7

34 2 0
                                    

Laila tolak kerusi roda Zafril sehingga tiba di meja batu. Selepas solat asar, dia sengaja bawa Zafril ambil angin di luar rumah. Melihat pokok pokok dan bunga bunga yang Fatimah tanam.

Laila senyum bila melihat bunga mawar putih dan merah yang kembang mekar itu. Dia mula tinggalkan Zafril dan menapak ke arah pokok bunga. Senyumannya semakin lebar bila dapat sentuh dan cium bunga bunga itu.

Zafril hanya memerhatikan tingkah Laila. Suka bunga ya? Zafril jongket alisnya sambil itu. Senyuman manis dan bahagia cik isteri dia pandang tak jemu. Makin dipandang makin tak puas pula.

"geram la tengok bunga ni... Cantik!" ujar Laila kepada Zafril yang tak jauh darinya.

"petik la sekuntum."

Laila mencemik. "ketahuan dek mak... Habislah saya..."

Zafril sengih. Dia bawa dirinya mendekati Laila dan bunga bunganya. Tangan panjangnya menjangkau bunga mawar itu. Dan... Sekuntum mawar putih sudah selamat dia petik.

Tak sempat Laila nak halang,Zafril lagi cepat bertindak." mak marah nanti... "rungut Laila sambil matanya melilau kawasan sekeliling. Takut takut Fatimah nampak.

Zafril tak mengulas apa. Mawar putih itu dia selit di celahan rambut dan telinga Laila. Isterinya nampak sangat cantik dan suci dengan bunga itu.

Laila terkedu dengan perbuatan Zafril. Tangannya naik menyentuh bunga yang tersemat di telinganya.

"kau nampak cantik, Nur..."

Laila tunduk pandangan sambil menggigit bibir bawahnya. Wajahnya membahang menahan malu bila dipuji begitu. Oleh suami sendiri pula tu. Ah... Hatinya terasa ada taman bunga... Rasa mekar dan harum...

Malu malu cik isteri Zafril pandang. Suka melihat gadis polos itu begitu. Comel! "kalau kau suka sangat bunga bunga ni...aku boleh sediakan tempat untuk kau tanam bunga bunga ni semua... Kau boleh creat garden kau sendiri. Bebas untuk tanam apa yang kau suka."

"ermmm... Tak payah la. Ni kan dah ada... Cukuplah..." selar Laila. Kalau ikutkan hati dia memang nak sangat. Tapi dia tak mahu susahkan Zafril. Cukuplah bunga bunga yang Fatimah tanam ini.

"tak sama rasanya bila kita nikmati hasil tanaman kita sendiri..."

"Nur nak tunggu Zaf sihat dulu. Barulah nak fikir semua tu. Nanti boleh kita tanam sama sama." ujar Laila seolah olah menceritakan masa depan mereka berdua.

"entah bila aku akan pulih, Nur. Mungkin tak pulih terus..." Zafril berkata sambil matanya membuang pandang ke arah sawah padi yang mengelilingi kawasan rumah mereka.

Laila duduk menyamai ketinggian suaminya . Tangannya menyentuh sisi paha lelaki itu. Dia mendongak sedikit melihat wajah muram lelaki itu ." hari tu, Zaf ada cakap yang Zaf sayangkan Nur?" soal Laila tiba tiba.

Zafril tunduk wajah mencari anak mata hitam Laila. "aku tahu terlalu awal untuk aku cakap macam tu . Mungkin kau layan aku baik macam ni pun sebab aku sakit kan? Kau nak tunggu aku sembuh lepas tu baru kau akan pergi." mata redup penuh ketenangan milik Laila dia tatap dalam.

Laila genggam tangan Zafril erat. Matanya juga turut sama memandang anak mata coklat cair itu. Semakin cantik bila anak mata lelaki itu disimbah cahaya."Nur pun sayangkan Zaf... Sayang itu muncul mungkin sebab kita suami isteri. Tak perlu tunggu lama untuk perasaan tu timbul antara kita. Zaf kena janji dengan Nur, yang Zaf takkan putus asa untuk pulih. Jangan mengalah.... Demi Nur..." pinta Laila penuh mengharap.

Mata Laila yang mula berkaca kaca itu Zafril tenung lembut. Kemudian dia angguk. Genggaman tangan mereka dia eratkan. Terasa kekuatan dan semangat yang Laila salurkan untuknya itu mengalir kepadanya.

Nur Di Hati ZafrilWhere stories live. Discover now