai keluarga yang kaya, ibubapanya memberikan apa sahaja kepadanya, dia juga pada usia yang masih muda ketika berusia 17 tahun sudah memiliki kereta baru demi kegunaan ke sekolah. Jadi adalah amat mudah bagi Natasha untuk mengikuti Dania kemana-mana sahaja tetapi tidak diduga kisah kegelapan menjelma dan alangkah malang nasibnya apabila Natasha ditinggalkan berdua bersama bapa Dania manakala Dania sudah keluar membeli makanan ringan untuk dijamu setelah selesai mengulangaji. Dan saat itu menjadi kelam apabila bapanya Dania, En Hassan menarik Natasha ke biliknya. Natasha yang ketakutan meronta dan berusaha sekuat tenaga untuk melarikan diri, namun usahanya sia-sia bahkan ianya tidak didengari oleh sesiapapun tambahan tiada siapa dirumah yang akan membantunya dan hakikatnya Natasha hanya berdua, nasibnya amat tipis bagi menyelamatkan diri meskipun begitu Natasha cuba untuk berlari menuju ke arah bilik air dan mengunci dirinya didalam akan tetapi ianya tidak berkesampaian untuk bertahan lebih lama tatkala itu bapa Dania, En Hassan berjaya membuka pintu dan mampu menarik Natasha keluar. Natasha yang berada didalam keadaan keletihan menjadi longlai terus jatuh akibat penolakkan pintu itu dan berada didalam pelukkan En Hassan situasi ini menyebabkan Natasha kemudiannya tidak sedarkan diri.
Natasha membuka mata, perlahan-lahan kesedarannya kembali, dia tersedar apabila suara Dania kedengaran di ruang legar dan Dania yang menyedari Natasha ketiduran di ruang tamu mengajaknya untuk makan bersama. Natasha terus menolak ajakkan itu dan memerhati keadaan sekeliling dia yang masih mamai tidak menyedari apa yang telah terjadi ketika sedang pengsan tidak sedarkan diri. Natasha berusaha sedaya upaya untuk mengingkat kejadian selepas pengsan namun ingatannya hanya sehingga sebelum kejadian itu kepalanya terasa berat, ingatannya masih samar. Hanya Dania yang terlihat di sekitarnya dan Natasha terus meminta untuk pulang ke rumah. Dania yang tidak menyangka apa-apa terus menghantar Natasha pulang. Setibanya di rumah, Natasha menangis sekuat hati, air mata mengalir deras membasahi pipinya dia cuba melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak ingin mengingati kejadian yang sebenarnya yang telah berlaku. Natasha tekad membuat keputusan dia akan akan menjauhi Dania, dia tidak akan bercakap dan berkawan lagi dengan Dania, Natasha juga berhasrat untuk merahsiakan peristiwa itu dan tidak memberitahu kepada sesiapa malahan keluarganya sendiri serta sahabat yang terdekat. Detik demi detik sejarah hitam itu masih tidak dapat dilupakan dia amat trauma bersama lelaki berasa ianya meninggalkan luka mendalam dihatinya dia tidak ingin mempercayai sesiapapun. Sehingga tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Natasha yang dahulu ibarat belangkas bersama Dania kini tidak lagi rapat seperti dahulu.
Hingga kini, bayangan peristiwa itu masih menghantuinya. Ia tak pernah melupakan peristiwa kelam itu. Kepercayaan pada kaum lelaki kini tiada lagi digantikan oleh rasa takut dan curiga. Natasha berharap kejadian buruk itu tidak akan terulang lagi.
Sambungan..............
CZYTASZ
HATI BERKUNCI
Short StoryJika hati sepanas matahari, jika hati sesejuk salju, jika hati semekar bunga, jika hati selebat hujan , jika hati sepantas angin, jika hati segelap awan.