"AHHHHH!!!! TOLONG!!!!!!" Teriak JeongAh dari arah dapur.
Satu persatu ahli dalam rumah tersebut berlari kearah dapur dan sedia membantu JeongAh yang berada dalam masalah.
"Kenapa?! Kenapa?! Apa yang terjadi?" Teriak Solhyun juga dalam keadaan panik.
Hyorin dengan tenang nya berjalan kearah dapur gas dan menutupnya. Ternyata, JeongAh hanya cuba memasak tetapi panik apabila melihat kuali berasap dengan hebat.
"Hyun dah kata, jangan masak!" Marah Solhyun
"Nanti korang kebuluran macam mana?! Nini pun tak bangun-bangun lagi ni..." Balas JeongAh.
"Kitorang ke eonnie yang kebuluran? Hyo, tolong gerakkan Nini. Lepastu, suruh dia masak." Arah Solhyun.
Hyorin menganggukkan sahaja lalu bergegas menuju ke tingkat atas atau lebih tepatnya lagi ke bilik Nini.
"Degil! Dah tak pandai masak, buatlah cara tak pandai masak! Nanti Hyo tak dapat pergi sekolah macam hari tu sebab sakit perut, macam mana? Haish!" Ceramah Solhyun.
"Janganlah takut sangat dengan aku! Yelah, aku tak masak lagi." Merajuk JeongAh.
POV : JEONG HYORIN
Aku mengetuk pintu bilik Nini yang berwarna hijau kebiruan itu sebelum memasuki biliknya. Takut nanti aku disaman atas kesalahan trespassing.
"Masuklah." Jawab Nini.
Aku membuka pintu bilik Nini. Dan melihatnya sedang menyikat rambutnya yang panjang.
"Oh, Hyo! Kenapa?" Tanya Nini.
Patutlah dia tak dengar jeritan Jeong eonnie. Dia pasang lagu, 'Permission To Dance' BTS kuat sangat.
"Hyun eonnie suruh Hyo panggil eonnie untuk masak. Jeong eonnie hampir bakar dapur sebab dia nak masak." Jelas ku.
"Aigoo... Yelah, kejap lagi eonnie turun." Balas Nini.
Aku sekadar menganggukkan kepala lalu menutup pintu bilik Nini kembali. Aku berjalan ke bilik ku lalu menolak pintu berwarna putih tersebut.
Aku duduk diatas meja belajar ku dan mengeluarkan buku sejarah untuk ulang kaji pelajaran sambil menukar warna LED kepada warna ungu.
POV : PARK NEUL NEUL
Aku menyusun langkah ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan pagi. Aku terlambat bangun sebab aku main game sehingga lewat malam.
"Pagi, Jeong eonnie. Sorry lambat bangun." Sapa ku.
"Pagi... Cepat masak. Perut aku dah menyanyi je dari tadi... Hmph!" Katanya lalu menuju ke ruang tamu.
"Weyh! Ada video paranormal baru dari channel yang kita selalu tengok tu!" Teriak Yinaa dari tingkat atas menuju ke tingkat bawah dengan perasaan yang excited.
"Serius ah?" Tanya JeongAh.
"Serius! Jap. Aku pasangkan kat TV. Baru best tengok." Kata Yinaa.
Aku melihat kearah Yinaa yang sedang memasang video dari laptop nya ke TV sambil memotong bawang.
"Kenapa aku sorang je yang pandai masak?" Bisikku pada diri sendiri.
[TIME SKIP]
"Yah! Sarapan dah siap ni! Cepat-cepat turun bawah. Makan dulu. Nanti sejuk tak sedap pulak!" Laungku sehingga hampir pecah anak tekak.
JeongAh dan Solhyun yang sedang kelaparan itu bersorak dan berlari kearah dapur. Manakala Yinaa yang sedang mengemas ruang tamu itu ingin mengacau eonnie nya.
YOU ARE READING
[REMAKE] MYSTERY BEHIND THE CODE
HorrorMengisahkan lima orang remaja perempuan yang memasuki sebuah rumah agam yang terkenal berhantu. "JTJNY House Castle adalah sebuah rumah agam-" Bahkan sebelum memasuki rumah tersebut, ada yang datang. Antara mengganggu atau meminta bantuan. "Tolong...