Ustaz Halim (Part 1)

17.1K 98 7
                                    

"Hello, assalamualaikum."

Apa lagi la abang aku ni nak? Tak habis-habis ajak pergi rumah dia. Terpaksa aku terima. Dah masuk bulan baru ni. Aku dah cakap dia aku hanya akan pergi rumah dia sebulan sekali je. Penat la tengok muka ketat isteri dia setiap kali aku datang. Kalau cantik takpe la jugak buat muka macam tu.

Nama aku Halim. Aku duda, 45 tahun. Isteri aku meninggal tahun lepas sebab accident kereta. Drunk driver. Kitaorang takde anak. Takde rezeki kata isteri aku.

Sebenarnya aku suka pegi rumah abang aku. Makanan sentiasa sedap. Dia memang pandai masak. Chef la katakan. Owner restoran. Anak-anak dia pun aku suka. Isteri dia je yang menyampah kat aku. Tak tau la kenapa dia tak suka sangat kat aku.

Aku faham kenapa Hairi asyik ajak aku ke rumah dia. Dia risaukan aku. Tak nak aku sorang-sorang kat kondo ni.

Dah lima tahun aku kahwin dengan Mira. Dia dulu kerja Petronas. Sebab tu la mampu beli kondo kat Kampung Baru ni. Aku tak mampu. Keje cikgu sekolah menengah je. Tapi sebab aku ajar subjek agama, aku dipanggil Ustaz Halim.

Lama jugak lah aku jadi tenaga pengajar. Dah 15 tahun dah. Tapi sejak isterinya meninggal, aku minta untuk cuti tanpa gaji. Niat asalnya untuk berhenti kerja je tapi guru besar sekolah larang. Dia kata nanti kalau aku nak mengajar balik senang. Aku akur je lah. Sedangkan aku dapat duit insurans nyawa isteri aku dan memang tak perlu dah bekerja.

Abang Hairi tinggal di Setapak dengan keluarganya. Malasnya nak drive. Aku call grab je lah senang. Kejap je dapat dah driver. Aku pun turun bawah untuk tunggu dia.

Dia datang dengan kereta Bezza putih. Dia tegur aku masa aku naik. Peramah betul budak ni. Nampak lengan dia macam jenis yang bersukan ni. Bila sampai tu dia mintak aku bagi rating 5-star pastu dia senyum. Sweet je budak ni.

Aku daftar kat guard house. Guard situ dah kenal aku dah. Terus dia bawak aku masuk ke lobi dan naik lif guna kad dia.

Aku ketuk pintu dan Haziq buka. Anak Hairi. Aku masuk dan dia salam aku. Comel anak sedara aku ni. Chubby-chubby sikit. Bila aku puji dia comel, mesti dia marah. Dia cakap dia dah 30 tahun kot. Dah tak comel dah katanya. Patut dah jadi hensem.

Tapi susah nak tengok dia tu sebagai hensem sebab pipi tembam. Hahaha. Aku usik dia. Dia marah aku. Aku peluk dia tapi dia tolak aku. Konon-konon merajuk. Geram betul aku. Aku perasan tangan dia kadang-kadang tersentuh konek aku. Tak tau lah sengaja ke tak. Aku tak kisah pun walaupun aku tau Haziq ni PLU. Hairi ada cerita kat aku.

Haziq pernah tanya, aku ok ke tak sebab dah tau dia tu PLU. Aku cakap kat dia, itu antara dia dengan Tuhan. Aku Cuma nasihatkan dia supaya jangan tinggal solat je. Lebih daripada tu, memang aku tak boleh campur lah.

Isteri Hairi buat kemunculan je terus suasana jadi hambar. Aku pun tak tau kenapa lah abang aku ni kahwin dengan pompuan ni.

Dia berlagak seolah-olah aku nak rampas laki dia je. Sedangkan tu abang kandung aku kot. Sekali aku lesing pompuan ni, baru dia tau...

Tapi demi Hairi dan Haziq, aku telan je lah muka ketat pompuan ni.

Eh, anak perempuan Hairi takde plak hari ni. Busy la tu kot. Haziq cakap Hazira skang ada boyfriend Mat Salleh. Hairi bengang kat mak dia sebab takde langsung menghalang Hazira tu tidur rumah bf dia tapi kalau Haziq nak pegi rumah bf, punya lah dia membebel.

Aku pun tak paham. Dosa tetap dosa. Kiranya takpe kalau anak perempuan kau main dengan jantan sebelum kahwin sebab itu normal? Apa punya pemikiran ntah pompuan ni...

"Okay tak makanan tu?"

Hairi tanya. Opkoz la okay. Takkan la chef masak tak okay.

Dia tanya nape raku tak makan lagi. Macam main-main je dengan makanan tu. Aku tengah terbayangkan boyfriend Hazira tu. Hahhaha. Teruk betul aku ni.

Lepas makan, aku mintak diri. Malas nak balik lambat-lambat. Malas nak tengok muka isteri Hairi.

Aku nak panggil Grab tapi Haziq cakap dia nak hantar aku. Sebab dia nak pergi tidur rumah Paul, which is on the way ke rumah aku.

Paul tu boyfriend Haziq. Well, boyfriendly lah. Mungkin jadi bf dia. Belum sampai ke tahap tu lagi. Tapi Hairi cakap Haziq balik rumah weekend je. Weekdays selalu kat rumah Paul.

Isteri Hairi tarik muka. Tak tau lah sebab Haziq nak hantar aku atau sebab Haziq nak pergi rumah Paul. Mak dia ni tak supporting. Selalu bebel kat Haziq pasal dosa lah. Tak natural lah.

Muka dia tu natural sangat ke? Sekali tengok pun tau suntik Botox. Nora ni anak orang kaya. Duit bapak dia punya lah banyak. Tapi takde plak dia buat surgery elokkan muka dia tu. Hahaha. Ish, jahat nau aku ni.

Masa nak drive keluar daripada kondo tu, lalu kat guardhouse. Aku turun untuk ambil driver's license aku.

Sepanjang perjalanan tu, kitaorang lebih banyak borak pasal Hazira. Aku nak tau pasal BF dia. Haziq baru jumpa dia sekali je. Parents pun belum jumpa lagi.

Haziq drop aku kat depan kondo dan teruskan perjalanan ke rumah Paul. Aku seberang jalan untuk pegi ke kedai makan Thai kat hujung jalan. Selalu aku lepak situ malam-malam, borak ngan owner dia. Isteri dia cikgu kat sekolah aku. Meriah kedai dia kalau malam minggu macam ni. Seronok perhatikan pelbagai gelagat manusia.

To be continued...

Ustaz HalimWhere stories live. Discover now