Apabila cuti sudah diumumkan, semua pelajar sekolah diberi 2 bulan cuti akhir sekolah mereka. Ada yang sudah merancang untuk pergi ke luar negara, dalam Malaysia.. ikut kemampuan.
Untuk Nayla, dia sudah merancang bersama ahli keluarga dan saudara-maranya untuk pergi ke Indonesia. Gila ke tak excited, ini kira first time Nayla dapat naik flight pergi overseas, sebelum ini hanya dalam Malaysia sahaja mampu.
"Akak, dah siap packing belum nak pergi KL dulu? Nanti dah last minit semua nak tertinggal" Suara ini kedengaran dari pintu bilik Nayla. Nayla hanya mengeluh dan berkata "Dah siap dah mama, jangan risau. InsyaAllah semua cukup. Tak cukup beli nanti hehe"
Mama Nayla hanya menggeleng kepala melihat perangai anak sulungnya itu. Hah, kenapa Nayla kena pergi KL dulu? Ini sebab dia hanya pergi dengan saudara-maranya sahaja since mereka nak bercuti dengan Nayla. Mama kena la korbankan jealous-nya sebab tak dapat pergi.. takpa nanti bawak buah tangan dari Indonesia hehe.
"Tidur awal juga hari ni, nanti esok nak gerak KL dah lambat..-" Sambung Mama Nayla lagi. Nayla hanya mengangguk dan tanda faham lalu terus bermain telefon pintarnya.
.
.
Hari sudah bertukar hari, Nayla dan keluarganya juga sudah sampai di Kuala Lumpur di rumah milik saudaranya. Short explanation, Nayla dan saudaranya sungguh rapat macam adik beradik sendiri. Sebab itulah mereka mahu bawak Nayla bercuti sekali.
"Hah sudah, mama nak balik dulu esok ada kerja. Nayla, jaga perangai eh jangan nak macam-macam kat sana nanti. Jangan nak meyusahkan orang-" bebelan dikasi dari mama kepada Nayla.
"Alah kau ni uda, jangan risau la semua dah besar pandai la jaga diri. Kan Nayla kan..." Kata nenek Nayla.
Oh lupa, saudara Nayla di KL ni duduk bersama nenek kami sekali. Sebab? kami tak percaya dia duduk sorang-sorang kat kampung tu, baik duduk di sini boleh jumpa selalu dan selamat hehe.
"Hahh betullah tu ma, tak payah risau InsyaAllah selamat hehe. Jaga diri ma & ayah" kata Nayla sambil bersalam dengan ibu bapanya.
.
.
Hari bertukar malam, Nayla dan saudaranya lepak di dalam bilik sambil melayan telefon masing-masing. Saudara Nayla ni ada 3 orang dan mereka ialah adik beradik.
"Aku tak sabar do Nayla esok, kau rasa best tak pergi sana eh? ah tak kisah la janji aku dah lama tak pergi airport.. acah-acah drama gitu kan kan" Kata Wan. Nayla hanya gelak sahaja sambil melihat telefon bimbitnya.
Sedang dia sibuk melihat feed dan scroll di laman Instagram itu, dia melihat ada satu mesej diterima. Nayla terus membukanya dan tidak disangka ianya daripada Adam.
Conversations*
✉ Adam : Assalammualaikum, hi! Ni Nayla kan?
✉ Nayla : Wasalam, yes hi Adam! Eh macam mana tau instagram aku ni?
✉ Adam : Well, we actually dah followed each other just tak bercakap je hehe.
✉ Nayla : Yea, sebab kau tak kenal aku. That's why-
✉ Adam : Eh.. kan dah cakap kenal je tapi tak pernah borak sebab tu la.
✉ Nayla : Hahaha gurau je la. Hah ni kenapa, ada apa-apa ke?
✉ Adam : Okay, aku nak cakap sikit dengar tau..
Nayla berkerut dahi. Ada - ada sahaja perangai mamat ni datang tak diundang tiba-tiba nak cakap sesuatu. Nayla ketawa kecil sambil menunggu Adam menghabiskan ayatnya.
✉ Adam : Do you love cadbury ? Because i think i can give it to you but-
Selepas melihat perkataan yang dikeluarkan dari Adam itu, Nayla terus ketawa sambil berguling. Bukan apa, sudah lama dia tidak dapat ayat pickup line macam ni dari lelaki. Nayla terus menggelengkan kepalanya dan terus typing laju..
✉ Nayla : Kau nak number aku ke ? I can give it to you hahaha
Balas Nayla sambil bergelak sakan. Senang sangat Nayla faham kalau ada orang keluarkan ayat macam ni. Kan senang kalau straight forward je cakap nak nombor.
✉ Adam : Damn, seriously? Eyy malu la cadbury tu abaikan je tu.
✉ Nayla : HAHAHAHA tbh I can't stop laughing, btw nah 013-xxxxxx.
✉ Adam : Thank you, nanti senang nak text hehe wait later I will.
Malam itu mereka bermula-lah sesi mengenalkan diri, duduk mana, holiday dekat mana, ada boyfriend/ girlfriend ke.. Common conversation to liking someone I guess.
☽ Hello geng! So how was the story ? I really hope you guys love it, leave a comment below tau :) Stay safe guys ☽
YOU ARE READING
Boundaries
Teen Fiction{ONGOING} "We can't be together..' "cause we are best friend' WARNING : Not all story end up with the good ending. Who knows.. :)