Panggilan Ibu

861 48 11
                                    

"Betapa beruntungnya Saidina Nuaiman ni.Rasulullah pernah kata kat dia bahawa ramai wanita yang ingin menjadi isterinya. Namun apa jawapan Saidina Nuaiman kepada Rasulullah?"tanya wanita yang berada di hadapan sekali,memberi ceramah kepada rakan-rakannya yang duduk di hadapannya.

Dia Dayana Suhaila,pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin. Perempuan yang lemah-lembut, berbudi pekerti dan sangat baik.Lihat dari penampilannya yang berpurdah dan bertudung labuh pun semua orang boleh tahu bagaimana peribadi yang dimilikinya.

"Saidina Nuaiman berkata kepada Rasulullah, sesungguhnya wanita pilihanku hanyalah wanita yang mencintai Allah dan RasulNya."Dayana Suhaila menyambung ceritanya.

Setiap hari Khamis memang Dayana Suhaila akan memberi ceramah kepada pelajar perempuan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Setiap hari akan ada pelajar perempuan yang akan memberi ceramah ringkas selepas solat Isyak di masjid universiti itu namun hanya diadakan di ruang solat perempuan.

Namun jika individu itu mempunyai kekangan yang membuatnya tidak dapat menyampaikan ceramah pada hari gilirannya,mereka akan memilih pelajar perempuan yang sukarela untuk memberi perkongsian.

"Sungguh bertuah sahabat Nabi yang seorang ini.Semua wanita menginginkannya sebagai suami.Namun kita yang tidak hidup di zamannya jangan pula menangis,kerana InsyaAllah Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik buat kita."setelah selesai memberi perkongsian,Dayana Suhaila pun menutupnya dengan memberi salam buat semua.

Hari ini dia memberi perkongsian mengenai sahabat Nabi yang bernama Saidina Nuaiman,sahabat yang lawak dan santai namun amat mencintai Tuhan dan kekasihnya,Rasulullah S.A.W.

"Kak Dayana!"

Dayana Suhaila yang terdengar ada suara yang memanggilnya dari belakang membalik kan tubuhnya.

Terlihat seorang perempuan bertubuh genit mengejarnya dengan berlari-lari anak."Oh,Fatehah.Ada apa?"

Fatehah Sofea,pelajar jurusan Al-Quran dan Sunnah tahun kedua itu berhenti sebentar di hadapan Dayana Suhaila bagi mengambil nafas setelah berlari mengejar seniornya itu."Haduh,lajunya akak jalan.Ni,Tehah nak pulangkan buku ni kat akak.Thanks sangat bagi Tehah pinjam. Buku ni best sangat."

Buku Biarkan Dia Pergi nukilan seorang penyanyi dari Tarbiah Sentap iaitu Irwan Fariz itu bertukar tangan.Dayana Suhaila tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.

"Akak ada plan nak pergi mana-mana ke?"tanya Fatehah Sofea sambil berjalan di sisi Dayana Suhaila.

"Takde,akak nak terus balik bilik.Kenapa?"

"Oh,takde apa.Cuma nak ajak balik marhalah dengan akak je.Takut Tehah nak jalan sorang-sorang."kata Fatehah Sofea.

Marhalah merupakan asrama para pelajar UIAM dan terbahagi kepada beberapa kawasan marhalah.Dayana Suhaila dan Fatehah Sofea tinggal di Marhalah Sumayyah.

"Oh,akak ingat apa la tadi."kata Dayana Suhaila sambil tergelak kecil.

Sedang mereka bersembang sambil bergerak sesama mereka,tiba-tiba telefon Dayana Suhaila berdering.

"Eh,akak.Bunyi telefon akak ke tu?"tanya Fatehah Sofea apabila terdengar bunyi lagu Seindah Sabar oleh UNIC yang dijadikan ringtone telefon Dayana Suhaila. Memang gadis itu amat meminati kumpulan nasyid yang kini hanya mempunyai dua orang ahli sahaja.

Dayana Suhaila yang terdengar ringtone telefonnya itu pun mengambilnya dari beg telekung yang disinsing di tepi."Allah,akak tak sedar pulak.Kejap ya."

Mereka pun berhenti di tepi jalan bagi memberi kesempatan kepada Dayana Suhaila untuk mengangkat panggilannya.

"Siapa,kak?"tanya Fatehah Sofea.

"Mak akak.Jarang dia call akak sebab selalunya memang akak call dia setiap dua hari."jelas Dayana Suhaila.

Fatehah Sofea duduk di tepi jalan itu sambil berkata."Angkatlah kak,mana tau ada emergency ke?"

Dayana Suhaila yang berasa sedikit tidak sedap hati kerana kejanggalan itu pun cuba bersangka baik.'Ibu rindu aku tu kot.'

Dayana Suhaila pun mengangkat panggilan tersebut."Assalamualaikum, ibu."

"Waalaikumsalam, Yana."

"Ibu sihat?"

"Eh,sihat alhamdulillah. Kan semalam Yana call ibu,ibu sihat je."

"Hehe.Tapi kenapa ibu call Yana?"tanya Dayana Suhaila.

"Aih,tak boleh ke ibu call anak ibu?"gurau ibu kepada Dayana Suhaila, Puan Qistyna.

"Takdelah ibu,cuma Yana pelik.Tak pernah pulak ibu call Yana.Tiba-tiba pulak tu."jelas Dayana Suhaila memberitahu kecelaruannya.

"Sebenarnya,ibu nak mintak Yana balik.Ada hal yang ibu nak bincang dengan Yana."

Jawapan Puan Qistyna mengejutkan Dayana Suhaila. Fatehah Sofea yang melihat reaksi perempuan itu pun memberi isyarat angkat kening seperti bertanya apa yang terjadi.

Dayana Suhaila mengangkat tangannya bagai memberi isyarat 'nanti akak cerita'.

"Ibu tak boleh bincang dalam telefon je ke?"tanya Dayana Suhaila dalam keadaan terkejut yang belum surut.

"Tak best la cerita dalam telefon.Benda ni serius sangat.Yana memang kena balik."terang Puan Qistyna.

Dayana Suhaila pun mengeluh kecil."Yelah,ibu.Kebetulan dua tiga hari ni Yana takde kelas.Nanti Yana beli tiket balik rumah ya."

"Okeylah Yana.Maaf kacau Yana malam-malam. Asssalamualaikum anak ibu."Puan Qistyna memberi salam sebelum menutup panggilan.

"Waalaikumsalam warahmatullah."Dayana Suhaila pun menjawab salam ibunya lalu menyimpan telefonnya ke dalam beg semula sambil mengeluh.

'Kenapa aku rasa tak sedap hati.'hati Dayana Suhaila terdetik.

Tbc

Assalamualaikum semua,alhamdulillah cerita saya yang kedua dah mula ditulis.

Cerita ni saya buat sebab sekarang ni ramai perempuan yang ada crush kat Saidina Nuaiman kan?

Semoga kita semua dikurniakan jodoh sebaik Saidina Nuaiman, InsyaAllah.

Aktiviti di UIAM yang bagi ceramah tu saya tak tau la ada ke tak.Tapi pasal marhalah tu memang betul.Sesiapa yang student UIAM tu taulah.

*jangan lupa vomment!

Dia Nuaimanku | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now