1 | 目的

109 13 10
                                    

[ 𝗗𝗜𝗦𝗖𝗟𝗔𝗜𝗠𝗘𝗥 : 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘄𝗮𝘁𝗮𝗸 ' 𝗧𝗼𝗸𝘆𝗼 𝗥𝗲𝘃𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘀 '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ 𝗗𝗜𝗦𝗖𝗟𝗔𝗜𝗠𝗘𝗥 : 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘄𝗮𝘁𝗮𝗸 ' 𝗧𝗼𝗸𝘆𝗼 𝗥𝗲𝘃𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘀 ' . 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗻 𝗪𝗮𝗸𝘂𝗶 ( 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮 ) ]

🌸🌸🌸

- 2015 , JUN 15

KEDUA TAPAK tangan yang berpeluh itu bertaut erat . Perasaan gemuruh tidak dapat disangkal dari hati . Mata sedari tadi hanya terpaku pada lantai beralaskan karpet bulu itu .

     Hatinya tidak berhenti berdoa kepada tuhan Yang Esa .

     " Apa hajat mai ni ? " mendengar suara daripada sang empunya-nya pun sudah cukup buat rasa gementar semakin menggila .

     ' Fuh , rilex Mikey . Kau boleh ! Takkan taiko besar kau boleh je bagi penerajang tetapi dengan Ojisan ni kau nak gentar ? '

     Nafas ditarik dalam . Sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan . Terasa lega sikit sesak yang berada didada sebentar tadi .

     " E-erm , sebelum itu ... Anak Ojisan- Maksud saya , anak Pak Cik Zubair ada tak ? "

     " Anak pak cik yang mana ? Pak cik ada lima orang anak . Semua perempuan . Sorang dah kahwin . Yang mana satu ? "

     "Fi-" belum sempat lelaki muda itu ingin menghabiskan kata , pantas sahaja di cantas .

     " Oh ! Siti Safiyyah ? Tak ada . Dia ada kelas kat kampus . Kenapa dengan dia ? " Pak Cik Zubair tersenyum . Seperti sudah boleh agak asbab kenapa jejaka itu kemari .

     Jeda .

     Mikey tu bedebor sebenarnya . Jantung tunggu masa saja ingin meletup .

     " Nama sapa ? " pekat betul loghat Kedahnya .

     " Saya ? Saya Mike- Eh , Hamzah pak cik . Umar Hamzah Bin Abdullah . Asal Jepun , pindah sini kerana lebih selesa duduk sini . Lahir pada tanggal 20 Ogos 1990 . Umur 25 - "

     " Pak cik tahu kamu nebes nak , tapi jangan sampai penampaq ni lekat dekat muka . Satgi kot ada yang tak bangun sehari . "

      Muka jejaka itu berubah rona . Merah bak rambutan terlebih masak . Senyum janggal disimpulkan .

     " Jadi apa hajat mai sini ? "

     " E-erm sa-saya errr , s-s-saya ... "

     " Saya saya saya pa ?! " Mungkin disebabkan terlalu terperanjat kerana dijerkah sebegitu , mulutnya dengan tiba-tiba berkata lancar .

     " SAYADAHLAMASUKAKANANAKPAKCIK SAYADATANGUNTUKMEMEMINANGANAKPAKCIK , BOLEHTAKPAKCIK ? "

     Tahniah , Wahai Sano Manjiro yang kini ialah Umar Hamzah telah berjaya melafazkan kata-kata yang telah lama dia praktiskan . Selama sebulan , dua minggu . Akhirnya terluah juga .

     Walaupun terpesong jauh daripada rancangan sebenar . Expectation dan realiti sangat berbeza . Seperti jauhnya umur Trilobite dengan Stegosaurus .

     " Hang nak minang anak aku ya ... betoi nak ? "

     Dengan kelajuan seperti burung belatuk , Mikey pun angguk . Ewah , macam pantut dua kerat !

 Ewah , macam pantut dua kerat !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     " BACA DOA QUNUT ! "

     Innalillah buat si abe Mikey yang malang .

beside you .Where stories live. Discover now