Baby Mel

86 4 0
                                    


      Kali ini, aku dengan yakinnya mewarnakan wajahku dengan makeup gaya smokey eyes. Pakaian seksi berwarna peach yang tersarung ditubuhku ini juga aku tempah khas daripada D'Va Boutique. Butik ini baru sahaja terkenal setelah 3 tahun berada dalam dunia perniagaan.

      Pemilik butik ini adalah merupakan sahabat sepermainanku, Alias Malique atau dipanggil Liq. Liq seorang yang kacak tetapi agak lembut. Sesiapa sahaja yang pernah berjumpa dengan Malique, pasti akan terjatuh cinta kerana kekacakan yang dimilikinya. Jika bukan kerana sahabat, sudah lama aku pun jatuh cinta dengannya. Tapi, prinsipku dari dulu lagi tidak akan sesekali jatuh dengan sahabat.

       Dari dulu sehingga kini, hanya seorang sahabatku. Aku tidak pernah berkawan dengan perempuan. Semuanya adalah kerana kawan-kawan perempuan yang ingin berkawan denganku tidak ikhlas. Mereka hanya ingin rapat dengan Malique dan bukannya kerana aku. Sebab lain, sesiapa yang ingin berkawan denganku bukanlah senang kerana Malique benar-benar menjaga hubungan persahabatan ini.

       Tidak sesenang itu mahu membawa orang luar masuk ke dalam hubungan persahabatan ini. Itulah kata-kata yang sering diungkap Malique. Tetapi, Malique bukan sahaja mempunyai aku sebagai sahabat. Malique juga mempunyai seorang lagi sahabat iaitu pemilik kepada ARIA Hotel, Aariz Kaysan . Lebih kurang macam tulah nama dia. Aku tak ingat sebab tak pernah jumpa.

      Sekarang topik Liq is close. Setelah yakin dengan gaya pemakaianku, laju tanganku menyambar handbag di tempat duduk sebelah pemandu. Kemudian, aku terus pergi ke bahagian hadapan pintu masuk hotel.

       “Invitation card”, laju sahaja pengawal itu meminta. Aku dengan kelajuan Ying boboiboy memberi invitation card kepada pengawal tersebut. Setelah berpuas hati, aku dibenarkan masuk. Malam ini ada Majlis Ulang Tahun Kali Ke-9 buat ARIA Hotel.

        Kalau hendak diikutkan hatiku ini, jangan mimpilah aku nak jejakkan kaki ke sini. Bukannya aku kenal siapa-siap pun. Lebih elok aku duduk di rumah dan melayan drama Turki. Tapi apakan daya, sahabatku si Liq adalah merupakan rakan kongsi bersama pemilik hotel ini.

      Dan sadisnya, Liq meminta pertolonganku untuk menjadi penemannya pada malam ini. Pada mulanya, pujukan Liq tidak menyentuh kalbuku. Senang cerita, aku tidak terpedaya dengan pujuk rayunya. Tapi, akhirnya aku tersungkur juga ke dalam pujuk rayu Liq itu. Sebabnya ialah kerana Liq berjanji untuk mereka 5 jenis pakaian yang cantik-cantik dan mewah khas buatku.

      Endingnya, aku pun bersetuju. Jadinya, sad endinglah aku di sini sekejap dan happy ending buat Liq. Tapi demi baju-baju yang cantik, aku terpaksa memujuk hati agar ikhlas dengan tindakanku.

       Setelah lama berdiri, aku mendail nombor Liq supaya tahu di mana kedudukannya sekarang ini.

       “Hello, Liq. Mana kau? aku dah sampai ni”, pantas aku bertanya setelah talian di sana berjawab.

        “Oh, dah sampai eh? Kejap, aku on the way dah ni. Lagi 10 minit aku sampai. Kau cari je meja yang warna white gold. Bahagian hadapan tu. Ada nama aku dekat kerusi. Sebelah tu mesti nama kau. By the way, awalnya kau datang. Bukan tak suka ke hari tu?”, laju Malique menerangkan dengan panjang lebar sambil sempat mengusik aku di hujung ayat.

        “Thanks, but sekarang ni aku rasa macam tak jadilah pulak. Rasa macam nak patah balik. Boleh tak?”, usik aku dengan gelak tertahan.

        “Nur Malaikha! please, dont make me crazy”, suara di sebelah sana sudah kedengaran tegas membuatkan aku geli hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Duda SebenarWhere stories live. Discover now