____
Point of view ini adalah pada masa dan hari yang sama dengan point of view JeongAh. Just a note :)
____POV : KIM SOLHYUN
Aku menyusun langkah ke luar rumah dan bergegas ke tempat kerja. Aku kerja sebagai pelayan di sebuah café. Dan kenapa aku bergegas? Of course! Sebab aku lambat.
Aku tak sempat nak jamah sarapan yang disediakan oleh Nini. Bukan tu saja, aku pun tak sempat nak pasangkan kasut. Jadi, aku sekarang tengah berlari sambil berkaki ayam. My parents will be proud of me if they see me like this.
Sebaik sahaja aku menaiki sebuah bas, aku pun tercungap-cungap mengambil nafas lalu mengambil tempat duduk paling belakang. Tiada siapa yang berada di dalam bas, bagus, tak nampak macam orang gila.
Aku pun mengemas pakaian ku semula lalu memasang kasut ku. Rambutku yang disanggul tadi aku buka lalu ditoncang. Selepas aku memastikan diri ku kemas, aku duduk lalu memasang lagu menggunakan earphone.
Aku menutup mata ku untuk menikmati lagu Awake - BTS Jin. Seketika aku merasakan bas tersebut berhenti, aku yang hairan itu pun membuka mata dan melihat sekeliling ku. Gelap. Sunyi.
"Yah." Panggil seseorang.
Aku menoleh kearah suara tersebut.
"Awak siapa?" Tanya ku.
Tak silap aku, takde orang yang naik bas tadi. Tambahan lagi, apa yang jadi dengan bas ni?
"Jungkook." Jawabnya.
"Jadi?" Tanya ku.
"Terus terang aku cakap... Kau kena pergi rumah tu... SECEPAT MUNGKIN. Aku tak suka tunggu-tunggu." Kata nya.
Dahi ku berkerut. Macam mana mamat ni tau yang aku nak pergi ke sana? Live pun belum. Nak kata dia ni jiran... Tak pernah pulak nampak dia sebelum ni...
"Maaf ye, Encik. Saya tak pasti apa yang Encik cakapkan ni... Saya pun tak kenal Encik... Ataupun Encik pernah bertemu dengan saya sebelum ni?" Tanya ku.
Dia sekadar memandang ku dengan tajam sebeagai balasan. Secara tiba-tiba, bas berhenti secara mengejut dan membuatkan aku memejam mata ku kerana takut dengan apa yang akan terjadi.
Dan hidung ku terhantuk pada kerusi depan. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku ternampak beberapa penumpang memandang ku pelik dan ada yang berbisik dan tertawa.
Aku mengatur posisi ku semula lalu memberhentikan lagu yang ku pasang ditelinga. Sebaik sahaja aku ternampak sebuah pemberhentian bas, aku menekan butang berhenti lalu keluar daripada bas tersebut.
Aku pun berjalan menuju ke café tempat kerja ku lalu menukar pakaian ku di locker perempuan.
"Morning, Hyunnie." Sapa Jihyo.
"Morning, Jihyo~" balas ku.
"Nasib baik kau sempat datang... Kalau tak, hm, mampus lah kau..." kata Jihyo.
"Asal?" Tanya ku.
"Boss masuk kerja hari ni." Ujarnya.
"Serius?" Tanya ku lagi seakan-akan tidak percaya.
"Iye... Dia datang dengan mood paling tak baik yang memang jarang sekali kita tengok au..." bisik Jihyo kepada ku.
"Fuh... Nasib baik sempat tadi..." balas ku.
Aku pun membuat kerja ku iaitu mengambil order pelanggan dan menghantar order pelanggan.
Sampai lah satu masa, aku ditegur oleh boss ku, Jay Why Pee.
YOU ARE READING
[REMAKE] MYSTERY BEHIND THE CODE
HorrorMengisahkan lima orang remaja perempuan yang memasuki sebuah rumah agam yang terkenal berhantu. "JTJNY House Castle adalah sebuah rumah agam-" Bahkan sebelum memasuki rumah tersebut, ada yang datang. Antara mengganggu atau meminta bantuan. "Tolong...