chapter(:02

6 1 0
                                    

Si pencatat nota itu terkejut walaupun sudah selalu dia dicium di pipi tapi tetap saja itu membuatkan dirinya kurang selesa dan menyebabkan yang lain menjeling marah.

Alasannya kerana mahu mendekatinya saja sudah susah ini kan pula kalau bercakap dengannya walaupun sedetik.

"Enchii~Ichiii~chiichan~" panggilnya menarik tangan si pencatat nota itu.

Bagi ichii orang dihadapannya itu hanya pengganggu yang sangatlah mengganggu kerana ramai yang cuba mengacau waktu luangnya hanya untuk bertanya tentang lelaki yang mengada di depannya itu.

Namun selalunya jika ada orang yang bertanya padanya tentang lelaki itu akan diabaikan oleh ichii namun ada beberapa orang yang menganggap perbuatan menghirau itu adalah perbuatan yang sangat tidak sopan bagi mereka.

"Kau tunggu sini! Aku nak pergi ke kantin" tegas ichii bagun daripada tempat duduknya itu manakala lelaki yang diarah untuk tunggu itu hanya mampu membuat muka sedih dan hanya patuh pada arahan yang diterimanya.

Sementara ichii pergi buat seketika,secara tiba-tiba datang segerombolan biri-biri ajak berbual "Hei craze,jom berkawan kitorang lebih hebat dan berguna daripada budak tadi" ajaknya walaupun agak keluar topik gitu membuatkan craze tersenyum sendiri.

Dia kemudiannya memandang mereka dengan tajam tepat ke mata tanda menyuruh mereka pergi sebelum dia dijadikan biri-biri goreng.

Segerombolan biri-biri tadi hanya terdiam dan berlalu pergi dengan merungut sendiri manakala rakan sekelas yang lain hanya tertawa melihat orang-orang tadi ditolaknya pertemanan.

Ichii yang sedang beratur telah pun mencapai giliran lalu setelah sudah dia memandang seseorang yang sangat dikenalinya dan hanya mengeluh.

"Ehh~ ichii si pembunuh macam mana kau boleh berjalan bangga dekat sekolah macam ni selepas apa yang kau buat pada kedua kawan baik kau yang mati akibat kau tu" katanya sinis tapi diabaikan oleh ichii.

Ichii lalu seolah-olah tidak mendengarkan sesiapa "oi,aku cakap dengan kau!" Ditariknya kasar rambut ichii dengan kuat sehingga gugur beberapa helai.

"Haha,kau tahu aku pembunuh tapi nak juga cari gaduh lagipun bukan ke benda macam tu memang dah biasa di Academy macam ni buat apa aku sedih" ucap ichii memandang lelaki di hadapannya itu sambil mengejek.

Lelaki itu melepaskan ichii apabila melihat yang lain mula menonton manakala ichii hanya lega dan berjalan pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Walaupun rambutnya kusut itu masih tidak apa-apa baginya asalkan tidak melibat nyawa. Sampai saja di hadapan kelas,baru saja melangkah masuk ke kelas secara tiba-tiba dirinya itu pantas dipeluk oleh craze yang lama menunggu.

Disebabkan pelukan craze itu kuat sehingga ichii tidak dapat bernafas maka dia terpaksa menolak kuat craze.

Dia pun mula kembali ke tempat duduknya dan memakan apa yang dibelinya lalu dia mengetuk tangan craze menggunakan pen dengan sangat kuat.

Craze terkejut dan membuat muka sedih tapi tetap saja dia mengambil apa yang dibawa ichii sambil bermanja-manja dengannya.

A.C.P.E Where stories live. Discover now