Bab 1

11 0 0
                                    

Hampir setengah jam Irialin termenung di depan cermin,mengenangkan apa yang berlaku pada hari semalam.Air matanya mengalir tanpa sedar.Dia tak mampu nak menahan kesedihan yang dia lalui selama ni.Dia terlalu penat sebab seumur hidupnya,dia tak pernah dapat lelaki yang setia.

       "Aku tak mungkin nak terima mana-mana lelaki lagi,aku penat,aku takut aku salah pilih.Lelaki semua sama je!" kata Irialin dengan penuh geram

       Tanpa dia membuang masa,Irialin terus mengesat air matanya dan kosongkan fikiranya.Dalam otaknya cuma memikirkan SPM sahaja.Dia sedar dia masih lagi pelajar sekolah tapi dia mempunyai minat terhadap seseorang dan dia menganggap hubungan itu akan kekal sampai bila-bila.Rupa-rupanya tak.Tak semudah itu nak teruskan hubungan hingga ke alam perkahwinan.Cinta itu sekadar cinta monyet dan membosankan.Perasaan ego dan benci untuk menerima lelaki semakin membuak-buak.Dia menganggap lelaki perlukan seseorang itu untuk lepaskan nafsu dan untuk dijadikan perempuan ni mainan.

    Dengan pantas Irialin menuruni anak tangga dan menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama Puan Salmah dan Encik Mustafa.

"Ehhh Alin awal lagi ni,baru pukul 6.50.Kenapa tak bangun pukul 7 ke,pukul 8 ke." perli Puan Salmah

"Apa ummi ni main perli orang pulak,Alin bangun pukul 6 tadi dah,siap solat subuh lagi."jawab Irialin sambil tangannya menyapu mentega kacang di atas roti.Roti disapu dengan mentega kacang dan potongan pisang di atas mentega kacang itu merupakan sarapan kegemarannya.

"Kamu tu bukan boleh percaya,kadang-kadang dalam tandas pun jadi kamu nak tidur,bukan ummi tak kenal Alin ni,dari sekolah rendah selalu buat perangai macam tu." bebel Puan Salmah.Irialin mampu diam dan tak berani nak melawan kata-kata ibunya.

   "Makan cepat Alin,nanti lambat pula." tegur Encik Mustafa

"Baik abah." jawab Irialin dengan nada yang lembut.

Selesai bersarapan Irialin terus mencapai beg sekolahnya dan cepat-cepat memakai kasut sekolah berwarna hitam.

"Alin gi dulu ummi" kata Irialin sambil bersalam dan mencium kedua-dua pipi ibunya.

  
                              ********

"Danny"

Danny masih lagi termenung jauh mengenangkan nasib Irialin.

"Oiiii Danny!!dengar tak aku panggil ni" Asyraf menjerit di telinga Danny sambil merampas rokok di tangannya.

"Pahal kau jerit-jerit,panggil elok-elok takleh ke,sakit telinga aku" marah Danny.

"Aku dah panggil kau habis baik dah tadi,kau sibuk mengelamum je.Apasal kau ni,teringat sape?" Balas Asyraf dengan selamba.

Danny masih lagi berdiam diri dan berasa sedih dengan nasib Alin.Dia rasa sakit sangat bila melihat Alin dimainkan dengan kawan baik sendiri.Dalam hatinya penuh dengan perasaan menyesal dan malu sebab kenalkan Syafiq dengan Alin.Walaupun cara layanan atau gurauan Danny dekat Alin tu kasar,tapi dalam hati Danny penuh dengan perasaan sayang dekat Alin.Danny mampu dia dan tak berani untuk meluah.

"Alin...."jawab Danny dengan perlahan.

"Asal dengan Alin?" potong Asyraf.

"Kau ni jangan potong dulu boleh tak masa aku nak cerita,nanti ada yang makan tangan aku ni.Nak aku cerita ke tak ni?" Marah Danny dengan selamba.

"Okay sorry.Cerita lah." Balas Asyraf.

