Gapailah dia
Dan genggamlah dia
Jangan pernah terlepaskan
Jangan pernah dibiarkanKau akan selamat
Selagi mana kau masih berada dekat
Kau akan selamat
Selagi mana kau tidak menjauhiApakah ia yang aku maksudkan?
Itulah dia, tali Allah,
Agama Allah
Agama para NabiSelagi mana kau berpaut padanya dengan sebenar-benar pautan,
Maka dengan izin Allah, tiada satu perkara dunia pun yang akan mampu mematahkan hatimu
Maka dengan izin Allah, tiada siapapun yang mampu mengapa-apakanmu jiwamu walaupun luaranmu diusik mereka.── blackiroro
YOU ARE READING
Bicara Jiwa
PoetryTiada yang istimewa. Sekadar jiwa yang berbicara. Ini bukan puisi. Sekadar coretan yang sebahagiannya terkandung emosi. __________________________ (Sengaja republish semula. Tidak terlintas mahu ubah nama yang tertulis di setiap bahagian. Begitu ju...