02

22 16 0
                                    

___

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

___

“Buat apa datang sini? Dah lama ke kau diri situ?” soal Adrian.

“Saja...Hmm...Mungkin dalam 2-3 minit gitu” bohong Dani, actually dia dah lama ada kat situ, siap tenung lagi Adrian yang nangis tadi. Malas nak jujur, kang sepupu dia malu pula. Hahahaha, ini rahsia kita-kita je eh?

“Huh...nasib baik” ujar Adrian perlahan.

“Firas, Fariq tak sibuk ikut kau pulak eh?” soal Adrian sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa single, tubuh Dani di hadapannya dipandang dengan riak bosan, balik kerja muka dia, kat office muka dia, senang cakap kat mana-mana muka dia, tak leh berenggang langsung. Rimas tau.

“Aku keluar waktu diaorang tidur, tak mau la aku bawa diaorang...gada-gada diaorang tu penat aku nak layan”

“Biasalah budak-budak...eh kau pun sama tak habis-habis nak berkepit dengan aku” Dani tersengih, tiba-tiba poket seluar Adrian bergetar kecil, dia meminta diri sebentar, skrin telefon dilihat. 'Private Nombor'? ‘Cis! Tak serik-serik’ bisik suara hati Adrian. Segera panggilan diangkat, mungkin penting ke kan?

“Haah nak apa?” jerkah Adrian tanpa salam, geram sangat ler tu...Jejaka yang di hujung talian itu tersengih...Heheh Adrian marah kita la...tachod I...

“Waalaikummussalam Hamba Allah” perli Jejaka itu.

“Haah ye-ye Assalamualaikum...Kau nak apa?”

“Waalaikumussalam...Erm..aku dah dapat apa yang kau suruh aku cari”

“Jumpa aku kat tempat biasa...K cau...” ujar Adrian tegas sebelum meletakkan panggilan tanpa menunggu balasan dari kawannya itu.

“Eh-eh dia ni...main letak pulak...nasib baik kau kawan aku...kalau tidak dah lama aku bunuh kau” bebel Jejaka itu melihat skrin telefon yang bertukar kepada wallpaper gadis idamannya,🙁🙁🙁 terus Jejaka itu tersenyum lebar melihat wajah gadis idamannya. Ahaks...My Little Angle. Kau ado?

'''

Restoran mewah itu dipandang dengan penuh sepi, dua beradik itu tersenyum hambar. Orang yang lalu lalang melihat mereka dihiraukan yang mereka mahu ialah sekarang makan, tetapi kalau mereka hanya mampu memandangnya sahaja tidak mengapa. Banyak lagi kedai yang mereka boleh meminta simpati. Perut kempis yang berbunyi kecil itu disentuh lembut, ditekankan sedikit.

“Ka..ka..k lap..ar” ujar budak lelaki itu, perutnya yang bergeroncong meminta makanan ditunjukkan kepada kakaknya. Dia tidak boleh bertahan lagi, perutnya sudah tidak diisi selama tiga hari. Gadis itu tersenyum hambar sebagai balasan. Didukungnya adik lelakinya cermat, dia meminta adiknya memeluk tengkuknya. Dia ingin membawa adiknya pulang ke rumah.

Dari kejauhan sepasang mata melihat simpati sepasang adik beradik yang kelihatan penat, tetapi dia tidak sedikit pun ingin menolong kerana kepalanya runsing ketika ini. Wajah seseorang berlegar-legar di kepalanya. Ah shit again?! Gumam lelaki perlahan. Minuman yang dipesan sebentar tadi disisip perlahan bagi meredakan kemarahan. Selesai sahaja menghabiskan minumannya, ditinggalkan restoran mewah itu, sempat ditinggalkan not Rm50, baki? Takpe dia tak mahu sedekah sekali sekala.

Terhenti langkah lelaki itu untuk membuka pintu kereta apabila kocek seluarnya bergetar hebat. Dikeluarkan telefon iPhone 8 Pro Max... Nama panggilan dipandang pelik, 019-*******  , sapa pulak ni?

Hello baby, how are you?” sapa manja seseorang dihujung panggilan. Naik geli dibuatnya.

“Kau siapa?” keras lelaki itu menyoal, dia sudah lambat ni. Jam di pergelangan kanan tangannya dilihat, dia hanya mempunyai 30 minit sahaja untuk melayani perempuan jalang ini.

Sampai hati you tak kenal I! Benci Arr Ceni...I mestilah baby you, Rose” ternaik kening lelaki itu, Rose? Bukan Aminah Binti Abdul Ghafar ke? Sedar diri tu sikit.

“OKEY? Eii...Sapa pulak BABY KAU?” dingin sahaja lelaki itu bercakap. Ya Allah sabarlah duhai hati menahan karenah perempuan ni...

Baby...Jom Dating...” ujar Aminah or ‘Rose’, suaranya saja dileret-leretkan. ‘Fikir lelaki itu tergoda ke? Memang tak la...Aku PLAYBOY’ bisik hati kecil lelaki itu.

“Pergi mampus la kau” ujar lelaki itu sebelum dengan geram dia menekan simbol ‘end call!’.

Ditutup pintu kereta Lamborghini Gallardo LP berwarna merah dengan kasar, dia menekan simbol start dan dengan automatik enjin kereta  dihidupkan. Sempat dibacakan basmallah sebelum kereta Lamborghini Gallardo LP membelah jalan.

'''

“Kakak tak penat ke dukung Qani? Qani kan berat, kesian kakak” soal Qani perlahan, wajah kakaknya dipandang dengan rasa bersalah, ‘Mesti kakak dia penat kan? Tapi kakak tak mengeluh pun, kakak kuat! Jadi Qani janji nak jadi macam kakak’ bisik hati kecil Qani.

“Takdelah Qani, Qani ringan je...Kakak kan kuat!...” jawab gadis itu sempat diselitkan sedikit gurauan. Didukungnya adiknya cermat, kadangkala dia meminta kepada adiknya berehat sebentar kerana kepenatan, tetapi dia tidak pernah mengeluh penat untuk menjaga satu-satunya adik lelaki kesayangannya, dialah permatanya, dialah adik lelakinya, dialah segala-galanya. Jadi dia tekad untuk membesarkan adiknya sehingga menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Itu tekadnya, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

“Hehehe Kakak ni” Qani tergelak kecil, dipeluk manja tengkuk kakaknya, disembamkan mukanya di ceruk tengkuk kakaknya. Hurmmm sayang kakak! Qani janji, Qani takkan menyusahkan kakak! Qani akan jadi budak yang baik. Selang beberapa minit, tersenyum lebar gadis itu dibuat melihat wajah tenang adiknya kelenakan. Comel!.

“Sweet dream My Little Boy” bisik gadis itu perlahan di telinga adiknya itu.

–––

814 words

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

814 words

Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] •1• Mr Thaqif Adrian : PromettereWhere stories live. Discover now