Always want to see through your eyes;
To find the most primitive wildness;
I didn’t expect to break in at the end;
A whole seat-Tranquility of the forest;
You breathe;
Blue velvet wraps the body;
And the hum of the ocean-I never wanna wake up;
I can;
Hide in your body;
Into the warm you-Always want to see through your eyes;
To find the reflection of the narcissus;
I didn’t expect to see it in the end;
A whole;
The stars of the universe-This second;
Just want to indulge in love;
This world is ice;
Just let her be ice-SEPI menyelubungi jasad diri. Entah kenapa bila dia terdengar suara nyanyian itu dunianya bagaikan tenang. Tiada kegelisahan, tiada kekacauan dan tiada segala bahana yang perlu dia tempuhi selama ini. Angin selembut sutera membelai lembut rambut perang keemasan itu. Membuai serentak mengikuti alunan suara sang gadis yang lunak bernyanyi. Sayu, namun penuh dengan emosi dan rasa yang mendalam. Dia juga tak dapat menangkap maksud dari nyanyian itu kerana berbahasa asing. Tak dapat juga ditafsirkan rasa apakah ini tetapi dari suara gadis itu, dapat dia merasai betapa betahnya dunia ini tanpa segala kejahatan dan kekacauan yang berlaku.
Dia membuka matanya perlahan. Menghirup udara segar nan nyaman apabila berada di atas bukit ini. Mata hazelnya menelaah sekeliling. Sangat cantik. Gunung yang disaluti hutan yang tidaklah terlampau tebal namun tidak pula berasa panas kerana haba kesejukkan dari puncak gunung yang dipenuhi ais itu terasa sampai ke tempatnya terpasak sekarang ini. Yang dia lihat dari sini hanyalah hijau kekelabuan kerana kabus yang menutupi kehijauan hutan, sukar untuk dia melihat warna sebenar dunia.
Bunyi sungai yang mengalir juga dapat dia rasai betapa sejuknya hutan ini ditambah pula bunyi burung yang saling berkicauan. Sangat indah. Sungai. Adakah sungai ini juga akan mematikan orang lain seperti apa yang dilakukan manusia? Mungkin? Manusia juga seperti sungai. Sungai yang kecil tidak akan mematikan bahkan, manusia akan sering bermain di tepi sungai. Dan penghujung dari sungai ini adalah laut. Di mana, lautlah yang mampu mematikan manusia tidak kira jahat atau baiknya manusia itu.
Seperti itulah manusia. Kecil tidak akan mematikan. Apabila masuk dewasa, mungkin akan menyakiti ramai orang. Itulah apa yang dia buat pada sekelilingnya sekarang ini. Menyesal? Kadang-kadang.
I never wanna wake up;
I can;
Hide in your body;
Into the warm you-Dari tadi telinganya tajam menangkap alunan suara merdu daripada sang gadis yang tidak ketahui kewujudannya. Kaki mula melangkah perlahan mengikuti arah suara merdu itu. Semakin lama semakin kuat nyanyian itu di telinganya. Kepalanya meneliti adakah betul apa yang didengarinya sekarang ini?
Dia mendekati lagi suara itu sampailah di satu kawasan hutan yang berkabus tebal dimana di antara pepohonan itu diikat dengan tali yang menyambungkannya ke pepohonan di sebelahnya lalu menjadi buaian. Dia ternampak di atas buaian itu terlihat seorang gadis berbaju putih dan berambut panjang lurus bak puteri membelakanginya. Tak nampak wajahnya seperti apa tetapi dia yakin figura itulah yang bernyanyi merdu dalam hutan ini.
Dia mendekati perlahan. Suara dari langkahnya juga perlu dikawal. Takut-takut membuat gadis itu terjaga. Semakin lama semakin dekat. Tangannya perlahan diangkat untuk menyapa bahu gadis itu. Menggigil juga, tapi rasa takut ini dia ketepikan saja kerana dia lebih rela mati ketakutan daripada mati penasaran.