Bab 1

7 1 0
                                    

♥️PENJAGA HATI...

"Tuan, kenalkan... Ini la anak saudara Mak Ros yang akan kerja dekat sini." Mak Ros memperkenalkan Huwainaa yang sedang berdiri di sebelahnya ketika itu. Sewaktu Huwainaa tiba semalam, seisi rumah sudah tidur. Jadi tidak sempat mereka berkenalan.

      "Assalamualaikum Tuan. Saya Huwainaa Arisya." Huwaina meletakkan tangan di dadanya dan menunduk tanda hormat. Nak bersalam tak boleh, haram. Senyum paling manis dilemparkan walaupun majikannya ini tidak langsung membalas.

         Sekali pandang sahaja dipandang gadis disebelah pembantu rumahnya itu sebelum Qaid Jamail mengangguk. Salam dijawab di dalam hati.

      "Nanti Mak Ros atur la kerja yang sesuai ya." Roti bakar dicapai lantas disapu mentega dan kaya. Semua urusan rumah diserahkan kepada pembantu. Jadi dia tidak tahu sangat apa yang perlu dibuat di rumah ini.

       Huwainaa diam memandang majikannya yang baru bersarapan. Kacak dan bergaya lelaki berkaca mata ini. Mungkin dalam lingkungan 30-an. Menurut Mak Ros, majikan mereka ini berketurunan campuran. Ibunya Chinese muslim serta aruah bapanya berdarah arab.

      Dari awal lagi ibu saudaranya ini sudah mengingatkan yang majikan mereka ini dingin dan tegas orangnya. Jadi jangan ambil hati jika tidak dilayan bercakap atau apa saja.

      "Baik tuan. Setakat ni Mak Ros hanya bagi tugas mengasuh Rayyan dan Rayhan sahaja. Harap tuan setuju ya?" Mak Ros merupakan ketua pembantu di rumah besar ini. Selain dia, ada dua orang lagi pembantu warganegara Indonesia. Masing-masing ada kerja dan tugas sendiri.

       Qaid Jamail hanya mengangguk tanda setuju. Semenjak kematian isterinya setahun yang lalu, hidupnya seakan tidak bermakna lagi. Hidupnya sehari-hari hanya pergi kerja dan pulang kerja sahaja. Sehinggakan kadang-kadang anak-anak kembarnya yang berusia tiga tahun itu pun terabai.

      Pengasuh pula tidak lekat. Sering sahaja bertukar. Tidak sanggup melayan karenah anak-anak lelakinya yang lasak itu.

      "Daddy." Seorang kanak-kanak lelaki muncul dengan masih memakai pijama tidur bercorak kartun.

      "Yang ni Rayhan." Bisik Mak Ros perlahan sekaligus memperkenalkan kanak-kanak tersebut kepada Huwainaa.

       Huwainaa mengangguk faham. Belum berniat mahu mendekati, hanya ingin memerhati dahulu bagaimana penerimaan anak itu terhadap dirinya nanti.

        "Do you want breakfast?" Qaid Jamail menggamit Rayhan yang masih mamai kearahnya.

        Rayhan menggeleng lantas naik duduk di atas riba bapanya.

       Perkara pertama yang buat Huwainaa tertarik. Nampak anak ini bijak. Diharapkan perangainya juga nanti pun seiring.

       "Daddy nak pergi work ke?"

      "Yes. Han duduk baik-baik dekat rumah. Jangan nakal tau. Today you ada kakak baru. Kakak ni akan jaga Han dan Yan nanti okay?" Tangannya dihalakan kepada Huwainaa sekaligus memperkenalkan pengasuh barunya itu kepada Rayhan.

      Rayhan pandang lama Huwainaa yang sedang tersenyum kepadanya itu. Spontan, Kedua tangannya diunjukkan kepada Huwainaa.

      "Aih, mintak dukung. You dah besar la. Dah berat tau baby." Qaid Jamail menggosok belakang Rayhan.

      Huwainaa mengagak Rayhan selesa dengan kehadirannya ketika ini. Dia tahu auranya yang nampak lembut dan baik disukai kanak-kanak. Sebelum ini pun setiap kali praktikal di taska dan tadika, memang anak kecil mudah mesra dan rapat dengannya.

      Dia sebenarnya  lepasan pelajar yang sudah menamatkan pengajian di kolej dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sepatutnya sekarang dia bertugas sebagai guru tadika atau taska. Tetapi disebabkan gaji yang ditawarkan sebagai pengasuh di sini lebih tinggi, dia memilih untuk berbakti di sini sahaja. Lagipun tetap masih dalam bidang yang dipelajarinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENJAGA HATIWhere stories live. Discover now