M3

3 1 0
                                    

Usai selesai perjumpaannya dengan yang lain dirinya terus pulang ke unitnya akibat lelah dengan apa yang dirinya hadapi.

Ryhen menghembuskan nafas lega bercampur lelah dan mula mengunci pintu biliknya agar tidak ada yang secara tiba-tiba masuk.

Dia pun meletak beg bagasinya ke tepi lalu menyusun apa yang patut di dalam almari miliknya itu.

Barang lain juga disusun mengikut tempat yang sesuai setelah itu yang terakhir adalah ubat tidur dan beberapa lagi ubat diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil empuk miliknya itu.

Di keranakan dia tidak terlalu mengantuk dia cuba membaca novel yang dibawanya edisi baru dari seorang novelis yang sangat cukup terkenal dengan nama pena-nya iaitu *Z*.

Baca punya baca akhirnya dia terlelap tanpa perlu memakan ubat tidur lagi dan tanpa sedar pagi pun telah menjelma,dia pun terus bangun dan menuju ke bilik mandi.

Menggosok gigi serta mencuci muka lalu kemudiannya melihat jam di atas meja menunjukkan waktu sekitar 8.40am.

Dia pun menuju ke restoran di tingkat 5 kerana lapar dari semalam sebab tidak sempat makan apa-apa dan perlu menghadap situasi gila seperti itu.

Sesampainya saja di sana dia tidak menyangka kalau ramai juga yang bangun awal pagi hanya untuk bersarapan kerana kebiasaanya di kota yang ditinggalnya itu orang disana selalu bising dan bangun pada waktu tengahari.

Mereka yang menyedari kehadiran ryhen mula berbisik antara satu sama lain dan tersenyum sinis seolah-olah mereka membuat rencana jahat.

Setelah semuanya bangun dan berkumpul sekitar waktu 9.00am. semua bersarapan dengan tenang sampailah secara tiba-tiba seseorang menjerit dengan sangat kuat sampai boleh memecahkan gegendang telinga.

Dia terus bergegas menuju ke arah tempat yang diduduki ryhen dan menampar kuat di pipinya sehingga bengkak kemerahan.

Ryhen yang tidak tahu dan keliru dengan apa yang berlaku sekarang terkejut kerana dirinya secara tiba-tiba ditampar kuat oleh perempuan itu.

Ryhen memegang pipinya dengan muka keliru dengan situasi yang dihadapinya sambil air mata miliknya mula jatuh gugur sedikit di pipi walaupun sudah ditahannya.

Dark yang entah dari mana tiba-tiba muncul sambil memandang kesemua yang ada di situ.

"Well,sudahkah? Apakah permainan sudah dimulai?" Pertanyaan dark semakin membuat ryhen tidak faham dengan situasi yang terjadi sekarang ini.

Senyum dark membuat ryhen tertanya "apa yang berlaku? Kenapa saya ditampar secara tiba-tiba?" Soal ryhen tapi di tertawakan oleh yang lain.

Dark hanya senyum mesra seperti biasa "Hahahaaa....macam mana kau dipilih kalau bodoh macam ni" ejek salah seorang dari mereka sambil ketawa dengan kelantangan yang membuat orang terasa jengkel.

Ryhen mula memikirkan kenapa dirinya ditampar tadi dan mula mendapat jawapan dan alasan kenapa dirinya ditampar kuat.

Salah satu alasannya adalah dia yang membantu mengangkat pinggan tadi dan kedua dia yang memberikan set roti garlic dan sup mushroom tu tadi.

Tapi yang anehnya apa yang membuat perempuan itu menjerit dengan sangat kuat.

Ryhen pun mula bangun dan pergi ke arah tempat duduk perempuan itu dengan niat mahu mencuba makanan yang dimakan perempuan itu.

Dirinya mula berasa hairan setelah mencuba makanan yang perempuan itu makan dan tidak ada apa-apa pun rasa yang pelik sampai boleh buat orang terkejut atau menjerit.

Ryhen mula menyoal "kenapa awak tampar saya secara tiba-tiba?" Tanya ryhen dengan nada sopan tapi dia ditampar sekali lagi oleh perempuan itu "Biadab! Kau berpura-pura tak tahu apa yang kau dah buat" ucapan perempuan itu langsung tidak difahami ryhen membuat ryhen semakin hairan.

Ryhen hanya mengeluh dan menyoal sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Tidak,saya betul-betul tidak tahu apa yang saya buat jadi tolonglah beritahu saya. Apa yang saya buat?" Ucapnya membuat perempuan itu mengangkat kening kiri miliknya.

Perempuan itu mula menjawab apa yang ditanyakan dengan nada sombong "kau aku tampar sebab biadab meletakkan kamera kecil di dalam makanan dan minuman aku hmpp" perempuan itu memalingkan muka miliknya itu.

"Saya...?" Tanya ryhen tidak percaya.

Perempuan itu menjawab "ya kau! Pergilah lihat~" nada miliknya mula terdengar bengang.

Ryhen terdiam "hahah...sial si gila...apa yang kau buat gatal sangat letak kamera dalam makanan dan minuman orang lain dan perempuan pula tu" orang disekeliling hanya terdiam dengan perkataan yang ryhen ucapkan

Ryhen yang perasan hanya senyum sinis "kenapa awak semua senyap? Awak mesti fikir orang seperti saya tak pernah guna bahasa kasar hahahhh karut" ucap ryhen sambil sibuk melihat kamera kecil itu.

Wanita itu terdiam bisu dengan perubahan mendadak dari si ryhen begitu juga yang lain.

Mereka yang tadinya tersenyum-senyum dan tertawa mula diam membisu turut serta membeku seperti patung batu manakala dark mula tersenyum puas dengan situasi yang jadi semakin menarik.

Ryhen mengambil pisau potong daging dan menikam ke arah kamera kecil yang diletakkan di atas meja.

Perempuan itu mula risau dan gelabah seperti telah membuat sesuatu kesalahan.

Pisau potong itu dibaling ke arah dinding dengan sengaja membuat perempuan dihadapannya itu  jatuh terduduk tanpa sebab yang jelas sebelum ryhen ke arah perempuan itu dia dalam diam sempat mengambil pisau potong itu.

Ryhen mencangkung dan memandang tepat di mata sambil berkata "awak tampar saya dengan kuat sehingga merah begini tapi kenapa kaki awak boleh lemah sampai jatuh terduduk begini?" Pertanyaan itu diakhiri dengan pisau potong yang diambil senyap-senyap tadi dicucuk berada hampir-hampir mengenai jari halus milik perempuan itu.

Ryhen memandang dan berdiri daripada duduk mencangkung "walaupun saya kelihatan baik tidak bererti awak semua boleh meremehkan saya lagi pula yang letak kamera tu awak sendiri......bukan?" Teka ryhen tidak tahu salah atau benar sebelum berlalu pergi.

Ryhen pun berjalan pergi tanpa menoleh sedikit pun dan dark pun menghilang setelah menyaksikan kejadian itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Master.M.I.N.D.Where stories live. Discover now