"Semalam Alin telefon aku nangis-nangis yang dia dapat tau Syafiq ada perempuan lain.Aku sebenarnya dah syak lama dah yang Syafiq ni ada orang lain tapi aku nak bagitau Alin aku tak berani.Aku tak sanggup nak tengok dia sedih.Ni pula dia dapat tau sendiri lagi la dia sedih.Mungkin lepas ni Alin tak terima mana-mana lelaki dalam hidup dia." Danny bercerita dengan nada yang sedih,Asyraf turut simpati dengan nasib Alin.Asyraf sendiri pun tak sangka yang Syafiq sanggup bersikap begitu dengan Alin.

"Ayat kau yang last sekali tu lain macam la.Asal?Kau ada hati kat Alin ke?" Soal Asyraf sambil tersenyum nakal.

     Danny takut dia punya rahsia tu bocor,dia terus membuang rokok yang telah dia hisap lalu terus mencapai begnya dan bangun pergi menuju ke dalam kelas.Dalam hatinya rasa tidak sabar nak bertemu dengan Alin dan ingin melihat keadaan Alin pada hari ini.

"Oii nak gi mana?!!" Jerit Asyraf.

"Masuk kelas,belajar la,lama sangat duduk dalam tandas ni." Balas Danny sambil membasuh tangan dan sembur minyak wangi untuk menghilangkan bau rokok yang melekat kat baju sekolahnya.

   Tabiat merokok memang jadi kebiasaan Danny.Alin merupakan perempuan pertama yang menjadi kawan baiknya.Alin selalu ada bila dia sedih,selalu mengambil berat terhadap Danny.Sebab tu Danny sayang sangat dekat Alin cuma dia terpaksa sorok rasa sayang tu,dia takut Alin takkan terima diri dia.Alin pernah cakap yang dia menganggap Danny tu sebagai kawan baik sahaja.

Selangkah sahaja Danny masuk ke kelas,matanya meliar mencari kelibat Alin.Sambil tersenyum dia melihat Alin tengah mengemas mejanya yang bersepah.Dia tahu Alin seorang yang tidak boleh melihat barang-barang yang bersepah.Dia meneruskn langkah ke meja Alin dengan selamba.

"Alin,are you okay?" Soal Danny.Sejujurnya dia memang risau dengan keadaan Alin.

"Ya,i'm okay..Jangan risau la Danny,mende dah jadi,biar je la" balas Irialin sambil memberikan senyuman yang menandakan dia okay.

"Aku sebenarnya nak mintak maaf,aku menyesal." Kata Danny dengan nada yang sedih.

"Asal pulak kau yang mintak maaf,kau bukan buat salah apa pun dengan aku." Balas Irialin dengan muka terkejut mendengar Danny meminta maaf dengan tiba-tiba.

"Aku nak mintak maaf sebab kenalkan kau dengan Syafiq,aku taktau langsung perangai sebenar Syafiq memang macam tu,aku menyesal sebenarnya."luah Danny sambil menundukkan kepalanya.

Irialin merenung Danny sangat lama lalu dia terus senyum melihat Danny.

"Hmm takpelah Danny,bukan salah kau pun,bende dah jadi biarkan,sekarang ni aku okay je tapi tu la,nanti mungkin susah aku nak terima orang lain,aku serik sangat Danny,asyik salah pilih.Aku selalu dapat orang yang tak pernah hargai aku.Ada lagi bende yang jadi kat aku masa tu tapi nanti lah aku cerita kat kau eh." luah Alin sambil tersenyum.Bagi dia,tak guna kalau dia sedih terlalu lama.

"Yela Alin,nanti kalau kau rasa kau nak cerita apa-apa kat aku,cerita je.Lagipun aku suka dengar kau bercerita walaupun apa yang kau cerita tu bende kecil.Dengan gaya kau lagi bila kau bercerita tu aku suka tengok." Kata Danny sambil tersenyum.Dalam masa yang sama dia ada rasa sikit kecewa bila dia mendengar yang Alin mungkin susah nak terima orang lain.Apa lagi kalau kawan baik sendiri.Tak mungkin dia akan terima Danny.Dia hanya mampu pendam perasaannya terhadap Irialin.

      

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CRUSH ON YOUWhere stories live. Discover now