TEASER 1💜

1.4K 294 118
                                    

Tiara menyembamkan wajahnya di atas meja. Sedari tadi, kepalanya kusut dengan susunan plot dan gaya penulisannya.

"Haaa apa lagi yang kurang?" Tiara mengeluh sendiri.

"Aku rasa, sebab kau tak ada teman lelakilah," tiba-tiba rakannya, Wawa menyampuk.

Tiara menoleh dan dia tercengang seketika.

"Aku ada boyfriend lah pandai!"

"Oh?" Wawa tayang muka blur.

"Kau ada boyfriend? Tak pernah nampak kau keluar dating pun?"

Tiara mendengus kecil.

"LDR lah,"

Oh... Wawa menganggukkan kepalanya. LDR bermaksud Long Distance Relationship. Eh kejap...

"Kau tak pernah cerita pun? Dia orang mana? Tak pernah pulak kau post apa-apa gambar?" Wawa menyoal ingin tahu. Dah lama mereka berkawan, member sendiri ada teman lelaki pun dia tak pernah tahu!

Tiara berdecit kecil.

"Aku malaslah nak kecoh-kecoh. Keep it private je,"

Wawa mencebik.

"Betul ke kau ni?" Rakannya itu masih tidak percaya.

"Ya betul. Sebelum aku ketuk kepala kau, boleh kau diam? Aku tengah fokus ni. Aku tak tahu apa yang kurang dengan manuskrip aku!" Tiara membentak kecil. Tangan pula dibawa ke dahi, pening!

"Kau nak tolong semak?" Tiara menyoal Wawa. Gadis itu terus buat muka jelik.

"Kau ingat aku editor ke? Silap-silap makin rosak manuskrip kau."

Dan Tiara mengeluh lagi.

"Aku rasa kau tulis banyak cerita tau. Ni cerita Mr.Hoodie ni dah berapa kali kena tolak?" Soal Wawa, dia mula mengatur langkah menuju ke arah katil.

"Dua kali."

"Takkan manuskrip lain kena tolak juga?" Wawa mula duduk di atas katil.

"Sama juga,"

"Hero Dan Melodi?"

"Tiga kali,"

"Mr.Dracula?"

"Empat kali,"

Wawa memegang kepalanya sendiri. Terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Sumpahlah?"

Tiara mengangguk kecil. Bila memikirkan kembali betapa banyaknya manuskrip ditolak, dia rasa down. Apatah lagi keluarganya pula langsung tak pernah nampak minat dia hanya kerana dia tidak bawa apa-apa kejayaan.

"Okey, ni mesti ada something wrong somewhere dekat mana-mana. Kau patut belajar dari awal..." Wawa mula memberi nasihat. Ya. Dia faham sangat rakan baiknya itu minat menulis. Tapi rasanya banyak yang perlu diperbaiki kalau dah semua manuskrip kena tolak!

"Entahlah Wa... Antara tiga manuskrip aku, satu yang terbit pun jadilah. Tapi... Nak buat macam mana? Belum ada rezeki..." Suara Tiara mula mengendur.

Dia mula memandang ke arah skrin komputer ribanya itu.

Tiarana.

Dia berharap nama itu bakal menjadi nama penulis terkenal suatu hari nanti.

"Aku rasa kau perlu rehat dulu. Pergi mana-mana, dapatkan idea. Hah suruh boyfriend jarak jauh tu buat sweet lebih sikit, mana tahu bagi kau inspirasi..." Wawa menaikkan keningnya. Kemudian ada senyuman senget yang terlakar di bibir.

Alahai... Teman lelaki jarak jauhnya itu sibuk. Biasanya hanya on call malam-malam. Entah bilalah boleh jumpa.

"Malam ni ada pesta pantai. Jomlah, rehatkan minda kau," ajak Wawa lagi.

Tiara menoleh memandang rakannya. Penuh berharap wajah Wawa, jadi Tiara iyakan sahaja.

