KISAH GURAUAN -PART 3-

14 6 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

SEMBELIHAN

Ada seorang lelaki datang dari kampung dan ingin menghadap Rasulullah (kemudian masuk ke dalam masjid). Dia meninggalkan unta haiwan tunggangnya di halaman.

Ada sebahagian sahabat yang berkata kepada Nu'aiman, "Sembelihlah haiwan itu kemudian kita makan dagingnya bersama-sama. Kami sangat ingin makan daging ketika ini. Nanti wang ganti ruginya biar Rasulullah yang membayarnya."

Para sahabat hanya bergurau saja dan tidak menanggapi dengan serius. Namun, tiba- tiba Nu'aiman menyembelih haiwan tersebut. Ketika orang kampung itu keluar dari masjid, dia terkejut dan menjerit kerana haiwan tunggangannya mati. Rasulullah pun keluar rumah dan bertanya,

"Siapa yang melakukan hal ini?"

Para sahabat menjawab, "Nu'aiman, wahai Rasul". Kemudian, Rasulullah dan para sahabat mencari Nu'aiman dan menjumpainya sedang bersembunyi di sebalik pelepah kurma di dalam parit tidak jauh dari rumah Duba'ah bin al-Zubair bin 'Abd al-Muttalib.

Rasulullah dapat menemui kerana ada seorang yang memberitahu tempat persembunyian Nu'aiman. Kemudian Rasulullah menyuruhnya keluar, dan melihat wajah Nu'aiman penuh dengan debu.

Rasulullah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu melakukan hal ini?" Nu'aiman menjawab,

"Orang-orang yang menunjukan tempat aku bersembunyilah yang menyuruhku melakukan hal ini wahai Rasulullah"

Setelah mendengar jawapan itu, Rasulullah membuang debu yang ada di wajah Nu'aiman dengan senyuman, kemudian Baginda mengganti harga unta yang telah disembelih itu.

REMINDER Where stories live. Discover now