2

60 18 0
                                    

Seonghwa sekarang sedang dalam perjalanan ke rumah Haejin, tunangnya.

Dalam beberapa minit sampai juga dia dihadapan sebuah rumah banglo. Kereta diberhentikan dihadapan rumah itu. Pintu keretanya dibuka dari luar dan kelihatan lah seorang perempuan berpakaian blous putih.

Perempuan itu masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta ditutup.

"Cantiknya awak hari ni Haejin..."sebaris ayat keluar dari mulut seonghwa apabila melihat perempuan yang dikenali sebagai Haejin itu masuk ke dalam perut kereta.

"Eoh?..."balas haejin kembali. Seonghwa tertawa kecil melihat haejin.

"Saya kata awak cantik pun tak dengar ke? Perempuan lain semua laju je dengar perkataan cantik tu...awak boleh pula eoh? Apa? Tak dengarlah? mengarutlah hwa ni! Bla bla bla- sakit haejin!

Lengan seonghwa dicubit haejin. Jadi alamatnya menjeritlah seonghwa dibuatnya.

Seonghwa mengusap kembali tempat yang dicubit itu sambil memandang Haejin tajam.

"Bwo?! Perli saya buat apa? Cepatlah gerak takkan sampai malam kita nak duduk sini je..."ujar haejin. Kereta terus dipandu seonghwa meninggalkan kawasan rumah banglo itu.

Dalam perjalanan ke destinasi yang dituju seonghwa sempat pula sengaja buat-buat merajuk.

"Taknak pujuk saya ke? Merajuk ni...hurm..."ujar seonghwa sambil pout. Haejin tersenyum melihat telatah seonghwa.

"Saya tak nak pujuk pun...kalau nanti saya tak ada awak kena pandai pujuk diri sendiri tu...bukan harapkan orang lain je..."balas Haejin.

"Iyalah...saya akan pujuk diri saya ni sendiri...lagipun kalau awak pergi saya takkan lepaskan awak pun...awak akan tetap ada disisi saya buat selamanya...ingat tu!"ujar seonghwa. Haejin buat-buat tak dengar dan memandang ke luar tingkap kereta. Matanya melihat langit yang kelihatan biru dan sangat indah.

Selepas sejam perjalanan mereka berdua sampai di destinasi yang dituju.

"Okay! Kita dah sampai..."ujar seonghwa gembira.

"Kita dekat taman ke?"soal Haejin. Seonghwa mengangguk laju.

Seonghwa keluar dari kereta dan membuka pintu kereta untuk Haejin. Haejin keluar dari perut kereta dan segera merapikan pakaiannya.

"Jom...?"tangan dihulur pada Haejin. Namun Haejin menolak untuk memegang tangan seonghwa. Mereka berdua berjalan bersama dan duduk disebuah bangku yang tersedia disitu.

Pengunjung yang berada di taman itu tidak begitu ramai hanya ada dalam beberapa orang sahaja dan tidak seperti biasa.

"Sekarang ni kita nak buat apa?" soal Haejin pada seonghwa.

"Sebelum saya jawab...saya nak tahu kenapa awak tak nak pegang tangan saya? Selalunya awak yang akan peluk saya lepastu pegang tangan saya sampai tak nak lepaskan pun...tadi tu saya hulur tangan saya awak buat tak tahu je kan..."ujar seonghwa. Dia hairan kenapa Haejin lain macam hari ini. Cara percakapannya pun sedikit kasar dan asyik nak marah je..

Haejin ketawa kecil.

"Saya bukan tak nak pegang awak...tapi sampai bila hwa? Bukan ke saya dah cakap pada dulu...awak tak ingat...?"ujar Haejin. Seonghwa tidak memahami maksud yang dikatakan Haejin. Berkerut dahi seonghwa.

"Apa maksud awak? Awak cakap apa ni...?"balas seonghwa semula.

"Eoh!? Saya rasa saya silap cakap pula..."ujar Haejin. Seonghwa mengusap perlahan kepala Haejin.

"Mood awak tak okay ke hari ni? Takpe saya tahu apa nak buat... Saya nak awak tunggu dekat sini sekejap ya?"ujar seonghwa risau. Dia meninggalkan Haejin sebentar dan pergi ke sesuatu tempat. Dia menggembirakan Haejin. Biasalah perempuan mesti datang bulan lah tu...

Haejin hanya melihat seonghwa pergi. Lama-kelamaan figura lelaki itu hilang dari pandangannya.

"Seonghwa... awak lupa apa yang saya suruh awak ingat..."ujar haejin.

Semuanya kelihatan normal namun bagi haejin tidak kerana seonghwa belum sedar apa yang dia sedang lakukan...

Vote and vomment thank you❤

Missing You~Park Seonghwa✔Where stories live. Discover now