1:>

8 2 0
                                    

Aku baring di sofa berhadapan television sambil membaca novel di wattpad. Memang dah jadi kebiasaan sejak aku mengenal wattpad, banyak sangat buku yang best. Boleh dikatakan kalau ada masa terluang je mesti aku habiskan dengan melayari aplikasi wattpad.

"Cik Kiah oi, kau memang nak baca novel je ke sepanjang cuti ni? Dah lah lama lagi untuk kau tunggu keputusan SPM kau tu keluar." mulut minah ni kalau boleh ludah terus air liur takyah sembur-sembur dekat aku.

"Aku bukan taknak kerja Rania, cuma aku nak rehat juga lepas dah bertungkus lumus gunakan otak ni untuk exam." mata aku masih ralit melihat novel online di telefonku.

"Ikut suka hati kau lah, nak aku nasihatkan sampai keputusan SPM keluar baru kau nak dengar. Itu pun kalau kau nak dengar, kalau tak sampai kesudah pun kau takkan dengar cakap aku." agaknya minah ni minat bahasa yang berbelit-belit mungkin.

"Dah-dah jangan kacau aku nak baca novel, nanti hilang focus." sengaja aku menghalau dia untuk keluar supaya aku dapat baca dengan tenang dan damai.

Ooops lupa pulak dekat korang. Nama penuh aku Alisyia Darina. Yup aku baru lepasan SPM. Bukanlah lahir dalam keluarga berada tapi sederhana sahaja.

Wait! Kenapa telefon aku ni tiba-tiba screen dia putih? Takkanlah rosak? Dah lah keluaran baru jenama Xixi haduh.

Tiba-tiba, ARGHHHHHHH!










"ARGHHHHHHH!" kepala aku rasa macam ada yang tarik otak aku terkeluar. Tahulah otak aku ni cerdik tak perlu lah sampai kene curi.

"Cik muda tak apa-apa? Ada luka atau sakit dekat mana? Apa yang jadi dekat Cik muda?" Bertubi-tubi soalan yang aku dengarkan. Aku pandang sekeliling bilik. WHAT! Aku dekat mana ni? Serius cantik gila rekaan bilik ni. Takkanlah Rania nak buat prank dekat aku sampai macam ni sekali? Akak aku tu dah gila ke apa?

"Saya kat mana ni?" wanita yang meluru masuk ke bilik ini tadi aku tanyakan.

"Cik muda hilang ingatan ke? Ya tuhanku, maaf kan kami Cik muda diatasa kecuaian kami." tolonglah explain dulu. Ini tidak buat aku tambah pening aje.

"Boleh tak bagitau saya kat mana dan kenapa awak panggil saya Cik muda?" kenelah sopan, saya kan baik.

"Cik muda dekat rumah agam keluarga Exloria lah. Cik muda baru sahaja excident, mungkin disebabkan tu Cik muda hilang ingatan. Nama penuh Cik muda Isyia Eliana. Saya minta diri dulu ya? Kami semua perlu uruskan pakaian dan makanan untuk Cik muda."

WHAT! Dah gila ke apa? Sejak bila pulak nama aku macam tu? Eh wait, bukan ke ini nama heroin dalam novel yang aku baru baca minggu lepas? Takkanlah hidup aku dah bertukar masuk dalam badan perempuan tu? Tapi aku rasa macam dah termasuk dalam novel tu. Serius lah anak ayam? Mungkin aku mimpi kot, nanti bangunlah ni kejap lagi. Alang-alang boleh lah aku enjoy dalam mimpi yang tak seberapa nak indah ni.

Aku ternampak buku yang sangat cantik dan cover depan dia memang sebijik sama macam novel yang aku baca. Aku melihat sepintas lalu isi dalam buku dan kau tau apa yang buat aku terkejut? Dalam buku tu kertas dia kosong and apa yang jadi tadi tercatat dalam buku ni! Macam aku yang akan tentukan jalan cerita! And kertas terakhir dalam buku tu ada tulis "the chosen" .

Maknanya aku boleh tukar jalan cerita lah ni? Huh, aku betul-betul tak puas hati dengan author yang buat novel ni. Ada ke patut dia buat yang last sekali heroin dia ni mati sebab bunuh diri kerana cintanya ditolak! Aku yang baca pun boleh pening haih. Katanya author tu nak buat buku kedua.

Aku menggelengkan kepala tanda menyuruh otak untuk berhenti merepek. Aku sepatutnya cari jalan untuk keluar dari mimpi ni! Macam mana kalau aku betul-betul termasuk dalam novel dalam wattpad tu? Walau apa pun caranya aku kene jugak cari jalan keluar.

