' 4

33 11 6
                                    

; lee donghyuck

"chan"

aku hiraukan. kaki aku terus menari mengikut rentak muzik tanpa henti.

"oi chan"

selepas beberapa minit, muzik pada speaker dah tak kedengaran.

"je―"

aku membuka mulut dah ready nak serang jeno tapi alangkah terkejutnya bila muka renjun yang aku nampak.

"tteokbeokki. makan"

aku mengguling mata malas.

mamat ni dari dulu lagi susah nak minta maaf tau. dasar tsundere.

aku mendekati renjun lalu mengambil bekas makanan yang berada kat tangan dia. aku mengambil tempat sebelah dia yang tengah duduk atas lantai studio ni.

"terima kasih" ucap aku singkat.

kami terus menikmati makanan dengan senyap tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulut.

"kau, tak bagitahu riri lagi?"

tteokbeokki yang dikunyah dalam mulut aku telan.

"bukan hak aku untuk cerita"

renjun senyap.

"terima kasih. dan minta maaf. aku perlukan masa lagi"

aku menghela nafas. bahu renjun aku tepuk pelan.

"takpe, aku paham. selagi kau serius dengan dia, aku takkan halang kau"

renjun hanya tersenyum kecil.

"EH DAHLA AKU DATANG NI NAK MEMBEBEL KAT KAU! DAH BERAPA HARI KAU TAK MANDI? PAGI DENGAN TENGAH HARI TADI KAU TAK MAKAN KAN? "

aku menutup kedua-dua belah telinga. mak aih, kesian chaeri. beruk tu dahla mandi sehari sekali je. tu pun kalau rajin.

"seriously, haechan. kau kena jaga diri kau. paling tak pun, kau kena ada someone untuk jaga kau"

aku mengerutkan dahi.

"excuse me???? aku bukan budak kecik untuk dijaga okey? "

kepala aku terus ditonjok oleh renjun.

"bukan budak kecik tapi makan tu, kalau orang tak datang bawakkan, tak suapkan, alamatnya sampai kiamat kau tak makan. menari lah, menari terus. sampai patah riuk tulang-tulang kau, sampai abang jamel mampus"

aku memegang jantung aku penuh drama. bebelan renjun tu menyiat kalbu betul.

"iyelah iyelah. nanti aku jaga diri aku. sekarang ni aku nak kena fokus untuk pertandingan yang tinggal berapa hari je lagi ni"

renjun menepuk bahu aku.

"jangan paksa diri kau, haechan. kau boleh buat. kau lee donghyuck kot. apa je kau takleh buat"

aku tersenyum mendengar kata-kata renjun.

"eit takyah nak bodek aku. pandai-pandai kau settle sendiri masalah kau dengan chaeri"

"MANA ADA AKU BODEK"

aku menghiraukan renjun dan sambung makan.

tiba-tiba, pintu studio tu terbuka.

"CHAN CHAN"

"WEH HAECHAN"

renjun yang sedang makan terus tersedak dengan kemunculan dua makhluk tak cukup akal ni.

"korang dah kenapa? cuba ketuk pintu tu, bagi salam. kalau aku dengan renjun tengah buat apa-apa tadi, ha kan dah nampak benda bukan-bukan"

tanpa sebarang amaran, lagi sekali kepala aku ditonjok tapi kalini dengan chopsticks pulak.

"meresahkan betul lah kau ni." jeno menggeleng kepala.

"sian kau kan, renjun? tapi takpe. harini, di saat ini, waktu ini, ketika ini, kita telah menjumpai jalan penyelesaian kepada semua masalah kesinglean lee donghyuck"

mendengarkan kata-kata jaemin, aku mengerut dahi kurang paham.

jaemin hanya tersengih seribu makna.

kemudian, dia mengeluarkan phone nya dari dalam poket seluar. selepas memilih aplikasi dan sebagainya, jaemin menayangkan skrin phone nya betul-betul di muka aku.

"searc, find your true love.. BABI KENAPA ADA GAMBAR AKU?!?! "

jaemin senyum bangga bersama jeno di sebelah.

ee dua ekor ni ada jugak aku campak biar sampai ke kutub utara pastu kena makan dengan beruang kutub.

"takpe chan, takyah berterima kasih dengan kitorang. kitorang ikhlaaaaaas tolong kau" kata jeno.

"tapi kalau nak belanja mcd ke kfc pun cun gak"

"ikhlas kepala bana kau"

jeno dan jaemin terus ketawa terbahak-bahak.

"jap, apa function korang buat account kat dia ni?" tanya renjun yang diam dari tadi.

jeno pandang jaemin. jaemin pandang jeno.

kedua-dua nya tersenyum sebelum toleh semula pandang aku.

"dengan menggunakan khidmat dating app ini, seorang lee donghyuck tidak akan lagi merasa kesepian, tidak reti menjaga diri, dan menjadi seorang yang workaholic"

jaemin mengangguk-angguk sebelum menyambung ucapan jeno,

"disertai dengan pakej awek cantik dan caring, maka tamatlah riwayat kunyit dan single seorang lee donghyuck"

ujar jaemin dengan nada seorang pembaca berita.

aku memicit kepala. kalau tahu camni jadinya, memang 8 tahun lepas aku tak curi nugget dalam bekal makanan si jaemin ni.

"aku tak nak dengar alasan lain, kau KENA gunakan account yang aku dengan jeno buat untuk kau ni. dahla premium anjenk. aku dengan jeno sanggup tak langgan netflix bulan ni sebab nak beli account premium untuk kau tahu tak?"

"tak suruh buat pun"

jeno terus menahan jaemin yang dah bersedia nak layangkan penampar kat muka aku.

"apa beza premium ngan basic account? " tanya renjun yang dah selesai makan tteokbeokki miliknya.

"kalau guna premium en, kau boleh match dengan semua orang. unlimited weh. pastu kau boleh tahu dia duduk dekat ke tak ngan kau. ha menarik en? "

aku menghiraukan jaemin yang semangat bercerita tentang dating app tu. aku menghulurkan tangan ke arah renjun, mengisyaratkannya untuk memberikan sampah dia ke aku.

tapi sebaliknya, dia pandang aku dengan pandangan clueless sebelum meletakkan tangan dia atas tangan aku.

"KAU TENGOK NI MANA TAK KUNYIT AKU DENGAN DIA HAHAHAHAHAHA"

"RENJUN KAU DAH JANGKIT DENGAN HAECHAN KE WOI"

"CHAERI― INGAT CHAERI WOI"

renjun yang baru sedar dengan apa dia buat terus memerah sebelum bangun diikuti hentakan kaki.

aku, jeno dan jaemin terus ketawa terbahak-bahak.

how to love | ldhWhere stories live. Discover now