Bab 1

5.5K 803 975
                                    

Pada suatu pagi yang indah, seorang y/n yang diberi nama Siti Boba Cekebom binti Dato' Muzafar Megah Holding akhirnya bangun juga daripada terus membuta.

Seperti heroin cliche di luar sana, dia adalah anak orang kaya tapi sangat kolot dan perwatakannya sangatlah malu malu taik kucing dengan lelaki.

"Cik muda nak mekap ?"

"Mekap ? Apa tu?" Siti Boba Cekebom buat muka konfius dengan perkataan mekap. Apa tu?

"Cik muda tak tahu?"

"Tak, saya seorang jeke yang tak suka mekap? Saya suka pakai bedak johnson baby. Neutral original tak spicy" ujar Siti dengan suara kepitnya. Membuatkan pembantu bernama Nurul Netizen itu ternganga sekejap.

Siti sangatla berbeza seperti wanita lain, dia tidak tahu apa itu bb cream dan lipstick serta alat solek yang lain. Boleh dikategorikan, pick me gurl.

"Anak papa dah bangun ?" Tegur Dato' Muzafar, setiap pagi Siti akan bangun dan bersarapan dengan papa dan mama.

Kat atas meja wajib ada roti bakar, jus oren serta mi goreng. "Dah papa, penat sangat"

"Duduk, ada sesuatu yang mahu papa bagitau kamu" ujar Dato' Muzafar dengan serius. Siti terus melangkah menghampiri meja makan.

"Papa nak kamu kahwin dengan pilihan papa, Samad iaitu CEO pencukur bulu ketiak" ujar Datuk Muzafar pemilik syarikat megah holding itu dengan serius.

Makanan di hadapan langsung tak di usik. Manakala Datin Rose' Muslimah bekas ahli blekping yang sudah monopos di sebelah Dato' Muzafar mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya.

"What ?!" Jerit Siti tidak rela.

"Siti masih muda !"

"Ikut cakap papa kalau tak, papa potong elaun !"

"Okey fine !"

__________hambar cam apa ja. 🤣

Btw, cerita ni memain je tau. Bukan cerita serius serius yang aku pernah taip.

Hikayat Bulu Ketiak [C]Where stories live. Discover now