Minah tergesa- gesa menuju ke perpustakaan. Dia mengerling jam tangannya. ' aduh jam dah tunjuk pukul 1:30 petang, harap-harap sempat aku sampai sebelum pukul 2:00 petang' minah berkata di dalam hati.Pergerakkannya di lajukan sehingga menyebabkan dia berlanggar dengan seorang namja.
"Aduh, woi minah mata kau letak kat mana ha" jerkah namja tersebut.Dia menepuk-nepuk punggungnya yang terasa sengal kerana hentakkan tadi.
Minah hanya menundukkan mukanya sambil bermain dengan jemarinya.Dia tahu itu semua kesalahannya kerana jalan tak pandang orang. ' nah, kan dah kena kau minah, tu la sibuk terkejar-kejar sampai tak nampak orang yang sebesar gajah ni nak malintas' .Dia mengetuk- ngetuk kepalanya kerana kecuaian itu.
"Woi, aku cakap dengan kau bukan dengan batang tiang" tangannya dipetik- petik di hadapan yeonja tersebut. Mana tahu minah tu tidur di siang hari.
" macam mana awak tahu nama saya minah, awak sekodeng saya er.." soal minah dengan lurusnya.Dia mengangkat tangan dan jari telunjuknya di hadap ke muka namja tersebut.
" tak de maknanya aku nak skodeng kau, buang habis masa aku jer...habis kau dah langgar aku ni dah tak reti nak minta maaf.. dah la kelas aku dah nak mula pukul 2.00 ,kau pulak buat aku bertambah lambat ke kelas" namja itu mengomel sendirian,menyalahkan minah atas kelewatannya.
Minah terpengun seketika, dia terasa ada sesuatu yang tidak kena.Minah memandang muka namja tersebut lama.
Namja tersebut merasa rimas melihat renungan minah. ' eh , dah kenapa minah ni... kena sampuk apa'" dah kau kenapa pulak tengok aku macam tu, tak pernah tengok muka aku yang hensem atau aku ni terlebih hensem sampai kau tak berkelip tengok aku" Minah mencebikkan bibirnya. 'Perasan'.
" awak kata dah pukul berapa" tanya minah kepada namja tersebut.
" dah nak dekat pukul 2:00 petang, kenapa?"namja itu mengerutkan dahinya.pelik dengan soalan yeonja dihadapannya itu.
" omo! Saya terlupa saya ada benda nak buat, jadi saya kena pergi dulu..bye!!!" Minah segera berlari tanpa sempat mengucap kata maaf kepada namja tersebut.
" yah, jjinjja... dah la tak mintak maaf lepas tu blah macam tu jer,tak apa nanti ada masa aku tuntut balik" namja tersebut mula mengutip buku yang berterabur lalu berlalu ke kelas.
.....
Minah mengintai - intai orang di dalam perpustakaan. Matanya tertacap pada sebuah meja di tepi tingkap.kosong.Minah mengeluh lalu matanya memandang jam tangannya namun jam tersebut tidak berfungsi kerana pecah akibat hentakan ketika berlanggar tadi. ' pabo punya jam'. Minah melihat semula ke arah meja tersebut namun hampa apabila tiada kelibat orang pun di situ. Dia kemudian mengeluh untuk kedua kalinya. Langkah di bawa keluar dari perpustakaan. ' tak apa minah mungkin hari lain kau boleh skodeng dia balik' minah cuba menenangkan hatinya.Dia pun terus beredar dari situ .
.....
Minah terjaga apabila dirasakan bahawa ada ketukan yang berlagu di luar tingkap.Dia yang berada dalam keadaan mamai segera memerhati sekeliling.'eh kenapa aku kat dalam kerata, bukan sepatutnya aku dah balik ker'.Minah segera menepuk dahinya apabila dia tersedar bahawa keretanya rosak.Minah segera membuka pintu keretanya sehingga menyebabkan orang yang mengetuk pintunya tadi terhantuk.
'Aduh' namja tersebut mengusap dahinya yang terhantuk. Matanya ditala kearah minah dan mata mereka bertemu.
"Kau"
"Awak"Kedua-duanya terkejut dan tidak menyangka bahawa mereka bertemu kembali.Namja tersebut tersenyum sinis memandang minah.Minah hanya tersenyum bagai kerang busuk sambil menaikkan tanganya menunjukkan tanda peace.
" kau lagi, kali ni apa pulak masalah kau"namja tersebut merenung minah atas bawah menghadirkan rasa gerun dalam diri minah.
"Erm..erm"
" kalau setakat nak dengar kau cakap eerm tu baik aku blah"namja tersebut memakai helmet kembali dan melangkah ke arah motorbike.
"Awak.."laung minah
Namja tersebut mematikan langkah dan berpusing memandang minah.Mianh bermain dengan hujung baju blousenya.
"Kereta saya rosak jadi.."
"Jadi..."
" jadi boleh saya tumpang awak"kata minah satu persatu.
"0h kau nak tumpang aku...erm macam mana ekk..boleh tapi dengan satu syarat aku nak kau melutut depan aku dan mintak maaf pasal kejadian tadi" namja tersebut tersenyum sinis memandang minah.
Minah terus melutut dan memohon maaf tentang perkara yang berlaku tadi. Dia kemudian memandang namja tersebut.Namja tersebut memberi isyarat supaya menunggang belakang motorbikenya.
Minah dengan terketar-ketar memanjat motorbike itu. Dah la besar gedabak.Baru pertama kali ini dia menaiki motorbike tersebut.
"Peluk aku kuat-kuat nanti kau jatuh"pesan namja tersebut kepada minah.Minah menjengilkan matanya apabila mendengarkan kata-kata tersebut.'gatal'.
Motorbike itu laju menyusur jalan raya.Minah yang ketakutan segera memeluk pinggang namja itu dengan erat sambil menutup matanya.Mulutnya terkumat -kamit seakan menyumpah sesuatu.Namja tersebut tersenyum apabila merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya.
YOU ARE READING
sad or happy
RandomBang Minah- saya dilayan seperti patung boneka yang tidak berperasaan ...layakkah saya mendapat cinta dan kasih sayang.. Do kyungsoo- peralihan cinta ini bukan yang saya pinta..hanya maaf yang mampu saya ucapkan.. Song Minho- jangan pernah kau dapat...