1:54 am
"nanti aku datang."
"tunggu...."
"jangan pergi dulu."
Terdengar bunyi tangisan.
Tangisan Lee Minho.
Hyunjin terbangun. Melihat Minho di atas katil. Menangis.
"Hyung, bangun." dia mengejutkan Minho.
"Hyung, irreona!" kejut Hyunjin lagi.
Mata Minho terbuka. Terkejut. Lalu dia bangun untuk duduk.
"Wae?" tanya Minho.
"Hyung. Tadi mengigau." jawab Hyunjin.
"Eh. Ye ek ?"
"Iye la hyung. Hyung okey tak ?" tanya Hyunjin pula.
"Okey je. Sorry kalau terkacau kau tidur."
"Takpe hyung. Hyung pergi la sambung tidur."
Minho mengangguk.
•_•
Semua barang yang dibawa sudah siap dikemas. Mereka berdua sedang menantikan Chris dan Changbin.
Minho teringat yang dia ada pertandingan basketball esok.
"Hyunjin-ah, petang nanti aku keluar practice tau dekat tempat biasa."
"Hyung... hyung baru je discharged. Takkan la terus practice."
"Iye la, pertandingan tu esok. Lepas habis pertandingan esok aku rehat lah."
PINN PINN !!
Terkejut mendengar bunyi hon dari kereta yang dipandu oleh Changbin.
"Ha jom balik." kata Chris.
Hyunjin dan Minho mengambil barang dan diletakkan di dalam but kereta.
•_•
Sebaik sahaja pintu dorm dibuka. Jeongin meluru ke pintu memeluk Minho.
"HYUNG! HYUNG DAH BALIK." ujarnya gembira.
Minho tersenyum, mengusap kepala Jeongin.
"Iye, hyung dah balik." Minho tergelak kecil.
Chris tersenyum.
Manakala Jisung, Felix dan Seungmin mengambil barangan yang dibawa oleh Minho dan Hyunjin lalu membawanya ke dalam.
"Ah aku kena pergi practice. Coach dah mesej." katanya sambil menunjukkan telefonnya.
Mereka semua mengangguk.
YOU ARE READING
Just A Week
Short Storyminho berjuang untuk minggu terakhirnya "I have to go" "thank you" "h-hyung..."