Misunderstanding

275 23 13
                                    

GxG

Happy reading! ( ꈍᴗꈍ)




.

.

.

.

Waktu pembelajaran sedang giat berjalan. Jam setia berdetak seolah waktu pembelajaran kelas sudah menerawang selama 1 jam, tapi ternyata ia hanyalah berjalan selama sekitar 15 minit. Bosan? Untuk kehidupan seorang Hwang Eunbi, belajar pastinya adalah satu perkara yang membosankan baginya.

Ya, tentu pada waktu ini.. Eunbi atau nama panggilannya Sinb tak memberi sedikit fokus pun kepada sang guru yang sedang menumpahkan ilmu di depan kelas itu.

Sedang matanya melilau-lilau sekejap ke arah luar kelas, sekejap ke siling kelas, sekejap ke bawah meja, sekejap menatap guru di depan, sekejap menjeling rakan di sebelahnya.. pada akhirnya mata Sinb pun kembali meliar ke luar kelas ketika dia dapati ada Yuju sedang berjalan di koridor luar kelasnya.

Yuju ialah sahabat baiknya. Walaupun dia tua setahun dari Sinb, tapi Yuju berada di tingkatan yang sama dengan Sinb oleh kerana dia pernah mengalami kemalangan dan menyebabkan sesi persekolahannya ditangguh selama setahun untuk memberi ruang masa pemulihannya yang pastinya mengambil masa yang cukup lama.

Sinb menatap Yuju di luar kelas. Lihat dari riak wajah Yuju, dia seolah sedang memberikan sebuah isyarat kepada Sinb. Sinb yang faham pun hanya mengangguk perlahan.

Setelah Yuju berjalan lepas dari kelasnya, Sinb kembali menatap ke depan untuk melihat sang guru. Apakah guru itu nampak gelagat mereka tadi? Lalu tak lama kemudian, sekali lagi perhatian Sinb dicuri kembali ke arah luar kelas. Kali ini ada Eunseo yang berjalan di luar kelasnya.

Eunseo pula merupakan sepupu Sinb. Sepupu yang terbaik yang pernah Sinb ada. Cakaplah apa saja yang Sinb ingin lakukan biar perkara nakal sekalipun, Eunseo lah orang pertama yang sentiasa berada di belakangnya. Ringkasnya, segala apa pun yang Sinb lakukan.. Eunseo sentiasa menyokongnya kecuali bunuh diri dan mengambil dadah. ( ´◡‿ゝ◡')

Eunseo yang sedang menatap Sinb pun memberi isyarat yang sama seperti Yuju tadi dan Sinb membalas dengan anggukan.

Setelah Eunseo sudah lepas dari area luar kelasnya, Sinb mengangkat tangannya untuk mendapatkan perhatian dari sang guru.

"Ada apa Eunbi-ssi?" tanya guru itu.

"Saya nak pergi tandas, ssaem." jawab Sinb.

"Aish, pelajaran kita baru berjalan selama 20 minit dan awak dah nak keluar pergi tandas? Tadi sebelum mula kelas kenapa tak pergi tandas dulu?"

"Tak sempat ssaem.. saya datang lambat.." Sinb beralasan.

"Hm baiklah. Cepat sikit." izin guru itu dan Sinb pun refleks bergerak pantas ke arah pintu keluar kelas.

.

.

.

BRAK!

"Huishhh kus semangat!" Eunseo menggosok dada kirinya kerana terkejut dengan terjahan pintu masuk tandas yang tak lain tak bukan Sinb lah sang pelakunya.

"Ada apa ni??" tanya Sinb kepada Yuju.

"Ani. Just nak ajak korang melepak kat sini hehe.." jawab Yuju santai.

"Jinjja? Lepak dalam tandas?" Sinb memasang wajah datarnya.

"Hehehe.."

"Gelak-gelak! Dah lah aku sekarang subjek math! Kau tahulah ssaem Hani tu macam mana.." keluh Sinb menyandarkan tubuhnya ke dinding.

𝑺𝒊𝒏𝑹𝒊𝒏 𝑶𝑺 | [ᴏɢ]Where stories live. Discover now