M1

4 1 0
                                    

"Hello! Ada sesiapa tak?" Tegurnya dengan suara yang perlahan namun masih boleh didengari sambil mencari seseorang di sekitar hotel tersebut.

Dirinya terkejut apabila melihat seorang lelaki dengan pakaian formal berwarna hitam muncul entah dari mana sambil tersenyum mesra menegurnya.

"Selamat datang! Ya,ada apa yang boleh saya bantu?" Ucapnya dengan mesra setelah itu mula bertanya apa yang perlu di bantunya.

Lelaki itu hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu mungkin sebab dia terlupa mahu menanyakan sesuatu atau mungkin berasa janggal.

Setelah beberapa saat berfikir dengan sangat dalam akhirnya dia ingat apa yang mahu ditanyakannya.

"Hmm..boleh saya tanya hotel ini ke yang memberi kad jemputan?" Tanyanya dengan sopan mahu kepastian takutnya salah tempat.

"Maafkan saya...apa maksudnya?" Tanyanya dengan sopan walaupun reaksinya dalam keadaan kebingungan manakala lelaki di hadapannya itu hanya mengeluh dan berfikir dua tiga kali untuk tinggal di hotel ini atau tidak.

Akhirnya setelah berfikir dengan sangat lama dia membuat pilihan untuk tinggal selama 2 hari 1 malam setelah itu barulah dia akan pergi mencari tempat kad jemputan misteri itu.

Tapi yang peliknya pelayan itu mula membuat muka cemas seperti mahu memberitahu tentang sesuatu perkara.

"Maafkan saya,ermm tolonglah fikirkan sebetulnya" pintanya meminta kepastian dengan keputusan itu tapi itu adalah keputusan muktamad dari lelaki itu.

Bukan tidak mahu tinggal sedikit lama tapi harganya di online vs harga dihadapannya sebetulnya sangat berbeza! Sungguh.

Dia mula tersentak dengan sesuatu dan mula menanyakan pada lelaki dihapannya itu dalam keadaan tergesa-gesa.

"Boleh saya tahu apa nama hotel ini?" Senyuman lelaki yang memakai pakaian formal itu mula mati dan mula memandangnya dengan serius seperti itu adalah sesuatu yang rahsia.

"Boleh saya lihat kad jemputan anda?" Tanyanya dengan senyuman yang kembali terukir di wajah.

Setelah lama orang di hadapannya mendiamkan diri akhirnya dia kembali bersuara "Selamat! Anda seperti mereka yang teristimewa~" ucapnya dengan teruja sambil menunjuk ke suatu arah membuat lelaki yang memiliki kad jemputan itu keliru.

Dirinya mula berpaling dan terkejut melihat disekelilingnya ada sekitar hampir 50 lebih orang sedang memandang rendah dirinya seperti sesuatu yang kelihatan mudah dan dengan pandangan mahu membunuhnya.

Salah seorang dari mereka mula tertawa dan bersuara seolah dirinya itu adalah yang terkuat "hahah... Boleh ke budak mentah macam dia bertahan hidup? Entah-entah mati macam dorang yang salah kad jemputan hotel~" lihatnya ke arah lelaki itu sambil nada suaranya terdengar seperti memandang rendah.

Perkataan yang diucapnya itu memang menjengkelkan tapi dalam masa yang sama juga telah menakutkan dirinya sendiri seperti ada sesuatu yang tak kena dengan hotel ini.

Pelayan yang ada dihadapannya mula bersuara bagi pihak dirinya "jangan risau~ orang dihadapan ini adalah orang yang tepat dipilih bukan seperti yang sebelumnya keliru dengan nama hotel yang sama" ucapan itu membuat lelaki yang memandang rendah tadi menjeling mata menyampah.

Dirinya mula berasa tidak sedap hati dan mula memberanikan diri mahu meminta izin untuk membatalkan ucapan yang tidur 2 hari 1 malam itu kerana dirinya berasa berada dalam ancaman dan dicampur dengan ketakutan.

"Hm..ee..eto..boleh saya batalkan tak yang 2 hari 1 malam?" Tanyanya teragak-agak tapi ditertawakan oleh yang lain lalu seseorang mula mencelah percakapannya.

"Hahahhh... Kau fikir ni tempat apa huh? Jom main satu permainan kalau kau kalah nyawa kau akan jadi bayaran dan kalau kau menang kau rasmi jadi ahli di sini" ucapnya seperti tidak ada bezanya ganjaran yang diberi dan tidak mendatangkan apa-apa keistimewaan bagi orang dihadapannya itu.

Dirinya membantah keras kerana hadiah itu tidak masuk akal "Dengar sini! Itu bukan apa yang saya mahu! Saya cuma nak keluar dari tempat ini dan tak nak jadi ahli! Awak faham tak erti kedua itu!" Kemarahan yang membuak-buak membuat dia hilang kesopanan sedikit.

Tapi kemarahan dirinya itu tidak didegari oleh orang sekelilingnya "ya,ya,ya~ kalau dah sudah kau boleh ambil masa untuk berehat sebentar dan jumpa nanti di kafetaria" katanya berlalu pergi dengan yang lain.

Dirinya terus menoleh ke hadapan sambil membuat muka mahu dikasihani berharap pelayan itu menolongnya namun tidak.

"Maafkan saya,mari saya bawakan beg anda dan menunjukkan bilik anda sekarang juga~ anda mesti sedang kelelahan menghadap semuanya secara tiba-tiba" ucapnya sambil senyum mesra.










"Permainan? Fufu..menarik~"

Master.M.I.N.D.Where stories live. Discover now