Part 1 - Pengenalan

19.4K 103 2
                                    


Pengenalan

Kisahnya, Hafiz dan Atiqah adalah pasangan tunang yang terjalin sejak 2 tahun lepas.

Hafiz adalah seorang usahawan, manakala Atiqah bekerja secara sambilan.

Akan tetapi, dalam situasi ekonomi yang susut, Hafiz terpaksa mengambil langkah berisiko dan mengambil hutang daripada sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.

Namun, setelah berniaga berbulan-bulan, Hafiz masih gagal membangunkan syarikatnya. Habis duit yang dipinjam digunakan untuk membuat marketing yang nampaknya sia-sia belaka.

Akibatnya, Hafiz terpaksa bertindak menipu Atiqah, untuk menemaninya ke pejabat syarikat berkenaan.

Hafiz hanya memberitahu Atiqah bahawa dia kesana untuk berjumpa seorang rakan kongsi. Atiqah hanya menurut permintaan Hafiz.

Atiqah tidak tahu apa yang terjadi, tetapi saat-saat terakhir sebelum dia dikurung, dia melihat Hafiz dipukul disana dihadapannya sebelum dihalau keluar. Atiqah tidak mampu berbuat apa-apa, selain menjerit dan telah ditampar sehingga pengsan.

Pekerja disana, kemudiannya mengalihkan Atiqah ke sebuah bilik stor kosong. Dia dibaringkan diatas sebuah tilam lusuh.

Hampir sejam Atiqah pengsan tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, terkejut dan berdebar kerana berada di satu tempat yang asing. Bilik stor tersebut hanya mempunyai cahaya yang kelam daripada mentol lampu yang sudah malap. Terdapat sebotol air mineral yang masih belum dibuka dihujung tilam. Kerana panas dan haus, Atiqah segera minum.

Kemudian apabila dia cuba bangun, dia terjatuh kembali diatas tilam.

"aduh, apa ni....."kata Atiqah.

Terlihat kakinya telah dirantai dengan rantai besi yang bersambung diatas lantai konkrit.

Atiqah makin panik, dan mukanya menjadi pucat.

"tolong aku!!! Lepaskan aku!!!, jeritnya berkali-kali.

Namun, tiada sesiapa yang menyahut jeritannya.

"Hafiz...tolong", rayunya lagi.

Dia mula teringat tentang tunangnya yang dipukul tadi. Atiqah mula menangis. Dia memeluk kedua kakinya.

Akhirnya, dalam kesedihan, Atiqah terlelap.

Selang beberapa jam, Atiqah terjaga apabila 3 orang lelaki masuk ke stor itu. Salah seorang daripada mereka mendekati Atiqah dan berkata;

"semuanya akan selamat, dan tunang awak telah diberitahu untuk melunaskan hutang yang tertunggak sebanyak RM 50,000.00" sambungnya lagi,

"akan tetapi, tempohnya Cuma 24 jam", jika dia gagal, maka awak akan terima akibatnya, kata lelaki itu.

Atiqah tergamam, mukanya semakin pucat. Dia tidak sangka Hafiz berhutang sebanyak itu. Sebelum sempat Atiqah berkata-kata, lelaki-lelaki tersebut beredar dan meninggalkan satu bekas makanan.

Atiqah dapat mendengar pintu yang ditutup itu dikunci, dan akhirnya tidak lagi kedengaran tapak kaki yang sudah beredar.

Dia sedar usahanya untuk melarikan diri mungkin sia-sia. Jadi, dia hanya mampu duduk disitu dan mengharapkan tunangnya dapat menyelesaikan hutang-hutang yang dipinjam.

Airmatanya berlinangan sekali lagi bila teringatkan yang tunangnya itu menipu. Agak terkesan Atiqah memikirkan perbuatan Hafiz. Tidak sangka yang dia sanggup menipu.

Maka bermulalah fikirannya melayang.

"Apa lagi yang kau dah tipu aku selama ini." Bisik hatinya.

Bungkusan makanan yang tadi terbiar didalam bilik diambil dan dibuka. Terdapat nasi goreng dan telur mata.

"Daripada aku kebulur, lebih baik aku makan", katanya.

Habis makan, dia terus berehat. Tidak dapat mengetahui sama ada siang atau malam, masa dan keadaan diluar, Atiqah terus baring dan dalam hatinya berharap dia tidak di apa-apakan.

"kalau hafiz tak bayar, apa yang diorang akan buat?, adakah aku akan jadi tebusan sampai hutang hafiz selesai?, takkan la aku akan terkurung aje." Fikirnya lagi.

Selang beberapa minit, Atiqah berasa penat dan mengantuk, lalu terlelap bersandar di salah sebuah bucu stor itu.

Penghambaan AtiqahWhere stories live. Discover now