seungmin 🪴

83 4 1
                                    

Saemi menunggu seseorang diluar kelas sambil membetulkan rambutnya. Kawannya disebelah lihat dia. Dia mengambil nafas panjang. Selepas pintu dibuka, muka lelaki yang diminati muncul

"Seungmin! Jom rehat sama sama!"Saemi berkata lalu memeluk lengan Seungmin. Pelajar lain hanya melihat Saemi yang dari dulu tak penat penat mengejar Seungmin

Sampaikan Seungmin pun penat dan malas nak layan dia

"Haish. Boleh tak jangan peluk peluk. Rimas tahu tak?"

Saemi melepaskan tangan Seungmin lalu berjalan disebelah Seungmin.

"Kita rehat sama sama ok?"

"Hmm"

--

Saemi menongkat kepalanya lalu merenung Seungmin yang sedang menikmati sandwich sambil membaca komik. Tak pernah dia bosan tengok muka Seungmin

"Pervert"

"Yah. Aku tak pervert lah. Bukannya berdosa pun tengok muka awak"Saemi mempertahankan dirinya. Seungmin menjeling

Seram rasa bila Saemi asyik melihat dia. Tak ubah macam stalker

Sedang Saemi berangan sambil melihat Seungmin, tiga orang lelaki datang pada mereka. Siapa lagi kalau bukan Hyunjae,Chan dan Yeonjun.

"Eh eh Saemi. Kau tak penat ke kejar si Seungmin ni. Kalau aku give up dah dengan dia ni. Macam mayat hidup je. Tak bercakap"Yeonjun berkata lalu duduk diatas meja depan Seungmin

"Lantak aku lah. Biar dia mayat hidup dari Korang perangai macam setan"

"Pandai eh kau minah. Nah ambik duit ni, pergi belikan aku sandwich"Hyunjae mencampakkan beberapa keping duit kertas depan muka Saemi.

Saemi menjeling. Sebab nak dikata, Saemi selalu dijadikan kuli mereka bertiga

"Pergilah beli sendiri"

"Engkau ni! Bersyukur sikit aku dah bagi duit dari aku guna duit kau!"Hyunjae menepuk meja, menakutkan Saemi

"Yelah yelah"

Nasib dah jadi mangsa. Saemi bangun dari situ sambil membawa duit Hyunjae, menuju ke cafe yang agak jauh dari situ

Namun tangan Seungmin sempat memegang Saemi pergi dari situ. Seungmin bangun dari situ lalu duit Hyunjae itu dicampak ketanah. Tanpa berfikir panjang, Seungmin memijak duit itu

"Aku tengok korang tak cacat. Pergi beli sendiri" Seungmin menarik Saemi pergi dari situ membuatkan tiga mereka geram dengan sikap Seungmin itu.

Seungmin membawa Saemi berlari dari situ, menjauhi pembuli itu

--

Seperti biasa, Saemi mana pernah fokus dalam kelas kimia yang diajar Saem Kim. Dia termenung keluar tingkap, taman bunga sekolah itu. Baru sesuai dengan emosi dia

Emosi yang tak stabil dengan sikap Seungmin tadi. Cair makkk Seungmin buat camtu, boyfriend material sangat!

'agak agak dia suka aku ke?'

'ke dia kesian kan aku ?'

'tak pernah lagi dia sentuh aku. makk, nak Seungmin je'

Dan banyak lagi yg dikatakan Saemi sampai takdapat nak ditulis. Sambil memejam mata,senyuman konyol dia masih lagi mengelamun keluar tingkap

--

"Result teruk! Subjek lain boleh je lulus, dapat A lagi! Tapi subjek saya yang paling senang ni gagal?! Takfaham lah saya!"

ONE SHOT »straykidsWhere stories live. Discover now