Al fatihah.
Seperti yang lain aku juga tidak mempunyai sebarang kaitan dan pertalian dengan beliau. Cuma mengenali beliau dengan gelaran penyanyi.
Tahu nama tapi tak tahu lagu.
Sampai suatu hari, ketika mendengarkan lagu sandar pada kenangan. Aku impress dengan suara penyanyi wanitanya. Sedap. Lunak. Merdu.Bila tengok nama, lah Siti Sarah ke. Boleh tahan lah suara dia. Memang sedap.
Semasa menerima perkabaran yang beliau dikomakan, ibu menangis. Aku hanya pandang. Sedih memang. Aku ke bilik, menangis sendiri.
Pagi 10 Ogos, ibu kejut aku untuk bangun dengan perkhabaran duka tentang pemergian beliau. Sangat sedih.
Entah kenapa aku sangat terkesan dengan pemergian beliau. Air mata tak berhenti mengalir hingga ke saat ini. Mengenangkan anak2 yang merindukan ibunya, runtuh hati. Mengenangkan suami yang kehilangan tulang belakang, pilu rasa. Mengenangkan anak kecil yang tidak sempat disapa ibunya, mengalir lagi air mata.
Kagumnya aku, satu persatu kebaikan beliau tersingkap.
Syukur Tuhan masih pinjamkan ibu untuk aku.

YOU ARE READING
Bebel
AcakAku nak bebel. Pasal common sense, pasal basic thing, and else. Biasala bila rasa diri kau je betulkan. Macam biasa cover cantik dari nenekku tercinta Fiez.