Kalau ikutkan hati nak juga terus tinggal dekat sini. Sudahlah cantik, tenang pulak tu. Tapi apa gunanya kalau aku terpaksa tinggalkan Rania tu sorang-sorang. Agaknya apa yang jadi kalau aku ubah jalan cerita novel ni? Takkan lah aku nak bunuh diri semata-mata ending dia macam tu? Heh! Memang tak lah. Aku tertanya-tanya juga macam mana rupa lelaki yang perempuan ni cintakan sangat. Kalau rupa perempuan ni pulak memang sebijik dengan muka aku yang sebenar.
Entahlah, boleh jadi gila agaknya kalau asyik berfikir pasal apa yang jadi ni. Bukanlah percaya sangat yang aku dah termasuk ke dalam novel tu, tapi takkanlah mimpi sampai aku boleh berfikir dan tahu sampai rasa memang ini real bukan mimpi.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan dibuka oleh seorang wanita yang sudah berumur. Dia tersenyum sambil memandang kearahku.

"Kenapa pandang mummy macam tu? Pelik sangat ke muka mummy?" celah mana dia mummy aku? Eh! Lupa pulak aku kat mana.

"Mummy? Sorry tapi saya betul-betul tak ingat apa-apa." takkan lah makcik-makcik tadi tak bagitau mummy dia ni, yang dia hilang ingatan?

"Sorry-sorry, mummy lupa yang Ana ni baru je lepas excident." lembut sahaja nada yang dilontarkan.

"Dah jom ikut mummy. Ana kene kenal dengan ahli keluarga yang lain. Nanti senang kalau ada apa-apa Ana dah kenal dengan mereka. Ana jangan tekankan sangat diri tu untuk ingat balik apa yang jadi okey. Ana selamat ni pun dah buatkan mummy happy. Jadi biarkan je mulut-mulut yang cakap buruk dekat Ana." Dia membawaku ke ruang tamu sambil berbual. Dan akhirnya sampai juga. Terlihat ramai orang yang berada di ruang tamu seperti menunggu kehadiran aku.

"Hah tu dah sampai pun ais batu tu." seorang lelaki dengan muka menyampahnya memandang kearahku.

Kalau ikutkan hati dah lama aku cili-cilikan mulut lelaki tadi. Watak yang aku pegang ni dulunya seorang yang pendiam dan seperti orang yang tiada emosi. Dia juga seorang yang sering marah tetapi disebabkan satu trauma yang ada dalam diri dia yang membuatkan dia jadi macam tu. Dan trauma tu hanya dia dan orang yang lakukan tu sahaja yang tahu. Tapi yang peliknya, author yang tulis novel tu rahsiakan siapa laki tu. Mungkin nak tulis dalam buku kedua dia lah kot.

"Ana, Ana okay? Jangan termenung pulak, mummy nak kenalkan diorang dekat Ana ni."

"Ana okay, mummy kenalkan je, Ana dengar." aku bercakap sambil tersenyum, biarlah diorang pelik tiba-tiba aku murah dengan senyuman pulak kan.

"Yang dekat sofa hujung tu abang sulung Ana, Darwish Que. Yang dekat dengan daddy tu pulak, abang kedua Ana, Zayan Que. Tahu kan yang ada misai muka hensem-hensem tu suami mummy, daddy Ana." tergelak kecil aku mendengarkan ayat terakhir mummy.

"Ana cuba slow-slow untuk ingat ya? Mummy tak nak tekankan sangat Ana. Lepasni Ana rehat tau sebab minggu depan dah kena pulang ke kolej." Mummy terus berlalu ke dapur ingin menyiapkan makan malam.

"Ana, kau sure nak belajar dekat kolej tu? Dah lah baru lepas excident, cuba kau mintak dengan mummy untuk berhenti belajar and tolong mummy dekat butik dia je?" Ayan cuba-cuba untuk memberiku idea yang tak bernas dari otak senget dia tu.

"Kamu jangan nak menghasut adik kamu ya Ayan, nanti pastikan kamu jaga elok-elok adik kamu ni. Jangan bagi pisang berbuah dua kali, daddy takkan teragak-agak untuk potong duit belanja harian kamu." Daddy dengan tegas menasihati Ayan.

"Alah daddy janganlah risau sangat, Ana tau macam mana nak jaga diri Ana." Aku hanya tersenyum memandang ke arah daddy yang kaku kerana terkejut dengan perubahan drastik selepas 'anaknya' ini kemalangan.

Untuk pengetahuan korang.....

TBC💕🔫

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

-𝐓𝐈𝐌𝐄-Where stories live. Discover now