Mendung kembali menyapa, Membawa suasana hati yang kelabu.
Cuma seketika awan yang cerah muncul ianya terbukti bersifat sementara lalu berubah menjadi awan yang mendung,
Harapan mulanya sinar tinggallah kesan mendalam.
Langkah kaki terasa berat, Membawa kepiluan yang tak terkira.
Hati ini bagai langit mendung, Menunggu mentari kembali bersinar.
Part 2 - Ibarat Igauan Mimpi......
Langit mulai menutup cahaya mentari, bayangan pohon-pohon menandakan hari semakin suram. Niat dihati Natasha ingin segera pulang ke rumah , harapan cerah menjadi gelap saat kejadian yang tidak disangkakan berlaku. Ketika ini Natasha sudahpun menyambung pelajaran di peringkat diploma di sebuah ibu kota. Motorsikal yang dibawa Natasha ketika saat itu rosak dan mati ditengah jalan, Natasha menjadi cemas motornya masih tidak dapat dihidupkan.
Tatkala itu, datang seorang hamba Allah yang ingin membantunya ianya seorang lelaki mendekati menghampirinya. Walaupun asalnya niat lelaki itu Natasha was-was dan tidak ingin dibantu tetapi Natasha tetap memberi peluang kepada lelaki itu, memandangkan Natasha masih dalam perasaan ketakutan melihat keadaan yang semakin gelap. Setelah cuba membaiki ternyata keadaan motosikal Natasha masih tidak dapat dihidupkan, lelaki berkenaan yang perkenalkan dirinya sebagai Badd memberitahunya keadaan motorsikal Natasha harus dibaiki di bengkel dan mempelawa untuk menghantar Natasha pulang ke rumah. Badd juga menghubungi sahabatnya bagi membantunya menolak motor ke bengkel, malangnya bengkel yang berada dikawasan sekitar sudahpun tutup dan Badd meminta izin Natasha untuk membawa motor pulang ke rumahnya sementara. Natasha yang tidak syak wasangka apa-apa menerima niat lelaki itu baik ingin membantunya.
Tetapi malang tidak berbau apabila sampai ke rumah Badd lain yang terjadi. Badd mempunyai niat yang tersembunyi, dia cuba memperkosa Natasha. Dalam keadaan sedar Natasha tidak mampu melawan kudrat lelaki sekuat Badd dan selepas kejadian itu Badd segera menghantar Natasha ke rumah. Natasha yang berada dalam situasi terkejut masih tidak dapat menerima hakikatnya diperkosai oleh lelaki yang bernama Badd yang pada awalnya cuba untuk dipercayai.
Natasha tidak dapat tidur dan menangis sepanjang malam teringat kembali peristiwa pahit yang baru sahaja terjadi.Sekali lagi hidupnya menerima tamparan hebat, Natasha pasrah dan tidak membuat report atau mengadu pada sesiapa kerana dia malu akan dirinya dan ingin menjaga nama baik keluarga serta maruahnya sebagai seorang wanita. Keesokkannya, Natasha melihat motorsikalnya sudahpun dikembalikan dan berada dihadapan rumah. Namun, luka batinnya masih jauh lebih terluka dan malu membelenggu kehidupannya. Hati Natasha terasa seperti diiris-iris pisau ianya menjadi mimpi igauan buruk atas perbuatan keji lelaki itu.
Sambungan...............
...........................................................................................................

CZYTASZ
HATI BERKUNCI
Historia CortaJika hati sepanas matahari, jika hati sesejuk salju, jika hati semekar bunga, jika hati selebat hujan , jika hati sepantas angin, jika hati segelap awan.