Selepas je habis kelas Cikgu Zainab tadi, Biest terus beredar ke Port lepak iaitu di belakang sekolah berhampiran dengan padang sekolah. Wajah setiap ahli Biest muram dan kusam sejak kedatangan Bell yang secara mengejut dan lebih mengejutkan Bell merupakan adik Mukhriz yang tiada siapa tahu selain Biest. Bell merupakan adik tiri mukhriz, walaupun Bell merupakan anak tiri, Mukhriz tetap menyayangi Bell seperti adik kandung kerana Mukhriz merupakan anak tunggal dan dia juga menginginkan seorang adik yang ingin dijaga. Tetapi hubungan mereka dirahsiakan kerana Bell taknak menghebokannya. Oleh sebab itu, tidak semua orang tahu termasuk Beauty.
Disebabkan juga Biest mengetahui mengenai hubungan mereka, ahli Biest juga tahu apa yang berlaku terhadap Bell pada 3 tahun yang lalu.
~ 3 Tahun lalu ~ Flasback
Di Rumah Mukhriz ~
Prangggg!!! Prangg!!!
Ahli Biest yang berada di dalam bilik Mukhriz terkejut apabila terdengar sesuatu yang terpecah di dalam bilik Bell. Mukhriz yang terkejut mendengarnya terus bergegas ke bilik adiknya. tetapi malangnya apabila Mukriz dan ahli Biest yang berada di depan bilik Bell, biliknya dikunci dari dalam. Hal ini membuatkan Mukhriz semakin resah dan berusaha memecahnya namun tetap tidak berjaya.
" Bell !!! Bell !! bukak pintu ni, apa yang pecah kat dalam tu !!! bukak pintu ni, jangan takutkan abang, sayangg !!! " Mukhriz cuba memujuk Bell untuk membuka pintu, namun sahutannya tidak diberikan respon.
Akhirnya, Biest merancang untuk menendang pintu bilik Bell secara serentak.. dalam kiraan mereka menendang pintu tersebut,
"1 ....... 2 .............3 " serentak dengan kiraan ke 3, Biest menendang pintu bilik tersebut secara serentak.. Tendangan yang dibuat membuatkan tombol pintu bilik tersebut patah.
Pandangan Biest terkejut apabila melihat secebis kaca daripada pasu yang pecah di sisi Bell, kini berada di tangan Bell yang berusaha untuk menghiris pergelangan tangannya namun terhenti apabila mendengar suara Mukhris
" Be...Bell...Bell !!! Bella !! kenapa ni,, abang ada ni sayang..cerita kat abang ye. buang kaca tu sayang.. jangan buat macam ni. letakk dulu kita bincang okeyj?" Mukhriz mencuba untuk memujuk Bell untuk tidak meneruskan rancangannya.
Luruh jantung Mukhriz melihat badan Bell yang masih kaku memegang kaca di pergelangan tangannya. Hati abang yang tak luluh apabila melihat seseorang yang disayangi dengan sepenuh hati mencuba untuk melukakan diri malah wajah yang sembam dan kusam kerana menangis terlalu lama , tidak cukup tidur.
" kenapa aku tak sedar dengan perubahan pada Bella " desus hati Mukhriz, Dia terlalu sibuk dengan program di sekolahnya membuatkan dia selalu balik lewat daripada waktu biasa. Dan tiada masa untuk menanya khabar adiknya.. adakah ini kesilapan dan kecuaian dia sebagai seorang abang?.. Mukhriz mempersoalkan dirinya dan berasa bersalah melihat adiknya sebegitu rupa..
Mukhriz mencuba untuk mendekatkan dirinya dengan Bella, namun tersentak dengan ayat yang dilontarkan oleh Bell
" Jangan datang dekat dengan aku, kalau kau datang dekat dengan aku, aku bunuh diri, aku tak nak percaya dengan sesiapa pun, semua orang sama termasuk kau.. selama ni kau pura-pura sayangkan aku kan... kat dunia ni xde sape sayangkan aku termasuk kawan-kawan yang aq dah anggap macam darah daging aku... aku mohon jangan datang dekat!!!... aku penat dengan dunia ni.. tolong lepaskan aku!! " Bell menangis teresak-esak dan mengeleng-gelengkan kepalanya.
" NO!! aku sayang kauu Bell, jangan buat abang macam ni.. kau tau aku sayang kau sangat-sangat, aku takde orang lain selain kau je Bell.. Please buang kaca tu okeyh?.. aku ada selalu dengan kau.. aku takkan tinggalkan kau.. Pleasee Bell " Mukhriz cuba merayu, sakit hatinya melihat Bell, Hal ni membuatkan dia ingin tahu apa yang menyebabkan adik untuk berfikir macam tu. Kakinya melangkah secara perlahan-lahan mendekati Bell apabila Bell menundukkan pandangannya dan diikuti oleh Biest.
YOU ARE READING
Saya Rindu Awak Larh!!
FanfictionMengisahkan tentang sebuah persahabatan antara 7 sahabat baik..dan juga merupakan hottest di Highschool Peace yang dikenali sebagai Beauty.. Sang jejaka yang dikenali sebagai Biest menjadi tarikan setiap pelajar perempuan tapi bukan bagi Beauty...