"Yalah. Mungkin aku perlukan rehat..." Putusnya.

***

Lyan hanya mengeluh memandang sekeliling. Ramai pengunjung di pesta pantai malam itu. Gerai dan permainan dihiasi lampu, membuatkan kawasan pantai pada malam itu bercahaya terang.

Seronok? Ya. Semua orang akan seronok kalau ke pesta pantai. Tapi kenapa Lyan mengeluh?

"Mana teman wanita kau?"

Haa inilah dia masalahnya! Konon tadi nak lari dari bebelan Puan Naimah, dia carilah alasan nak keluar dengan teman wanita. Sekali Kaklong gila dia ni mengikut juga!

"Ish kau ni sibuk kenapa?" Lyan mendengus kuat, serabut.

Farrah disitu memeluk tubuh dan mengecilkan matanya.

"Kau sebenarnya... Nak jumpa teman wanita ke teman lelaki?"

"Kaklong!"

"Apa?" Farrah buat-buat blur.

Lyan mengeluh lagi. Kali ini lebih kuat.

"Yang songsang, anak kawan mama tau, bukannya aku! Tak boleh ke biarkan aku bertenang dekat sini? Aku muda lagi, nak kahwin awal-awal buat apa?"

Haaa segala rasa marah yang dipendam pada mamanya, kini dilepaskan kepada kakaknya. Farrah menaikkan sebelah kening.

"Kau memberontak bila aku sebut pasal teman lelaki. Oh, kau frust eh sebab tak boleh kahwin dengan lelaki?" Farrah memprovok lagi. Terus, Lyan memegang dahi, sumpah dia tengah tahan diri dari tampar kakak dia sendiri.

"Kau cakap tak fikir dosa ke?"

"Eh? Aku pula. Kau tu?"

"Aku tak gay!"

"Buktikan." Farrah masih memeluk tubuh, tenang sahaja wajahnya walaupun Lyan dah macam nak telan orang. Kakak yang annoying? Ya!

"Baik! Aku bawa kau jumpa teman wanita aku!"

"Lelaki?"

"Perempuanlah!"

Lyan mula berlari, konon nak menuju ke teman wanitanya. Padahal? Sekadar nak lari dari kaklongnya yang gila.

"Angah!"

Suara Farrah kedengaran. Lyan apa lagi, makin melajukan larian dan cuba mencelah di antara orang ramai yang ada. Dia dah tak kisah orang nak cakap dia apa, dia perlu lari dari kegilaan kakaknya!

"Argh aku nak guna siapa ni jadi teman wanita palsu aku ni?" Jantung Lyan berdetak laju. Berdebar-debar. Matanya mula memandang sekeliling.

Ketika itu, dia hanya nampak seorang perempuan yang berdiri di bawah Roda Ferris.

"Cantik!" Lyan terus berlari ke arahnya dan tangan gadis itu ditarik kuat.

"Hei!"

Gadis itu ditarik dan mereka berdua masuk ke dalam barisan untuk naik ke Roda Ferris sebentar lagi.

"Lepaskan akulah!"

Lyan mendekatkan bibirnya di telinga gadis tersebut, kemudian pegangan pada pergelangan tangan gadis itu dikemaskan lagi.

"Ada orang nak bunuh awak, diam," bisik Lyan. Tipu? Kisah pula. Asalkan perempuan ni duduk diam!

Gadis tersebut terus terkaku. Langsung dia menoleh ke hadapan dan jantungnya berdegup laju. Berdebar. Dia tidak tahu samada memang benar ada orang ingin membunuhnya, atau lelaki itu berhelah semata-mata ingin menculiknya!

Lyan menoleh ke belakang, dan dia nampak Farrah mencari-cari kelibat Lyan. Dia menoleh ke hadapan semula, dalam hati, dia berdoa agar Farrah tak menemuinya.

Ya Tuhan, tolong!

***

Unedited Version-
Updated: 14/9/2021

Roda FerrisWhere stories live. Discover now