chapter(:01

12 3 0
                                    

Academy CPE ialah academy yang kebiasaan diatur mengikut pangkat sama ada kau kuat atau pun lemah dan semestinya dua benda tu penting untuk kau dapat terus bertahan hidup di dalam academy itu.

Academy CPE ni pelik dan sangat memanglah pelik kerana apa-apa yang kau buat pihak luar tidak akan pernah masuk campur dan semuanya ditanggung oleh Academy CPE ini termasuklah kematian kau.

Kebiasaannya orang yang masuk itu adalah orang yang membuat jenayah kiranya Academy untuk orang jahat atau nakal lah. Kelas yang kau masuk pun ikut pada seberapa berat jenayah yang pernah kau buat tapi itu semua tak memberikan keistimewaan apa-apa langsung.

Apa-apa pun yang berlaku di Academy ini perlu ditanggung sendiri untuk bertahan hidup dan di sini kau bebas buat segalanya tak kisah sama ada kau itu perogol,pembunuh,pencuri,penculik dan sebagainya kau bebas buat apa yang kau mahu.

Yang boleh hentikan kau hanyalah orang yang ada di academy itu,kalau pun dorang berani.

Tapi kebiasaan yang baru memasuki Academy yang mencapai 30,000 orang di sini berlagak hebat padahal dorang tak tahu ada ramai lagi yang buat jenayah sama kes dengannya.

Cuma untuk membezakan kau hebat atau tidak adalah dengan melihat siapa yang dibuli dan siapa yang jadi pembulinya.

Tapi syarat yang paling utuh adalah jangan pandang rendah dengan orang yang terlemah di sini kerana kadangkala mereka hanya berpura-pura.

"Oi dah sudah terangkan! Kau ingat kitorang ni murid baru yang lemah ke? Dah lah pakai rantai!"

Jerit salah seorang setelah mendengar peraturan atau lebih tepat cerita yang sama diulang semasa kemasukan pelajar baharu di tapak pembarisan.

Peraturannya jelas di sini seperti Academy biasa yang kebiasaannya kau harus membayar duit pelindungan walaupun pelindungan itu tidak seratus-peratus.

Mereka yang mahukan kekuasaan dan bahagian tempat sangat bijak sebab jika kau mahu mereka lindungi semasa kau dibuli kau perlu membayar mereka dan jika mahu dilindungi lagi semestinya perlu membayar dua kali lipat tapi yang pasti perlindungan hanya untuk sehari ja.

Jika tidak mahu bayar tidak mengapa kau perlu menempuh segala yang datang jika mampu. Bagaimanapun di sini kemudahan yang ada sangatlah lengkap,sangat-sangat lengkap hingga membuatkannya menjadi tempat yang sangat pelik kerana mempunyai ruang judi, penyeksaan, penjara, tempat bunuh dan segalanya yang tak pernah kau lihat di luar sana dulu.

Walaupun academy ini agak menarik sehingga membuatkan kau yang baca mahu turut ikut serta masuk ke dalam academy ini tetapi kau masih perlu berhati-hati dengan orang sekitar yang mempunyai berbagai perwatakan yang sangat pelik dan yang mempunyai abiliti aneh.

"Oi! Cepatlah kitorang nak balik kelas lah!" Jerit orang yang sama membuatnya mengeluh lalu meneruskan sedikit lagi percakapan.

Setiap yang kalah atau pun orang lemah yang dibeli akan dipakaikan sebuah rantai dileher dengan nama sendiri tapi itu terpulang kepada si pembuli mahu memanggilnya apa.

Tapi mereka boleh tipu keberadaan mereka dengan memakai rantai kerana tak semua nama hanya melambangkan seorang sahaja disitu.

Kau tahu nama dia tapi tak pernah berjumpa depan dengannya jadi kau tak tahu muka mereka seperti apa.

Jika kau pemburu tidak mahu diburu oleh mangsa sendiri lebih baik berhati-hati memilih mangsa.

Dengan begitu orang yang berucap dihadapan yang menerangkan segalanya mula mengambil nafas sedalam-dalamnya.

Lalu menghembus nafas sambil tersenyum mesra dengan mengucapkan selamat datang dan selamat bertahan hidup untuk mereka yang baru saja masuk ke academy ini.

"Selamat datang di Academy [CPE]! Saya berharap agar semuanya mengingati apa yang telah saya terangkan! Selamat berjaya~"

Habis begitu tamatlah pembarisan mereka dan semuanya pulang ke kelas masing-masing.

Kelas R No.6

"Hehe catat apa tu?" Tegur seseorang dengan mesranya sambil mengganggu fokus orang yang sedang mencatat nota tadi.

Dia menunjuknya dengan tangan yang menggigil ketakutan "eh? Padahal ini adalah benda sama yang awak catatkan" ucapnya pelik.

Yang mencatat hanya mendiamkan diri "walaupun aku dan kau dah berkawan lama kau tetap rasa ragu dengan aku? Hehe seperti yang aku mahu dari kau" katanya dengan teruja.

Mereka yang lain memerhati dari jauh kerana lelaki yang teruja itu sangat susah untuk didekati walaupun pangkat kau setinggi langgit dia tak akan pernah pandang kau melainkan kau itu cukup menarik perhatiannya.

"Ke..kenapa aku?" Tanya si pencatat nota "walau kau tanya aku berkali setiap tahun aku akan jawab alasan yang sama kalau saya suka awak!" Jawabnya sambil menciumnya di pipi membuat yang lain memandang tajam.

A.C.P.E Where stories live. Discover now