" HEY, may i seat here? "
aku mengangkat kepala memandang gerangan yang menyapa.
" heiㅡ ke tepi! " Riya meneriak sambil meluru ke arah aku.
" oh, sorry. " lelaki tersebut berganjak beberapa tapak ke belakang. Riya di depan aku menghadang aku dengan mendepakan tangannya.
" awak nak buat apa dengan dia!? " sekali lagi Riya meneriak. pipinya dikembungkan tanda marah.
yes, here we go again.
inilah perangai Riya yang paling aku benci.
overprotective.
aku menghadang wajah aku dengan tangan. semua yang berada di kafeteria itu sudah memandang kami hairan.
" Riya, stop. " aku berkata dalam menahan malu dan geram.
" dah! pergi sana! jangan kacau Dika lagi! " Riya menghalau si lelaki pergi.
hilang sahaja lelaki itu dari pandangan, aku terus bangun untuk beredar. buku-buku rujukan, aku bawa erat ke dada.
" hm? Dika nak pergi mana? Riya nak ikut! " Riya berjalan ke arah aku sambil tersenyum lebar.
" stop. " aku mengarah dalam nada perlahan. Riya serta merta berhenti. kepalanya di sengetkan memandang aku.
" hm? "
aku mengetap gigi seketika sebelum aku memandang Riya dengan pandangan membunuh.
" boleh tak kau berhenti ikut aku!? aku semaklah! " aku menghempas geram. tak lama selepas itu aku terus beredar pergi meninggalkan dia berseorangan.
YOU ARE READING
Touch
Short Storynothing. just sorrow. start ; 140921 publish ; 250322 end ; 040322