02

4 0 0
                                    

"Kenapa tak sarapan pagi tadi?" Tanya Taeyong kepada Hyo Ra. Dia tahu sangat yang kalau Hyo Ra tak makan apa-apa , dia boleh pengsan walaupun baru satu hari tak makan.

"RaRa bangun lambat. Lepastu Jae dah datang. Itu yang tergesa-gesa," Balas Hyo Ra , menundukkan kepalanya. Jaehyun menghela nafas.

"Kalau kau belum makan kan boleh bagitahu aku," Kata Jaehyun.

"Tapi aku takut kau bising sebab lambat," Kata Hyo Ra. Jaehyun mengeluh dan Taeyong hanya menggelengkan kepala sahaja. Walaupun Jaehyun dan Hyo Ra selalu bergaduh , namun Jaehyun sangat ambil berat tentang Hyo Ra begitu juga sebaliknya.

"Habis tu kau nak aku biar kau pengsan? Lepas ni , aku tunggu kau sampai kau siap sarapan," Kata Jaehyun. Hyo Ra mengangguk kecil.

"RaRa nak makan apa? Abang pergi belikan," Tanya Taeyong.

"Erm nak samgyetang dengan bibimbap," Kata Hyo Ra.

"Abang belikan sekejap. Jae jaga dia," Kata Taeyong. Jaehyun mengangguk kecil. Dia memerhati Hyo Ra yang menunduk sambil memainkan jarinya. Hyo Ra mengangkat mukanya memandang Jaehyun.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya Hyo Ra. Jaehyun hanya mengangkat bahu.

"Aku dah kawan dengan kau 13 tahun kot. Kenapa kau pandang aku macam nak makan?" Tanya Hyo Ra.

"Apa kena mengenanya? Aku saja nak pandang kau. Tak boleh?" Tanya Jaehyun balik.

"Memang tak boleh," Balas Hyo Ra selamba.

"Dahlah kau. Aku nak pandang pun tak boleh. Inikan mata aku. Sukahati akulah nak pandang apa pun," Kata Jaehyun.

"Masalahnya kau tenung aku macam nak telan aku hidup hidup," Balas Hyo Ra tak terima.

"Buat apa aku nak tenung kau? Aku dah bosan tengok muka kau 13 tahun straight. Aku rasa aku kena cari girlfriend lah," Kata Jaehyun. Hyo Ra memandangnya dengan tatapan tak percaya.

"Kau? Nak cari girlfriend?" Tanya Hyo Ra. Jaehyun mengangguk dan Hyo Ra terus ketawa terbahak-bahak. Jaehyun memandangnya pelik.

"Kau dah kenapa?" Tanya Jaehyun.

"Tak adalah. Kau tu bukannya susah dapat girlfriend tapi semua putus sebab apa? Sebab kau bosan. Kau tak ingat dulu kau couple dengan Rosè? Budak baru dari Australia tu?" Tanya Hyo Ra dan dibalas anggukan oleh Jaehyun.

"Kau tahu sebab apa dia putus dengan kau?" Tanya Hyo Ra lagi.

"Aku tak tahu. Sebab dia cuma minta putus je lepastu tiba-tiba dia hilang," Balas Jaehyun.

"Aku tahu! Dia cerita dengan aku sebab yelah aku kan kawan baik dia dengan kau sekaligus macam orang tengah gitu," Kata Hyo Ra.

"Sebab apa?" Tanya Jaehyun.

"Dia kata kau membosankan. Kau tak pernah pegang tangan dia or peluk dia. Kalau kiss or something else dia fahamlah. Tapi takkan setakat pegang tangan or peluk takkan tak  boleh kan? And masa tu dia hampir nak marah aku. Dia kata kalau dengan aku , kau siap pegang aku apa semua. Aku pun diam jelah. Malas nak cari gaduh. And dia kata kau nampak lebih sayang aku dibandingkan kau sayang dia. Alasan yang itu buat aku nak ketawa sebenarnya tapi aku tahan. Kesian dia nanti," Balas Hyo Ra. Jaehyun hanya diam memandang Hyo Ra.

"Kau dah kenapa?" Tanya Hyo Ra.

"Macam mana kalau kau je jadi girlfriend aku?" Tanya Jaehyun membuatkan Hyo Ra terdiam.

"Aku? Jadi girlfriend kau? For real kau nak mati?" Tanya Hyo Ra balik.

"Apa? Taknak?" Balas Jaehyun.

"Kau tahu kan abang aku tak suka aku couple couple ni. Habislah kalau abang aku tahu mesti lepasni Jung Jaehyun tinggal nama je," Balas Hyo Ra. Jaehyun ingin membalas namun pintu bilik terbuka membuatkan dia menutup mulutnya kembali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Silence blooming || 재현Where stories live. Discover now