Prolog

13 3 0
                                    

Zafir baru selesai bermesyuarat bersama ahli persatuan BioMix singkatan bagi 'Sains Bioteknologi dan Biomolekul' mengenai aktiviti yang akan dijalankan minggu hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zafir baru selesai bermesyuarat bersama ahli persatuan BioMix singkatan bagi 'Sains Bioteknologi dan Biomolekul' mengenai aktiviti yang akan dijalankan minggu hadapan. Dia kini sedang berjalan di jalan berlorong gelap, jalan pintas untuk dia menuju ke bilik asramanya. Dingin malam mencucuk kulit Zafir. Hoodie sweatshirt ditarik keatas kepala. Bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri.

"Zafir!"

Badan terasa ditarik ke arah lorong gelap. Dia bergelut untuk melepaskan diri namun dia berhenti apabila pandangan mata cuba mengamati siapakah gerangan yang menarik dirinya.

"Doktor?"

Dia kehairanan. Roman wajah Dr. Adel mempamerkan riak seolah-olah dia dalam ketakutan. Peluh yang merenik di wajah Dr. Adel jelas kelihatan dimatanya memandangkan jarak diantara mereka yang dekat.

"Awak...awak kena tolong saya, Zafir."
Suara Dr Adel jelas bergetaran apabila menuturkan kata. Tangan Dr Adel sejak dari tadi berada di kolar bajunya dikejapkan pegangannya.

"Awak je yang boleh tolong saya sekarang ni." Pandangan mata diredupkan penuh pengharapan.

"Doktor, bertenang. Apa yang doktor cakap ni? Apa yang boleh saya tolong?" Dia kurang mengerti akan maksud yang disampaikan oleh pensyarahnya ini.

"Zafir, dengar sini. Awak je yang boleh tolong saya." Dr Adel menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan diri.

"Tolong? Tolong apa? Kalau saya mampu, saya tolong." Zafir semakin keliru. Apa yang dia boleh tolong?

"Tolong pegang hard drive ni." Hard drive berwarna hitam diserah ke tangan Zafir. Tangan Dr Adel memegang erat tangan Zafir dengan penuh pengharapan.

"Jangan sampai jatuh ke tangan orang lain. Walaupun polis. Ni amanah saya." Mata Dr Adel dililaukan ke kiri dan kanan memerhatikan keadaan sekeliling. Dia seperti memastikan bahawa tiada orang lain selain mereka di lorong ini.

"Tapi ada apa dalam ni doktor? Kenapa doktor tak simpan je sendiri?" Kening dikerutkan kepalanya tiba-tiba terasa berdenyut, apa yang ada dalam ni sampai dia harus simpan dan bukannya Dr Adel sendiri yang simpan? Polis? Kenapa mesti melibatkan polis?

"Kalau ada apa-apa yang jadi pada saya... Jangan beritahu apa-apa mengenai ini. Saya...saya kena pergi sekarang." Dalam sekelip mata Dr Adel terus memalingkan badan ke arah lorong dibelakang dengan tergesa-gesa.

"Doktor!"

Dr Adel memalingkan kepala separas bahunya "Ingat pesan saya. Jangan bagitau sesiapa, walaupun pihak berkuasa."

Hilang. Ya, kemudian bayang pensyarahnya terus hilang disebalik kegelapan malam.

Sebuah lagi cerita, rancangan nak buat cerita pendek tapi entahlah. Cerita ni dah draf dalam kepala, tengoklah macam mana. Ada mood dan idea saya update lagi. Ciao!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bombay BloodWhere stories live. Discover now