Life : Badboy

9 1 0
                                    

Hello guys.
Welcome to Sembang!

Topik hari ni, CiKae nak cerita pasal badboy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Topik hari ni, CiKae nak cerita pasal badboy. Bukan badboy in real life tapi badboy dalam dunia wattpad.

Korang pernah tak dengar ada perempuan yang ciri-ciri idaman dialah ialah seorang badboy? Atau pun korang sendiri yang berangan nak seorang badboy jadi suami korang?

Mesti pernah kan? Terutama yang terjebak dalam dunia wattpad.

Mafia. Badboy. Cold. Pembunuh.

Korang mesti terbayang dah dalam fikiran tu.

Bila perempuan cakap dia nak badboy/mafia, mesti lelaki rasa naik angin.

Why?

“awak terlalu baik untuk saya.”

Ayat yang paling famous untuk reject orang kan? Lelaki tak suka ayat ni.

Lelaki terus claim perempuan ni complicated.

Lelaki naik tangan, panas baran, tengking.
Perempuan tak nak jugak.

Kalau korang cuba gabungkan dunia wattpad & dunia realiti, jadikan mereka bersatu.

Tinggal bersama pembunuh, hidup dalam ketakutan, nyawa menjadi taruhan.

Korang takkan fikir ini dunia yang romantis. Hakikatnya dunia ini kejam.

But why? Why girls still prefer a badboy? Mafia?

Satu jawapan yang CiKae sendiri nak kalau suami CiKae ada ciri-ciri badboy / mafia.

Personaliti. Perwatakan.

Bukan perbuatannya.

Perempuan bukan nak lelaki yang berbuat jahat tu tapi dia nak ciri-ciri yang ada dalam diri lelaki tu.

Apa dia?

1. Berani

Dia nak lelaki yang mendampingi dia, seorang yang berani.

Berani mempertahankan harga diri dia. Berani melindungi nyawa dia.
Berani tunjuk rasa cinta.

Sebab itu, perempuan rela berangan dapat lelaki jahat di wattpad. Rela tunggu mafia culik dia.

Sebab dia tahu. Lelaki itu akan selamatkannya dari dunia ni. Dia berani buat apa sahaja.

So lelaki, take note!
Bukan sisi jahat itu yang perempuan mahukan. Tetapi sisi keberanianmu, yang harus kau tonjolkan.
Untuk perempuan kau cintai.

2. Protective

Mafia / badboy wattpad ni memang ada musuh.

Dan sikap mereka suka melindungi orang yang tersayang. Kau boleh buat apa sahaja pada mereka.

Bunuh. Seksa. Lakukan sahaja.
Tapi, jangan pernah sentuh keluarga mereka.

Inilah yang perempuan mahukan. Dia nak rasa perlindungan yang tinggi.

CiKae pun sekarang tengah layan drama mafia Turki.

Memang fall in love terok dengan hero dia sebab dia sangat protective.

Pantang isteri dia keluar rumah, mesti kena ada bodyguard. Gaduh teruk pun still jaga keselematan isteri dia.

Isteri dia kena culik, mesti dia orang yang pertama cari dan selamatkan.

Lelaki yang tepat untuk kamu ialah lelaki yang dapat memberi rasa aman apabila kamu di sisinya.

3. Penyayang

Badboy / mafia ni bukan romantik.

Korang jangan berangan dia nak buat ayat-ayat cinta, rentas lautan cinta ke apa.

Dia tak pandai bermain dengan kata-kata tapi dia bercinta melalui perbuatan.

Dia tak berbicara cinta tapi dia menunjukkan cinta.

Betul, kadang-kadang perempuan ni nak jugak dengar perkataan sayang, janji manis dari lelaki yang dia sayang.

But, korang nak lelaki yang tabur janji palsu atau lelaki yang bertindak kerana cinta?

Janji. Semua boleh berjanji.

Sembang. Semua boleh sembang.

Tapi, bertindak itu bukan semua orang boleh buat.

Kata saja tak cukup membuktikan cinta.

Contoh yang paling simple... Mesti korang akan tak puas hati.
Tapi ni realiti.

Ajak bercinta, mesej, call setiap malam.
Ramai yang boleh buat.

Tunjuk pasangan di sosial media.
Tunjuk janji manis.
Tunjuk kenangan bercinta.

Ramai yang buat.
Tapi tanya diri korang. Sampai sini sahaja ke yang korang nak?
Hubungan seperti ini sahaja ke?

Korang tak nak ke menjalin kasih yang halal?
Korang tak nak ke berbangga memanggilnya suamiku/isteriku dan bukannya boyfriend/girlfriend?

You deserve it.

Kalau cinta, halalkannya.
Kalau cinta, buktikannya.

Pinang dan bahagiakannya.

Jangan berjanji manis.
Penat berjanji lalu kau tinggalkan.

Kata-kata mungkin berlalu selepas didengar.
Tapi janji yang terukir, takkan mampu dipadam.

Ok dah penat membebel. HAHAHA

What do you think?

Korang setuju tak dengan ayat Cikae?

Perempuan bukan suka perbuatan jahat badboy / mafia, tapi sisi keberanian, protective dan penyayang itulah yang diinginkan.

Girls, apa lagi ciri-ciri badboy yang korang suka?

Boys, korang boleh terima pendapat CiKae ni?

Boleh komen kat bawah okay.
Bye:)

SembangWhere stories live. Discover now