Tragedi bukit kepong merupakan pertempuran antara pasukan pasukan keselamatan persekutuan tanah melayu dengan pihak gerilla komunis yang mengambil tempat di Johor yang menyaksikan kejatuhan balai polis bukit kepong dan gugurnya wira setempat. Perist...
23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit kepong ialah peristiwa berdarah yang melibatkan pihak polis Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya. Kejadian ini bermula apabila segerombolan 180 pengganas komunis yang dipimpin oleh Mat Indera/Muhammad Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong sekitar jam 5.00 pagi ketika era darurat di Persekutuan Tanah Melayu.
Serangan ini menyaksikan 25 anggota polis berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir dan yang paling menakjubkan sekali, dua orang wanita iaitu isteri kepada anggota polis marin turut serta mengangkat senjata apabila mengetahui bahawa suami mereka terbunuh dan mereka terus bertempur bersama anggota lain sehingga kehabisan peluru. Semasa kejadian tersebut terdapat 15 anggota polis dan Konstable Polis Marin diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah yang menggantikan Sarjan Ray Dancey yang telah berpindah menjelang insiden tragis itu.Pasukan ini telah diperkuatkan dengan kemunculan 3 konstabel khas ,4 polis campuran dan sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah. Kumpulan ini dipimpin oleh penghulu Ali Mustaffa.Manakala seramai 13 isteri dan anak-anak anggota polis pula tinggal di berek kelamin di belakang balai.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Permulaanserangan & tujuanserangan.
Pada awal pagi hari tersebut, sekitar 180 segerombolan pengganas komunis Kompeni Bebas diketuai oleh Muhammad Indera telah mengepung bahagian hadapan balai polis Bukit Kepong dan kawasan sekililingnya. Muhammad Indera merupakan seorang guru agama yang terkenal. Beliau berpendapat bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya boleh tercapai melalui kekerasan dan bukannya cara rundingan dengan pihak british seperti yang dilakukan oleh Dato Onn Jaafar.Beliau dibantu oleh Komisser Goh Peng Tun untuk menawan balai polis Bukit Kepong.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tujuan Utama komunis menawan balai polis berkenaan ialah untuk memberikan contoh kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berani melawan akan menanggung amukan daripada pihak komunis. Selain itu,terdapat beberapa asbab lain yang mendorong komunis untuk mengepung balai polis itu. Pertama,Balai Polis tersebut sangat terpencil kerana berada di tebing Sungai Muar sekitar 60 km dari bandar Muar, Johor.Kedua, kekuatan anggota polis dan bilangan senjata yang dimiliki.Akhir sekali, Bukit Kepong juga merupakan kawasan komunis bergerak secara aktif pada zaman itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi apabila SC Jaafar mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang cuba memotong kawat duri .Bermula daripada itu pengganas komunis mula melancarkan serangan dari segenap sudut terutamanya bahagian hadapan balai polis.Pihak polis memberikan tentangan yang hebat persis kata mutiara “biar putih tulang,asalkan jangan putih mata’.Pihak polis menggunakan senjata mesingan Bren untuk mematahkan serangan komunis .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Serangan pihak komunis yang berterusan telah menyebabkan beberapa anggota polis terkorban.Pada ketika inilah di mana 2 orang isteri anggota polis turut sama berjuang apabila mengetahui suami mereka telah terkorban. 7.00 Pagi – Pengganas komunis mula mengubah taktik. Mereka telah menangkap isteri anggota polis iaitu Miriam Ibrahim (isteri kepada Konstabel Mohammad Jaafar),Fatimah Yaaba ( isteri kepada Konstabel Abu Bakar Daud) dan anaknya Hassan sebagai tebusan.Pihak komunis memaksa mereka merayu kepada anggota polis untuk menyerah kalah. Pihak polis tidak mengendahkan taktik kotor Ini dan terus berjuang habis-habisan.Akibat daripada itu pihak komunis mencederakan Miriam manakala Fatimah telah dibunuh. Sementara itu suami Fatimah ,Konstabel Abu Bakar Daud telah tercedera di dada dan tangan semasa mempertahankan dirinya.
Saat akhir pertempuran.
Pertempuran Bukit Kepong berakhir apabila pihak komunis mula membakar berek dan balai polis. Pada ketika itu terdapat 3 anggota polis dan seorang pengawal kampung telah meluru keluar dari balai yang sedang terbakar dan menembak pengganas komunis.Mereka dapat membunuh sekurang-kurangnya 3 orang sambil ditembak oleh pihak komunis.Hanya seorang daripada mereka berjaya menyeberangi sungai.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah hampir lima jam bertempur,akhirnya pihak polis telah berjaya dikalahkan oleh pengganas komunis dan telah berundur ke hutan.Sebelum mereka berjaya mengalahkan pihak polis , mereka telah mencampak mereka yang tercedera dan terkorban ke dalam api.Antaranya Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api. Terdpat juga wanita dan anak-anak yang hangus terbakar di dalam berek kelamin.