Part 12 - Pengsan

7.4K 63 7
                                    


Part 12 – Pengsan

Jurulatih berjalan menuju kebilik Atiqah.

Pintu dan kunci dibuka dan dia pun masuk.

"Atiqah....oh cik Atiqah..dah siap belum?" panggil Jurulatih.

Tiada sahutan balas diterima olehnya. Dia pun menghampiri bilik mandi, dan kedengaran pancuran dari bilik air mandi masih terbuka.

Jurulatih menghampiri dan mendapati Atiqah sedang terbaring diatas lantai. Terdapat sedikit kesan darah yang mengalir ke saluran air keluar. Apabila dipegang, tubuh Atiqah yang tidak berpakaian itu sangat panas. Jurulatih terus mengambil tuala untuk menutup tubuh Atiqah dan dibawa terus kebilik Doktor untuk rawatan.

"Dia demam panas, mungkin kerana terkejut. Luka kepalanya saya dah jahit. Dia perlukan rehat sehari dua.", kata Doktor pada Jurulatih.

"Jangan buat perkara-perkara yang berat buat masa ni, akan ada mudarat", sambung Doktor itu.

Atiqah diberikan ubat tidur dan dibawa kembali kebiliknya. Dari tengahari sehingga malam, Atiqah hanya tidur dikatilnya.

Sehingga Jam lapan malam, pintu Atiqah dibuka oleh Jurulatih. Kali ini dia membawa bubur nasi dan juga beberapa ubat untuk Atiqah.

Makanan tadi diletakkan ditepi katil. Jurulatih pula duduk disebelah kaki kanan Atiqah.

Jurulatih : Cik Atiqah ok? Demam dah kurang ke?

Atiqah : Biarkan saya, saya tak hidup macam ni, biarkan saya mati.

Jurulatih tidak berkata apa-apa

Atiqah : Saya tak pernah diperlakukan macam ni, saya jadi alat puaskan nafsu mereka. Saya tak nak, tolong, bagi saya mati...biar saya mati...

Atiqah mula menangis sewaktu meluahkan perasaannya. Perlahan-lahan Jurulatih merapatkan dirinya dan memegang tangan kanan Atiqah dengan kedua belah tangannya.

Dengan perlahan Jurulatih berkata," jangan cakap kuat-kuat, ada CCTV dan microphone. Awak kena bersabar cik Atiqah. Saya minta tolong pada awak. Kalau apa-apa terjadi saya akan dipertanggungjawabkan."

"Anak gadis dan isteri saya ditahan oleh Tuan Bad, mereka dalam tawanan dia, macam awak, mereka diperhambakan. Saya dulu pun berhutang dengan ah long, tapi rupanya mereka adalah satu sindiket pemerdagangan manusia." sambung Jurulatih.

"Saya tak tahu apa yang terjadi dengan keluarga saya, mereka dijadikan tebusan selagi kami tidak mampu membayar hutang yang saya pinjam dengan bunganya sekali." kata Jurulatih.

Atiqah tergamam mendengar pengakuan Jurulatih. Tidak sangka ada juga yang lain menjadi mangsa.

"Tergamak awak buat keluarga awak macam tu, awak ni lelaki dan suami dan seorang ayah, patutnya awak bertanggungjawab.", kata Atiqah pada Jurulatih.

"Kalau saya dapat undur masa, pasti saya tak akan lakukan, kini menyesal pun takkan ubah segalanya. Kita kena bersabar. Cik Atiqah tolonglah saya, jangan buat keputusan terburu-buru, jangan cederakan diri sendiri.", kata Jurulatih.

"Senang awak cakap...awak penting diri....", kata Atiqah

"Please...cik Atiqah, tolonglah, saya minta tolong sangat....demi keluarga saya..anak saya...isteri saya...please.....awak sahaja yang mampu tolong saya." rayu Jurulatih.

Atiqah terdiam, dia bingung dengan keadaan yang melanda. Jika diikutkan hati, dia rela mati sahaja. Dia tak mahu melayan nafsu Tuan Bad dan rakan-rakannya.

Tapi setelah mendengar rayuan Jurulatih, dia sedar yang dia terhimpit. Dia tidak mahu menjadi punca kecelakaan pada orang lain. Keluarga Jurulatih, bukan keluarga dia. Bukan tanggungjawab dirinya.

Penghambaan AtiqahWhere stories live. Discover now